Eksplorasi kali ini menjejak kaki ke Taman Negara Tanjung Piai di negeri Johor yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor yang merupakan tanah paling selatan di benua Asia. 

Kawasan seluas 926 hektar ini menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan dan hidupan paya bakau serta flora dan fauna yang memukau pandangan. 

Keindahan Taman Negara Tanjung Piai, Johor

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Papan tanda menyambut kedatangan anda ke Taman Negara Tanjung Piai


eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan
mercu tanda Taman Negara Tanjung Piai bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Di bahagian luar Taman Negara Tanjung Piai. Tiket masuk RM5 seorang.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Bermulanya pengembaraan di Taman Negara Tanjung Piai. 
Pastikan anda membawa air minum secukupnya kerana perjalanan agak jauh.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor 
eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Pelantar pejalan kaki yang di sediakan bagi menyusuri keseluruhan hutan paya bakau di Taman ini.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Menyusuri hutan paya bakau amat menyeronokkan. 
Selain pepohon bakau, pelbagai hidupan paya, burung dan monyet boleh kita lihat. 

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Kehijauan dan ketenangan di sepanjang laluan begitu  mengasyikkan. 
Penat berjalan anda boleh berehat seketika di wakaf-wakaf yang disediakan.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Anda akan dipayungi pepohon bakau yang merimbun sepanjang pelantar.
Pelbagai spesis bakau dan hidupan dapat anda kenali dengan begitu banyak informasi disediakan.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Pemandangan indah Selat Melaka di celah-celah pohon bakau.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Keseronokan dan keindahan semasa anda menyusuri pelantar 
akan membuatkan anda terlupa akan segala kepenatan.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Pemandangan indah di pelantar pejalan kaki.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Hutan Paya Bakau yang subur merupakan ekosistem terpenting kawasan ini
selain berfungsi sebagai benteng hakisan semulajadi terbaik di kawasan pantai yang berlumpur.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Selat Melaka dari Jeti Tanjung Piai

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Lokasi permulaan ke Jeti Tanjung Piai

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
  Jeti Taman Negara Tanjung Piai

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Di jeti Tanjung Piai

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Penunjuk arah di Jeti Tanjung Piai

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia
 dimana sebuah replika bumi yang menunjukkan lokasi ini di peta dunia. 
Ianya dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Mutiara kata-kata yang banyak di letakkan sepanjang pelantar pejalan kaki.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Hutan paya bakau yang menarik... Keindahan alam semulajadi yang unik untuk anda nikmati

eksplorasi taman negara tanjung piai johor
Menikmati keindahan hutan paya bakau.

eksplorasi taman negara tanjung piai johor

Taman Negara Tanjung Piai, Johor merupakan khazanah alam semulajadi yang perlu di pelihara. Sekarang ianya sudah semakin terhakis. Sisa-sisa pencemaran minyak dan pelbagai lagi mengancam paya bakau dan hidupan di Taman Negara ini. 

Tidak mustahil suatu hari nanti keindahan hutan paya bakau ini hanya menjadi kenangan dan gambar-gambar ini akan menjadi sejarah.... Pelihara dan kekalkan alam semulajadi yang unik ini sebelum ianya terlambat. Cintai paya bakau negara kita.

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

1 comments

Entan Maleena delete icon 11:18 PTG

saya akan ke Tanjung Piai esok hari hingga selasa minggu depan. program uni. nanti akan kongsi gambar and pengalaman kat blog saya. www.fishoxygen.blogspot.com

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap