Ketenangan dan Kedamaian Irama Air di Taman Bunga: Assalamualaikum... Keindahan alam semulajadi adalah ciptaan dan anugerah Allah buat tatapan mata dan santapan jiwa untuk ketenangan minda. Manusia cuba membuat dan meniru keindahan ini lalu mewujudkan taman-taman bunga di lokasi-lokasi yang tidak memiliki keindahan semulajadi.
Sebuah taman bunga biasanya pasti akan ada pepohon merendang, bunga-bungaan dan sebuah kolam atau tasik. Ada juga taman bunga yang mempunyai sungai dan air terjun. Aliran air sungai dan alunan percikan air terjun memberikan irama yang mengasyikkan memberikan taman bunga lebih beremosi dan dramatik.
Oleh yang demikian aliran air dan air terjun merupakan satu elemen yang amat menarik dan menjadi pelengkap sesebuah taman bunga. Maka ianya di reka dan dibina untuk mewujudkan seolah-olah ianya seperti suasana alam semulajadi.
Air Terjun Buatan
Nikmati taman-taman yang indah yang mempunyai sungai dan air terjun yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Relaks minda anda...dan nikmati ketenangan dan kedamaian di taman yang indah ini....
Walaupun ianya hanya rekaan dan hasil ciptaan serta tidak seindah alam semulajadi yang tiada tandingan tetapi masih mampu memberikan nikmat ketenangan.
Kehijauan pepohon yang meredupkan pandangan menambahkan keasyikan akan suasana nyaman sesebuah taman disamping menghasilkan udara yang bersih untuk kesegaran badan.
Terasa pula akan kesejukan air yang mengalir memberikan kedamaian yang menenangkan hati dan minda. Pastinya lokasi terbaik untuk melepaskan lelah dan tekanan buat seketika...
Apabila anda berada di taman bunga yang di penuhi pepohon rendang yang memayungi pokok bunga-bungaan yang mekar berwarna warni pasti pandangan mata anda akan terpesona.
Di tambah pula dengan keindahan kolam yang tenang dan jernih memperlihatkan ikan yang berwarna-warni berenang-renang riang. Aman sentosa...terasa jauh dari kesibukan, kesesakan dan kebisingan....
Itulah nikmat pandangan mata....Nikmat telinga pula dengan menikmati alunan bunyi air yang mengalir di celah-celah batu dan percikan air terjun yang mendendangkan irama yang sungguh merdu dan mengasyikkan. Irama semulajadi yang tiada bandingannya....
Dari mata turun kehati...Dari telinga menusuk ke jiwa... Menghirup pula udara yang segar dan nyaman... Itulah nikmat keindahan yang memberikan anda ketenangan hati dan jiwa... Meresap ke Minda.
Semoga anda mendapat ketenangan dengan melihat keindahan dan kedamaian alam bersama alunan irama air terjun buatan ciptaan manusia. Jika hati anda masih tidak tenang cubalah petua berikut...
Semoga ianya dapat memberi anda panduan dalam mendidik diri agar sentiasa tenang dan aman. Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda :D
Semoga ianya dapat memberi anda panduan dalam mendidik diri agar sentiasa tenang dan aman. Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda :D
Admin...
31 comments - "Ketenangan dan Kedamaian Irama Air di Taman Bunga"
alhamdulilah dapat ketenangan di pagi nie... pagi yang stress hehe
Selamat pagi Acik, Tak baik stess2 di pagi hari...
Mulakan hari dgn kecerian dan ketenangan untuk kesegaran minda.
Thx krn sudi relaks seketika di sini.
subhanallah....tenang jiwa melihat warna2 keindahan ciptaan Tuhan...
mmg berangan2 nak buat macam ni kat halaman rumah hehehe
Alhamdulillah...Jiwa tenang itulah yg kita inginkan.
Terima kasih KY
Bukan sahaja KA, saya pun inginkan halaman bertaman spt ini...Pasti xperlu pergi jauh utk menikmati ketenangan.
taman perumahan sekarang, payah nak jumpa rumput. semua dah disimenkan dengan alasan parking 2 kereta@anak main basikal dalam pagar. terpaksalah tanam bunga atau sayur dalam pasu. sudahnya, anak kita takde kemahiran berkebun macam kita masa kecil2 dulu. nak tengok pemandangan taman indah begini... kenalah mencari di luar..mana tak stress?
balik keja tengok laman yang macam ni..lapang rasa hati, penat pun hilang =)
assalamualaikum ... saya sukakan taman yang banyak bunga berwarna warni . Saya boleh tahan tgk bunga - bunga tu hingga berjam - jam . saya rasa makin direnung , makin memikat ... hanya org yg minat jer faham ...
teringin nk buat taman air mini belakang rumah...tempat berehat petang2..bestnyer
subahanallah..sangat memukau..indahnya panorama alam ciptaanNya yang esa..damai ja melihatnya, tu bagi kita yg tahu bahasa alam...
nak share 1 gambar dan petua senaang hati..bolehlah ya...tq so much, sangat menarik
semuanya cantik...berseri2 laman B Muhammad ni..sangat mengajak kita relax minda...
sngt cntk jika dpt pemandangan mcm ni.. Tenang sunggh fikiran..
Semenagnya bila tengok gambar-gamabr ni boleh lupa kejab problem yang ada..macam selalu ..cantik sangat..kalau tengok real lagi cantikkan..semoga ketengan itu akan kekal milik kita semua...and In Shaa ALLAH , 5 perkara tu pasti dapat membantukan..
Itulah perubahan kehidupan skrg ni...Kanak2 sekarang tidak dpt merasa spt apa yg kita rasa dulu. Hanya dikampung2 sahajalah tempat mereka utk mengenal tanaman, ternakan dan berkebun...itupun jika org tua masih ada. Kita kenalah dedahkan mereka dgn aktiviti ini, dlm pasu pun alternatif yg baik, kenalkan dgn teknologi pertanian spt hidroponik...Pameran MAHA adalah tempat terbaik utk pembelajaran.
Thx Anim, berkongsi pendapat di sini :)
Bestnya, memang best Kak Nah!...itulah idaman setiap orang.
Waalaikumsalam...Saya rasa ramai orang yg mempunyai minat spt anda Vee, tp kalau berjam2 tu....hmmmm payah juge tu
Idea yang bagus tu Meiza...Boleh juga berpeluh dgn aktiviti yg berfaedah. Jika jadi...sharekan hasilnya ye :)
Alhamdulillah...Andai kita tahu menghargai alam, pastinya kita akan ingat akan kebesaran Penciptanya.
Terima kasih Etuza
Syukur alhamdulillah...semoga Relaks Minda sentiasa dpt memenuhi kehendak anda, Thx Cikgu! :D
Sesungguhnya keindahan itu memang untuk kita nikmati, Nikmat ketenangan yg lahir darinya adalah kurniaan Ilahi yg sungguh berharga. Thx Syamsul
Disini hanya mampu memberikan gambar sahaja buat tatapan, pastinya yang realiti lebih mempersonakan. Terima kasih Kak Rauzah, Ya...semoga ketenangan itu akan kekal milik kita, Insyaallah!
Anda atau sesiapa sahaja boleh copy/share apa sahaja artikel atau gambar di Relaks Minda asalkan ianya utk tujuan kebaikan. Xperlu minta izin, semuanya bukan hak saya, ianya hak Allah...Yg baik sebarkanlah sabagai panduan, yg buruk jadikan sempadan. Jika ada salah silap, silalah tegur.
Salam singgah di tengah malam,
Dalam gagah mengah di dalam.. :)
Tsngan kematu hampir terbelah,
Terbelah dalam sampai geleman;
Ketenangan itu zikir zikrullah,
Zikrullah malam perisai iman.
Tumbuh pinang tumbuhlah rendah,
Merah peria jambangan mempelam;
Sungguh tenang sungguhlah indah,
Anugerah Allah pemandangan alam...:)
Malam berdentum gamatnya alam,
Merajuk lelah belumpun pagi;
Assalamu'alaikum dan selamat malam,
Esok insyaAllah berpantun lagi.
Waalaikumsalam,
Ummi singgah di tengah waktu malam,
Pagi baru dapat membalas salam....
Dalam bunyi ada canang,
Menyekatkan biri dengan galah,
Malam sunyi dan tenang,
Mendekatkan diri dengan Allah.
Merah darah pemandangan kelam,
Tiasa paksaan dan kekasaran,
Anugerah Allah pemandangan alam,
Tanda kekuasaan dan kebesaran.
Sulam dialas di seli sari
Tatanglah guni...junjungan diganti,
Salam dibalas di pagi hari,
Datanglah kesini...kunjungan dinanti :D
Pantun Ummi sentiasa memberi keindahan dan seri buat laman ini...
Terima kasih =)
Salam rona-rona pelangi,
Dalam pesona ku datang lagi...hehe
Berkebun suami mencurah keringat,
Biasa seorang ditinggal menjala;
Pantun Ummi apalah sangat,
Bahasa kurang dan janggal pula.
Irama lama dikata basi,
Persada harum kata bersantun;
Sama-sama kita berkongsi,
Relaks Minda dan Jom Kita Berpantun. :D
Salam disambut berseri-seri,
Gembira hati tidak terperi :D
Bukan bala menggundah diri,
Duri culah hanya selumbar,
Jangan pula merendah diri,
Dari Ummilah saya belajar.
Santun madah ditambah tari,
Di beranda harum nada melantun,
Pantun indah menambah seri,
Di Relaks Minda dan Jom Kita Berpantun...
wow....agaknya berapa la kos nak buat taman ni e... Rasan nak upah orang je g buat cecapntik kat depan laman tu..thnx for the info
http://infoaday.blogspot.com/
Kalau kos tu xdpt le nak bantu...semoga gambar2 ini boleh menjadi rujukan utk taman anda. Thx singgah ke sini.
alhamdulillah... sy dipertemukn dgn blog ni.. ktika sy hendak mgenali diri sy ni :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”