Kita kenali dan nikmati kecantikan makhluk Allah yang menarik ini. Relaks Minda anda dan nikmati kecantikan burung-burung yang pelbagai warna dan rupa... Haiwan yang boleh terbang ini mempunyai kecantikan bulu yang cukup menawan. 

Disamping kita menikmati keindahannya, ketahuilah jua keistimewaan haiwan yang bernama burung ini.

kecantikan burung

Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung

Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun di kenalpasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.


kecantikan burungkecantikan burung

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya.

kecantikan burungkecantikan burung

Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Warna-warna bulu pelepah inilah yang menyerlahkan kecantikan burung ini

kecantikan burung

Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. 

Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

kecantikan burung

Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.
kecantikan burungkecantikan burung

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. 

Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

kecantikan burung 
kecantikan burungkecantikan burung 
kecantikan burung

Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut.

kecantikan burungkecantikan burung

Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat. 

kecantikan burung

Kecantikan burung merupakan pelengkap bagi hidupan di alam ini kerana ianya satu-satunya spesis yang menguasai ruang udara. Begitulah kuasa dan kebesaran ilahi yang mencipta burung yang berkarekter unik dan istimewa lalu melengkapkan keseluruhan alam ini....  Subhanallah...

Thx : info dari wikipedia


11 comments - "Kecantikan Burung Setanding Keistimewaannya"

burung2 yang colorful mcm ni mmg menariklah..

cantik2 dan warna-warni =)

Thx KA :)

Terima kasih Kak Nah ye...

SubhanAllah! Allah menjadiKan haiwan disekeliling Kita supaya Kita Sedar Akan kekuasaannya.

Bin Muhammad delete icon 11:53 PTG

Setuju dgn anda...setiap kejadian allah itu ada sebabnya dan kerana itu kita harus sentiasa mengingati penciptanya.

MargeGoh delete icon 1:34 PTG

Cantik2, comel2 semuanya.....tak terkata so tengok jah lah sepuas2nya.

Tengok puas2 tapi pada tu dapatkan juga sedikit info mengenai burung ye...Thx MG :)

MargeGoh delete icon 2:38 PTG

Hehehe akan diusahakan untuk menimba ilmu tentang alam; terima kasih BM :)

Sama2lah kita menimba ilmu MG :)

dhanfile delete icon 4:39 PTG

Terimakasih atas informasinya,,
bermanfaat banget

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap