Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor: Lama sudah tidak update entri berkenaan senibina masjid. Kini saya mulakan dengan entri beberapa buah masjid yang dapat saya kumpulkan di dalam koleksi masjid di Negeri Johor Darul Takzim. Bersama nikmati keindahan senibina masjid di Negeri Johor yang indah dan menarik ini.
Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang indah ini dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir.
Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Senibina dan rekabentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin.
Masjid ini juga merupakan mercu tanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Timur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. (sumber wikipedia)
Masjid Jamek Sultan Ibrahim ke 2, Bandar Maharani Muar ini telah di bina di tapak yang bertentangan dengan Masjid Jamek yang pertama dulu. Ianya direka menyamai rekaan masjid lama tapi lebih besar dan luas. Ianya dibuka pada tahun 2002.
Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, Muar
Masjid Al Ghafirin di Punggur, Rengit
Masjid Felda Bukit Ramun di Kulai
Masjid Iskandar di Kem Iskandar, Mersing
Masjid Jamek di Kota Tinggi
Masjid Jamek di Mersing
Masjid Jamek di Skudai Baru
Masjid Jannatul Firdaus di Kg. Jawa, Segamat
Masjid Kg. Istana di Batu Pahat
Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail di Kulai
Masjid Pasir Gudang
Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai
Masjid Tun Hussein Onn di Larkin
Masjid Jamek di Pekan Pontian
Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Muar
Masjid Jamek Sultan Ismail di Batu Pahat
Masjid Ghani Othman di Kota Tinggi
Jika di lihat...kebanyakan senibina masjid di negeri Johor sinonim dengan warna kubah atau bumbung berwarna biru. Rekabentuk kolonial diadun dengan senibina Timur Tengah.
Sungguh menarik sekali. Ianya menonjolkan keindahan senibina dan rekabentuk masjid-masjid di Negeri Johor ini.
Sungguh menarik sekali. Ianya menonjolkan keindahan senibina dan rekabentuk masjid-masjid di Negeri Johor ini.
Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di negeri Johor yang indah senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai keindahan senibina masjid yang terdapat di negeri Johor. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul...
P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih...
40 comments - "Keindahan Senibina Masjid di Negeri Johor"
Eh, patut la macam kenal satu masjid tu. MSI UTM rupanya :) lamanya tak jenguk sini...
Banyak nya Masjid di Negeri Johor. Cantik-cantik semua.
salam hangat bang. :D
Masjid Johor banyak unsur melayu. Kalau belah melaka pula banyak pengaruh cina.
Pakai atap genting dan kurang besar kubahnya.
Nice share. Tq atas tip komen setting hari tu. Dah ubah :)
Subhanallah...
Selamat kembali Liza :) Masjid UTM tu xboleh lupa letak...Byk kenangan di sini hehe
Ini cuma sedikit...Byk lagi yg tidak dapat di masukkan sekali
Salam kembali, terima kasih ya :)
Itulah ciri2 istimewa senibina masjid di Johor yg sedikit beza dgn negeri2 lain.
Thx Fairul
Alhamdulillah...
Banyak juga masjid yg BM paparkan kakak dah pernah solat di dalamnya. Pontian kg kakak, Kota TInggi selalu pergi ada 2 kakak yg tinggal di sana, JB tempat kakak tinggal dan Batu Pahat keluarga mertua kakak. So banyak yg kakak dah singgah...
banyak tu, dan cantik2 seni benanya...KY belum sampai lagi ke Johor...
seni bina yng sgt2 menarik ni !!
semuanya gah,senibina yg cantik...semoga sentiasa dipenuhi..jgn hanya pada hariraya ja
Sedara mara keliling Johor dan singgah pula kemasjid2 ni, satu pengalaman yg menarik. Saya biasa dgn Masjid di JB dan Skudai jer.
Masjid kalau diikutkan beratus ada di Johor sahaja...
Sesekali kenalah ke Johor, makan angin dan singgah di masjid2nya yg senibina sedikit unik dan berbeza.
Betul tu KA, terima kasih ye
Masjid yg cantik dan besar tiada maknanya jika sunyi sepi. Tugas kita untuk mengimarahkannya.
Walaupun kak org johor, tak semua masjid dlm entry. BM kak dah masuk. Maklum...ada rumah mak.mertua..hee tapi kalau kesempatan p Yong Peng, masjid kat situ ada penginapan untuj disewa musafir. Kak dah pernah bermalam di sana
Subhanallah..semuanya cantik2 tersergam indah dan megah..
alhamdulilah ..hurey masjid dekat kota tinggi ada ..cantikkan :)
Belum pernah sampai Yong Peng... Entah bila lagi nak ke Johor, Abang ada di JB, on the way mungkin boleh singgah. :)
Semoga masjid yg cantik2 ini tidak sunyi dari pelbagai aktiviti.
Insyaallah...
Lupa pulak, Acik dr Kota tinggi...hehe sukanya dia!
masjid jamek kat tangkak pun cantik jugak..tinggal kat tangkak ni..hehe
subhanallah..mmg x d'nafikan, snibina masjid kat mana2 pun msti unik dan cantik..lg cantik kalau ramai yg m'imarahkannya :) tringin nk p johor..da lama xp..boleh singgah masjid2 yg cntik kat johor..
Senibina yang mempunyai pelbagai variasi
Menarik tu... kalau ada gambarnya bolehlah beri pd saya utk saya update entri ini.
Betul..saya setuju dgn anda kecantikan masjid bkn setakat pada pandangan tapi lagi cantik jika mengimarahkannya.
Johor bukannya jauh sgt..sesekali bila free jalanlah pusing satu Johor :)
Betul tuan HI, pelbagai variasi itulah yang memberikan keindahan dan keistimewaan yg tersendiri.
assalamualaikum ... masjid jamek punggur rengit pun masuk ya ... kg saya tuh n saya dah pernah solat di situ ...
masjid indah lambang keagungan islam.. tapi jgn cantik saja, jka waktu berjemaah kosong.. hehehe
Ooo baru tahu, orang Rengit, Johor rupanya Vee... Ramailah blogger yg asal Johor rupanya.
Setuju sangat pha is! lambang sahaja tidak memadai...tapi mengimarahkannya adalah lebih penting!
Thx pha is
Senibina yang menarik......arkitek Malaysia juga hebat sebenarnya.
Betul tu MG, arkitek Malaysia tidak ada kurangnya!
Masjid Pasir Gudang, berhampiran dengan bukit layang-layang...
Rindunya walaupun pedih.... Sob... sob... sob...
Oooo Orang Pasir Gudang rupanya.... Kalau rindu, kena balik tu :)
bukan orang pasir gudang... tapi pernah duduk kat pasir gudang 2005-2009...
Ops! Gitu rupanye... Xteringin ke sesekali melawat semula kesana, pasti dah byk perubahan.
Masjid Lapangan Terbang tu dekat je dgn Nurul ni.. cantik2 :D
Salam. Masjid Sultan Ismail Batu Pahat tu sepatutnya di Tanjung Agas, Tangkak. Terima kasih.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”