بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan didalam pemberiannya daripada mengambil.

Kebaikan Dan Manfaat Sedekah

Di antara kebaikan dan manfaat bersedekah itu adalah:

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikkan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang
  3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam
  4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur
  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut
  6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan
  7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT
  8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda
  9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat
  10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia didalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda
  11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat didalam melakukan kebaikkan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT 
  12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah 
  13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayangi oleh masyarakat
  14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati
  15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah 
  16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia
  17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup
  18. Sedekah adalah ubat
  19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas.
  20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

dan yang terakhir sekali
Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

5 comments - "Kebaikan Dan Manfaat Sedekah"

paridah delete icon 3:07 PTG

Bersedekah amalan mulia

Tidak akan menjadi papa seseorang itu disebabkan bersedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin luas rezeki yang akan diperolehi. Janji Ikhlas.

Tanpa Nama delete icon 10:20 PG

Perbanyakkanlah bersedekah.Bersedekah itu jalan ke pintu syurga..

mari kita giatkan sedekah walau beberapapun setiap harinya

Wak Lat delete icon 3:51 PTG

salam jumaat.., aminn

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap