بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Biji Cempedak Rebus! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian ringkas hari ini. Maklumlah, sekarang ni tengah musim buah cempedak... Dah penuh angin satu badan pekena cempedak ni.

Selain daripada kulitnya boleh di buat Mandai... Kalau tak tahu apa itu Mandai, sila ke entri berikut: Cara Membuat Mandai. Biji cempedak juga sangat enak dimakan. Tapi bukanlah makan macam tu jer... ianya perlu direbus terlebih dahulu.

Biji Cempedak Rebus

Resepi Biji Cempedak Rebus

Caranya sangat mudah, berikut cara untuk menyediakan dan memasak biji cempedak rebus
  1. Basuh biji cempedak sehingga bersih
  2. Panaskan air dalam periuk
  3. Setelah air menggelegak, masukkan biji cempedak dan setengah sudu garam.
  4. Rebus sehingga biji cempedak empuk (anggaran dalam 1 jam)
  5. Dah siap!

Kalau nak makan buanglah kulit biji cempedak tu ya... Makan yang dalamnya sahaja. BM lebih suka biji cempedak tersebut dibelah dua sebelum ia direbus agar senang nak kopek kulit tersebut..

Rasa biji cempedak rebus ni amat sedap! Rasa lemak-lemak manis dan masin (hasil campuran garam tadi) Bagi mereka yang belum pernah mencuba, sesekali cubalah... Mungkin ianya kena dengan selera anda. Kalau sukakan rasa buah berangan... pasti sukakan biji cempedak rebus ni!

Hebat sungguh buah cempedak... Semua bahagiannya boleh dimakan... Dari isi, kulit sehinggalah biji!  Tiada pembaziran! Lepas ni jangan buang kulit dan biji cempedak ya!

Ok... Selamat mencuba... Resepi biji cempedak rebus. Boleh dijadikan makanan kudapan sambil menonton tv!

p/s: Biji nangka rebus pun sedap juga. Cara membuatnya adalah sama cuma kulit biji nangka sedikit keras.

Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

2 comments - "Enaknya Makan Biji Cempedak Rebus!"

paridah delete icon 8:30 PG

DAH LAMA XMAKAN BIJI CEMPEDAK REBUS NI MMG SEDAP...KONGSI ARTIKEL DIK BM DI FB TENTANG ZIKA KAT BLOG KAK..TKSH

Unknown delete icon 6:31 PTG

Apa khasiat makan biji cempedak rebus ni? Tak sebu perut ke?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap