بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...
Alam dan kehidupan manusia saling berkait dan tidak boleh dipisahkan. Sesungguhnya segala ciptaan Allah SWT itu ada peranan dan hikmahnya...

Ilmu Umpama Hujan, Penuntut Ilmu Umpama Tanah

Ilmu Umpama Hujan, Penuntut Ilmu Umpama Tanah

عَنْ أَبِي مُوسَى ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : 
Abu Musa radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


” مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ ، كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا 
“Perumpamaan bagi perkara yang Allah menghantar aku dengannya; iaitu hidayah dan ilmu, adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi;


فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ ، 
bumi itu ada yang subur, menyerap air, lalu ia menumbuhkan rerumput mahupun tumbuhan yang pelbagai.


وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا ، 
Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga bertakungnya air, maka dengan hal itu, Allah mengurniakan manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam.


وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً ، 
Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakungkann air dan tidak pula menumbuhkan rumput.


فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ ، 
Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama dan memanfaatkan apa yang Allah utuskan bersamaku, dipelajarinya dan diajarkannya.


وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ
Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu mengangkat kepala (untuk berfikir) dan tidak jua mahu menerima petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya (dia umpama tanah yang tidak subur dan tidak jua menakungkan air)” [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Ilm, hadis no: 79]

hujan
hujan
hujan
Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap