Senibina masjid cukup indah dan menarik dengan sentuhan seni dan budaya Arab mahupun tempatan. Rekabentuknya yang begitu indah dan mempersonakan menjadi bukti kepandaian dan kemahiran umat Islam dalam bidang senibina dan rekacipta serta kesenian yang sungguh tinggi, bermutu, unggul dan kreatif

Keindahan Senibina Masjid

Nikmati dan saksikan beberapa lagi keindahan senibina masjid yang terdapat di seluruh dunia di dalam koleksi kali ini yang sangat indah dan begitu menarik sekali rekaan dan senibinanya. 

Senibina Masjid
Masjid Kubah Emas di Depok, Jawa Barat, Indonesia

Masjid... Sebuah bangunan atau binaan yang dibina sebagai tempat ibadat bagi umat Islam di sesuatu kawasan. Fungsinya tidak terbatas sebagai tempat ibadat, ia juga merupakan tempat bagi pembelajaran dan pengembangan ilmu dan rujukan umat Islam. Masjid adalah tempat di mana umat Islam berkumpul maka ia juga menjadi tempat di mana aktiviti sosial dan ukhwah di jalankan.

Ianya menjadi lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam. Rekabentuk masjid pula melambangkan keistimewaan, keunikan dan keindahan senibina Islam yang unik dan tersendiri yang mampu membezakan ia dari rumah ibadat agama lain.

Senibina Masjid
Masjid Quba di Madinah, Arab Saudi

Senibina Masjid
Masjid Besar di Brussels, Belgium

masjid poland
Masjid Tatarian di Bohoniki, Poland

masjid rom itali
Masjid Roman di Rom, Itali

masjid doha
Masjid Negeri di Doha, Qatar

masjid 
Senibina Masjid
Masjid Tzisdarakis di Monastiraki, Greece

masjid rusia
Masjid Besar Ufa di Bashkortostan, Rusia

masjid syria
Masjid Umayyad di Damascus, Syria 

Senibina Masjid
Masjid Wadi Al Hussein di Narathiwat, Thailand 

masjid lahore pakistan
Masjid Wazir Khan di Lahore, Pakistan

masjid vienna austria
Masjid Pusat Islam di Vienna, Austria

Senibina Masjid
Masjid Huajuexiang di Xian, China

masjid poland
Masjid Bohoniki di Podlasie, Poland

Senibina Masjid
Masjid di Jeddah, Arab Saudi

Begitulah keindahan senibina masjid yang sungguh mempersonakan. Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya... 

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
Post #18 - Keindahan Senibina Masjid

Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Admin...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap