Syukur Alhamdulillah kerana masih di panjangkan usia untuk menikmati kehidupan di dunia yang indah ini. Bukan semua orang bertuah dapat berpeluang menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Nikmat yang tidak ternilai... Hargailah dan jagalah pandangan mata anda

Pernahkah anda terfikir bagaimana jika dunia anda gelap gelita. Cuba balut mata anda dengan kain dan hiduplah selama selama satu jam sahaja dalam kegelapan. Rasakan bagaimana jika Allah menarik nikmat mata ini. Bayangkan betapa susahnya hidup tanpa penglihatan, tetapi kita jarang bersyukur walaupun ketika melihat sesuatu yang indah sekalipun.

Jagalah pandangan mata anda... Jangan memandang sesuatu yang haram dipandang. Marilah kita menjaga pandangan mata. Apabila ada potensi akan berlaku pemandangan yang haram, nyalakan penggera taqwa di minda dan segeralah berpaling. 

Sabda Rasullullah SAW : Daripada Jarir bin Abdillah, "Aku bertanya kepada Rasulullah  tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya". (HR Muslim) Kalau tidak sengaja pun disuruh berpaling, apatah lagi kalau dengan sengaja. 

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
Keindahan dan warna-warni ciptaan Ilahi.

Cukuplah bebelan hari ini... Kini kita beri santapan buat pandangan mata. Nikmati kecantikan dan keindahan bunga-bungaan ciptaan Ilahi yang pastinya memukau. Bersyukurlah kerana kita dapat melihat dan menikmatinya. 

Lapangkan minda dan tenangkan jiwa... Relaks seketika dan biarkan hanya mata anda menikmati keindahan ini... Rasakan keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta... Dalam hati Bertasbihlah... mulakan dengan "Bismillahirahmanirrahim"


keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Subhanallah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Alhamdulillah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Laa ilaha ilallah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Allahu akbar"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Masyaallah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"La haulawala quata ilabillah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Innalilahi wainna ilahirajiun"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Nauzubillah"

keindahan ciptaan ilahi relaks minda
"Amiin"

Semoga anda beroleh ketenangan. Pandanglah ciptaan Allah yang indah dan sempurna ini dan bertasbihlah. Insyaallah...pasti ada ganjaran buat anda. Teruskan bersama Relaks Minda...Terima Kasih

Admin...

46 comments - "Keindahan Ciptaan Ilahi - Nikmat Pandangan Mata "

jangan kata nak tutup mata selama sejam,tutp mata 15 minit pun tak tahan nak cepat2 buka...semoga kita mensyukuri nikmat Allah beri ni...saya suka sangat warna-warna yang segar....sesegar mata memandang...

daniel delete icon 10:28 PG

Assalamu'alaikum

Syukur dapat melihat.. subhanallah indah ciptaan Allah...

tenang melihat gambar2 ini...Alhamdulillah...syukur kerana diberi pancaindera yang tidak ternilai ini..iaitu deria penglihatan...

ermm..nak jemput ni, kalau ada masa,kelapangan dan sudi...silalah join... tiada paksaan tau...

http://www.furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html

syahirah delete icon 11:09 PG

subhanallah. alhamdulillah

subhanaALLAH ,ALLAHuakbar...indahnya cptaan mu tenang bila masuk ke blog nie

Subhanallah subhanallah, bukan setakat gambar menenangkan, ternyata warna2 yg Allah cipta sangat menyenangkan.. Allahu akbar, baru bab warna..

cantiknya :) sangat menenangkan..

Betul tu Ummi...Bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan. Alhamdulillah

Waalaikumsalam,
Deria yg amat penting, mudah mendapat pahala tapi mudah juga mendapat dosa...Syukur dapat melihat dan jagalah penglihatan.

Terima kasih diatas jemputannya...amat2 menghargainya.
Thx again Farah.

Syukur alhamdulillah...Terima kasih Syahirah

TQ very2 much Acik... Kunjungan anda sentiasa di nanti.
Semoga ketenangan bersamamu...

Tiada ciptaan Sebaik dan Sesempurna ciptaan Ilahi... Syukur kita di kurniakan penglihatan utk melihatnya...Alhamdulillah.

Terima ksih SNR...Kunjungan anda amat2 saya hargai

Subhanallah... tenang je bila lihat semua terancang rapi :)

Wah.. cerah mata melihat bunga bungaan indah yg colourful.. selalu ingt pesanan sahabat ttg mata..jika kita rasa bnda tu xpatut kita lihat, jgn kita berpaling utk melihat. Terutamanya berpaling utk melihat lelaki

Ibu Amirul delete icon 7:43 PG

Memang relaks minda bila singgah ke sini...
Tq...
Memang menenangkan bila nikmati ciptaan Allah SWT...
Maha Suci Allah

Alhamdulillah bila nikmat yg dikecapai di syukuri...
Terima kasih MY

Betul tu Meiza...tapi syaitan sering menghasud kita. Berbanyakkan berzikir.
Terima kasih diatas kunjungan anda, teruskan bersama Relaks Minda.

Syukur kerana matlamat Blog ini sampai kpd Ibu...
Terima kasih diatas kunjungan, semoga ianya dapat memberi sedikit manfaat buat ibu di samping bersantai di sini...

Subhanallah cukup2 indah ciptaan Allah swt ni. Lagi2 for peminat bunga2 cam KA ni

Salam, Makin kita cuba kenal ciptaan Allah SWT, makin banyak yang kita tidak tahu dan sedari.... Indahnya ciptaan Allah SWT tiada tandingan....

Khas buat KA,
Terima ksih berkunjung kesini... :)

Waalaikumsalam,
Bersyukur dan Mengagumi ciptaan Ilahi adalah termudah untuk kita lakukan...Kalau berupaya kenalilah ciptaannya...
Terima kasih PD

p/s: Pasti byk idea setelah pulang dari kampung... ;D

Cikgu Ma delete icon 12:43 PTG

alhamdulillah...hari ni dapat melihat dan membaca blog bermanfaat ni...

Terima kasih cikgu,
Gembira sungguh rasanya jika ianya dapat memberi sedikit manfaat buat cikgu.

Denaihati delete icon 1:49 PTG

subhanallah. insyaAllah memang lebih tenang tengok gambar hebat ciptaan Yang Maha Esa.

Terima kasih DH, kunjungan anda amat2 saya hargai.

ANIM delete icon 2:36 PTG

Hebatkan ciptaan Allah SWT, penuh dengan warna warni. Bayangkan pula kalau semuanya warna putih, semuanya hitam...pasti kurang serinya. Sebab tu kita dianjurkan bertafakur sebntar merenung kebesaran Allah.. Tq atas gambar2 penuh ketenangan...

Komen Anim sentiasa menarik dan bernas, membuka minda.
Terima kasih krn sudi berkujung ke sini.

nak tanam jugak la bunga kat rumah..huhu

Eloklah cikgu, tanam di rumah...kalau xpun bersama anak2 murid, bgus juga.
Thx Nick

wahhh klau kt malaysia ada semua pastinye ku beli

Kenapa pula nak beli, tanam kan lagi baguih...hehe

Alhamdulillah atas Nikmat dan RahmatNya

Syukur dpt melihat keindahan ciptaan Allah..Cntk gambar di atas..(^^)

Indahnya ciptaan Allah..

Terima kasih Kak Nah, kunjungan yang sentiasa di nanti

Bersyukur pd Ilahi kerana di beri penglihatan...
Thx SA

Terima kasih akak...
Sekadar tatapan utk ketenangan minda.

my notes delete icon 1:02 PG

assalamualaikum ... jika diberi pilihan , saya lebih suka menikmati keindahan flora n fauna berbanding lautan . Melihat kehijauan membuat saya rasa tenang ...

my notes delete icon 1:15 PG

assalamualaikum ... melihat keindahan flora n fauna beri saya ketenangan ...

Waalaikumsalam,
Kehijauan adalah terapi mata sbb itu kita akan tenang melihatnya.

Waalaikumsalam,
Terima kasih bersama Relaks Minda :)

salam..sejuk mata memandang :)

Waalaikumsalam...
Terima kasih bersama Relaks Minda :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap