Menara Jam di Malaysia: Kali ini kita lihat dan kenali lagi beberapa menara jam yang ada di Malaysia. Hampir kebanyakan lokasi menara jam juga merupakan lokasi tumpuan di kala sambutan waktu malam diambang hari Kemerdekaan dan Tahun Baru.
Kiraan detik 12 malam sudah menjadi sinonim setiap kali sambutan malam kemerdekaan oleh itu, menara jam adalah lokasi yang tepat dan sesuai untuk sambutan sebegini. Begitu juga debngan sambutan tahun baru.
Kebiasaannya, lokasi menara jam ini akan di penuhi dengan orang ramai tanpa mengira usia dan bangsa dan menara jam besar yang terletak tinggi itu akan menjadi fokus utama di kala detik 12 malam hampir tiba. Betapa terserlahnya akan kewujudan menara jam ini menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk negara ini. Setiap tahun menara jam ini akan terus menjadi saksi kepada sejarah baru yang tercipta!
Nikmati keindahan senibina dan rekacipta menara jam yang menjadi tumpuan dan mercutanda bagi sesebuah pekan atau bandar di Malaysia...
Menara jam Dataran Emas di Muar, Johor
Menara jam di Dataran Labis, Johor
Gambar kiri : Menara jam di Dataran Segamat, Johor
Gambar kanan : Menara jam Esplanade Sidek di Kudat, Sabah
Menara jam di Bukit Frazer, Pahang
Gambar kiri : Menara jam di Kluang, Johor
Gambar kanan : Menara jam di jeti Kuching, Sarawak
Menara jam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Menara jam di Dataran Shah Alam, Selangor
Menara jam di Kampar, Perak
2 comments - "Post 3 - Menara Jam di Malaysia..."
banyak lg sebenarnya....some places dah pergi...
Setakat ni ada 5 post, menara jam (dibwh label binaan)...masih byk lagi akan menyusul (tunggu giliran)...tunggu ye
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”