بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Syukur ALHAMDULILLAH... kerana masih mampu dapat bersama anda lagi...

Syukur ALHAMDULILLAH... Kita masih dapat bernafas di dunia yang sementara ini bagi meneruskan kehidupan dalam mencari dan mengumpul bekalan untuk dibawa di akhirat kelak...

Syukur ALHAMDULILLAH... Kita masih diberi peluang untuk beramal dan beribadat bagi menjamin kehidupan yang bahagia dan kekal abadi di Syurga... 

Syukur ALHAMDULILAH... Kita dikurniakan kesihatan bagi menjalani kehidupan dalam mencari keberkatan dan keredaan untuk menunaikan segala perintah dariNya...

Bersyukur - Syukur Alhamdulillah... Kita Masih Mampu...

Syukur ALHAMDULILLAH...

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu pergi ke MASJID sendiri SEBELUM orang mengANGKAT KITA ke MASJID..

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang SOLATkan KITA..

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..

Syukur ALHAMDULILLAH...
KITA masih mampu menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..

Bersyukur - Syukur Alhamdulillah... Kita Masih Mampu...

Bersyukur

Bersyukurlah... Sesungguhnya segala pemberian dan ketentuan dariNya pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita...
Bersyukurlah... Kita masih mampu melakukan pelbagai perkara sebelum kita kembali kepadaNya...

Syukur ALHAMDULILLAH... Kita masih mampu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran... Sampaikanlah pesanan ini...


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

3 comments - "Syukur Alhamdulillah... Kita Masih Mampu..."

YangBaik delete icon 11:44 PG

Syukur Alhamdulillah... dapat juga meninggalkan jejak di blog ini. sudah lama sebenarnya YB tidak ke sini.

Alhamdulillah..bersyukur dgn apa yang dah ada nie..

Unknown delete icon 12:52 PTG

HADIS 13
Drp Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, drp Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)
Kadang2 saya tertanya2 adakah kita ini tergolong dari orang2 beriman atau tidak. Bagaimana kita boleh bersyukur hari ini masih diberi khudrat utk hidup pada hal di negara Islam lain setiap minit ada seorang orang Islam yang mati terbunuh sama ada oleh sesama (Islam) atau bukan Islam. Saya juga tertanya adakah kerja Haji kita diterima Allah bila mana ada Umat Islam yg masih susah yg lebih memerlukan bantuan kewangan dan keperluan lain. Hayati kisah ini....
Ketika Abdullah bin Mubarak ra melakukan haji, beliau tertidur di MasjidilHaram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kpd seorang lagi :
"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?" Berkata malaikat yang seorang lagi : "Enam ratus ribu orang."
Bertanya malaikat yang bertanya :"Antara 600K orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"
Berkata malaikat yang menjawab : "Di antara 600K itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600K yang mengerjakan haji diterima."
Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.
Abdullah bertanya lelaki itu : "Apa nama saudara." Berkata lelaki itu :"Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya : "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"
Jawab Muwaffaq : "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat utk berhaji pada tahun ini.
"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintunya. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."
Jiranku itu berkata : "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaan kami maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak2 yatimku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong `sebahagian` dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."
Apabila aku dengar sahaja kata2 wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kpd wanita itu dan berkata kepadanya : "Belanjakan wang ini untuk anak2mu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku dimuka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi."
Wahai saudara2ku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki ttpi ia memandang pada niat yang suci.
Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."
Sabda Rasulullah : "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"
Sabda Rasulullah: "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."
Wallahua'lam

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap