Ketenangan Hati untuk Keyakinan dan Jati Diri: Assalamualaikum... Anda Stress! Inginkan ketenangan dan kedamaian... Itu mudah sahaja, Ikutlah sahaja petua ini. Hanya dengan 2 langkah...
Anda sudah lakukannya?...Kini, rehatkan mata anda seketika, nikmati keindahan ciptaan Allah yang berwarna-warni ini... Sesungguhnya ia diciptakan untuk tatapan mata kita sambil mengingati dan mengagungi kebesaran yang Maha Esa. Sambil mata menjamu santapannya, dihati berzikirlah...
Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah
Alhamdulillah
WaLaailahailallah
Allahuakbar
Subhanallah
Alhamdulillah
WaLaailahailallah
Allahuakbar
Bila hati anda tenang, degupan jantung menjadi stabil dan pengaliran darah juga menjadi lancar. Kini barulah fikiran anda mampu berfikir dengan waras. Jasad pun menjadi cergas dan segar. Bersyukurlah di atas nikmat yang di beri.
Jangan biarkan diri anda dikuasai oleh tekanan...Ianya akan membinasakan diri dan fikiran. Masalah pasti akan sentiasa berkunjung datang, hanya dengan hati yang tenang anda mampu mencari jalan penyelesaian dengan mudah... Dekatkan diri dengan Allah dan Berdoa. Mintalah petunjuk darinya.
Semoga anda beroleh ketenangan... Relaks Minda barang seketika, sedangkan mesin pun perlukan rehat inikan pula kita... Insan yang lemah, kerdil lagi tiada berdaya... Sentiasa bersikap positif dan jangan biarkan kelemahan menguasai diri anda. Jadilah insan yang mempunyai keyakinan dan jati diri!
Admin...
36 comments - "Ketenangan Hati untuk Keyakinan dan Jati Diri"
Salam selalu tumpang berlalu.. :D
Keringat lelah turun bergenang,
Fakir letih perut tak makan;
Ingat Allah jiwa pun tenang,
Zikir tasbih patut diamalkan.
terima kasih perkongsian itu :)
subhanallah
Assalamualaikum..betul2 tenang n relak dipagi sabtu tengok jambangan yang cantik2 sambil berzikir
Petua hati tenang tu saya suka..memang benar ia amat berkesan... wah cantiknya bunga-bungaan.. kalaulah ada seseorang menghadiahkan saya bunga.. sukanyaa
asalamualaikum..baru ada rasa tak tenang, langsung tunaikan solat asar.memang berkesan..hebat tazkirah berhikmah ni..
kalau saya solat awal waktu nanti lama2 mesti saya tertanya2 dah solat ke belum. dah selalu sangat solat lambat. macam nilah jadinya.. haha
dan kalo yg ketagih ngan internet, sanggup dari pg smpai malam ngadap pc..camne la x stress kan.
4 perkataan yang senang disebut tapi payah diamalkan kerana syaitan sering buat kita terlupa..
Menikmati keindahan bunga ciptaan Allah sangat mendamaikan ...
Tahniahh..anda memang dah bertapak dalam bloglist saya..hehe
http://cinta25hb.blogspot.com/2013/03/jawapan-teki-teki-berapa-umur-saya.html
tahniah menjadi bloglist di Blog MiezaJhaa K
subhanaALLAH :) keindahan yang harus di akui
Waalaikumsalam...laluan sentiasa terbuka,
Buat Ummi, ku bentang permaidani indah...
Fakir letih mecari makanan,
Dari singapura kepengakhiran selatan,
Zikir tasbih menjadi amalan,
Diri terpelihara dari godaan syaitan.
Salam ketenangan dari kampung...
Sama2, semoga ianya memberi manfaat dan panduan
Terima kasih Sayidah
Syukur...Alhamdulillah... :)
Waalaikumsalam Kak Nah,
Hari minggu masa untuk berehat seketika, mencari ketenangan jiwa dan minda... :)
Sesekali mintalah cik abg sejambak bunga...buat pengikat ikatan agar semakin mesra.. :)
Thx Meiza.
Terima kasih Etuza,
Syukur alhamdulillah...sama2lah kita saling mengingati. Kehadiran anda sgt saya hargai :)
Jangan dibiasakan, anda sendiri pun tahu akibatnya. Cubalah perlahan-lahan...Insyaallah, alah bisa tegal biasa.
Jgn diikutkan hati...nanti merosak diri, Berpada2lah.. urusan dunia dan akhirat jika diseimbangkan...Insyaallah akan tenanglah hidup.
Alhamdulillah....
Bicaramu ringkas tapi penuh bermakna, benar apa yg dikata...Syaitan sentiasa menggoda manusia agar lupa pd yg Esa.
Semoga Allah memelihara kita dari Syaitan yg direjam ini!
Ciptaan allah itu cukup sempurna dan indah. Semua itu utk kita nikmati...dan hayati
Thx Vee, sempat juga berziarah ke sini.
Terima kasih Meiza...amat2 saya hargai. Nanti saya terjah ye...
Terima kasih Etuza, tahniah juga buat anda.
Terasa sungguh terharu apabila kita dihargai...Tqvm
Jangan disangsi, ciptaan Allah itu cukup sempurna dan indah buat dinikmati dan dikagumi. Bersukur atas nikmat yg di beri.
Terima kasih Acik, berkesempatan juga menjengah ke sini.
Ya...bersyukur kita dgn nikmat dari Allah...Alhamdulillah
Salam semanis kurma,
Dalam gerimis terkesima..
Sempat membeli ulam dan lada,
Ketumbar mentah ada di tangan;
Selamat kembali ke alam minda,
Khabar entah apa gerangan.
Waalaikumsalam Ummi...
Salam Bonda terasa terkait dihati,
Sementalah kuat badan menglipurlara,
Alam Minda sentiasa menggamit diri,
Alhamdulillah sihat dan terpelihara...
Thx Ummi,
kedamaian desa terasa berat utk di tinggalkan...
tq2 rasa cukup2 tenang baca & tgk n3 ni !
Gambar2 tu khas buat KA yg meminati kecantikan bunga-bungaan...
Thx KA
mmg mujarab,..akak dah cuba..mmg ketenangan akan hadir,..bila tenang,..rasa bahagia n happy sangat
Syukur alhamdulillah... Begitulah nikmatnya ketenangan.
Terima kasih Mama Mia.
Salam..Thanks For sharing..kadang2 Allah turunkan ujian utk menguji sekuat mna kesabaran hambanya melalui kehidupan dan untuk menunjukkan kebenaran disebalik peristiwa yg dihadapi...Dugaan juga kdg2 mampu membuatkan hubungan manusia yg mahu dipincangkan oleh insan lain semakin kuat..InsyaAllah..
Renungan-jika didunia semua manusia melakukan amal ibadat dan hanya melakukan pahala tanpa ada dosa bermakna ini bukankah dunia...dunia adalah tmpat untuk menguji dan mendidik Hambanya sebelum hari pembalasan...thanks once again...:)
Menarik juga pandangan anda. Manusia sering lalai dan terleka, mudah dihasut syaitan...bila ditimpa ujian barulah ingat kembali kpd Allah. Itulah tandanya Allah sayangkan kita agar kita tidak lupa pdNya. Syaitan tidak akan berhenti menghasut manusia utk mengikutinya ke neraka, sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak akan lari dari ujian utk menyedarkan kita utk kembali padaNya.
Terima kasih Nuratul...bersama2lah kita saling mengingati.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”