Dah lama tidak membuat entri berkenaan kreativiti kitar semula. Untuk pengetahuan anda, artikel berkaitan kitar semula ini...saya dapati ianya sangat menarik minat pembaca. Entri-entri lama berkaitan kitar semula sentiasa ada pengunjung sehinggakan kesemua entri berkaitannya kini berada paling atas dalam carta  artikel paling popular di blog ini. 

Ia juga merupakan entri yang paling banyak di "copy" terutama gambarnya. [klik sini untuk tahu bagaimana kandungan artikel anda telah di Copy] Tapi sayangnya komen-komen lama semuanya telah tiada. Hilang bersama hilangnya perkhidmatan komen Intensedebate di blog ini.

Pengunjung pula kebanyakannya datang dari carian Google dan Yahoo. Ini menunjukkan ramai yang berminat dengan aktiviti kitar semula. Saya tahu, ramai yang memahami dan menyedari akan pentingnya kitar semula tetapi kurangnya aktiviti dan idea untuk menggunakan barangan terbuang ini membuatkan ia akhirnya terbuang begitu sahaja. 

Aktiviti Kreatif

Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar... Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula...

kreativiti kitar semula relaks minda
Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik.

Di entri kali ini anda nikmati lagi beberapa hasil kreativiti bahan terbuang yang boleh anda cuba. Ianya tidaklah dapat menjadi secantik barang berjenama tetapi sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar dan sumber semulajadi amat tinggi nilainya, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Jom kitar semula! Aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama memberi pulangan buat anda. Jika anda rajin, mungkin ianya mampu menjana pendapatan buat anda.... (klik gambar untuk saiz sebenar untuk lagi jelas)

kreativiti kitar semula relaks minda
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda. Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat!

kreativiti kitar semula relaks minda
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan!

kreativiti kitar semula relaks minda
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif!

kreativiti kitar semula relaks minda
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan RM nilainya. 

kreativiti kitar semula relaks minda
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik! Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda.

kreativiti kitar semula relaks minda
Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.

kreativiti kitar semula relaks minda
Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang pula. Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu...Kan nampak kemas 

kreativiti kitar semula relaks minda
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton.  Setelah tergantung indah di dinding... Pasti ada yang berkenan, xpercaya? Cubalah...

kreativiti kitar semula relaks minda
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari botol plastik terbuang.

kreativiti kitar semula relaks minda
Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan semula ia untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan tampak eksklusif sekali. Hah... Kau ada!?

kreativiti kitar semula relaks minda
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat  menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang. Jika letak di meja pejabat anda...pasti ramai yg berkenan. Kalau hilang...Cer, tengok dalam bilik bos anda...hehe

kreativiti kitar semula relaks minda
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu. Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini...Menarik sekali.

logo kitar semula relaks minda
Biasa lihat simbol ini? 

Kenalkan dan dedahkan anak-anak anda dengan kitar semula. Beri penjelasan dan kefahaman tentang kepentingan kitar semula. Lakukan aktiviti kitar semula bersama mereka. Mereka masih rebung yang boleh diajar serta di lentur...Kita ni dah jadi buluh...hihihe... 

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah...Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

42 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi"

umiawadah delete icon 10:59 PG

mereka ni kategori rajin...ada saja idea untuk berkreatif...sangat berbaloi..

wow creative nya ..ada idea + rajin :)

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Rajin dan kreatif..kita ni tumpanglah sekaki. Aktiviti bermanfaat, elok di sebarkan.
Thx Ummi

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Kreatif yang bagus untuk kita memelihara alam dan sumbernya.
Cubalah, Acik!

bila dah siap..cantik pulak hasilnya...

Tanpa Nama delete icon 2:11 PTG

mmg bagus sgt kalau rajin kita semula ni... cuma kdg2 masa & penyakit M tu kan hehehe

BinMuhammad delete icon 2:14 PTG

Terima kasih akak, krn sudi berkunjung kesini

Mama Amirul delete icon 2:33 PTG

wah kreatif nye....

BinMuhammad delete icon 2:37 PTG

Penyakit M tu hanya diri sendiri jer mampu merawatnya.
Hendak seribu daya.
THX KA

Unknown delete icon 3:02 PTG

Kalau malas kene rotan..hehe

BinMuhammad delete icon 3:24 PTG

Garangnya Ummi...Takuuuttt hehe

BinMuhammad delete icon 3:25 PTG

Terima kasih Ibu,
Kunjungan Ibu ke Relaks Minda sgt saya hargai

Ros delete icon 3:50 PTG

Assalamualaikum Bin Muhammad,

Bagus sangat dengan idea2 kreatif yang macam ni semua...Banyak barang yang nak dibuang ni rupanya boleh dibuat hiasan yang sangat cantik kan Bin..cuma kena rajin ja..

noor azlan delete icon 3:58 PTG

Kalau lah PD sekreatif seperti di atas, mesti jemput BM datang rumah.... hehehe... Cantik sangat....

BinMuhammad delete icon 5:08 PTG

Waalaikumsalam Cik Ros,
Betul tu...jgnlah terus di buang begitu sahaja, idea yg di paparkan disini mungkin berguna utk di kitar semula.

BinMuhammad delete icon 5:10 PTG

Kalau nak jemput xkan kena tunggu PD buat rekaan kreatif begini... Mcm xde harapan le...hehe.

my notes delete icon 10:17 PTG

assalamualaikum ... lampu @ no.1 tu mmg cantik . suka sgt . boleh amik idea ni klu rajin .

miss yatie delete icon 10:38 PTG

BM, memang kreatif mereka ni, KY pun tengok berkenan, tapi nak buat tu tak pandai, maklumlah tangan tak berseni langsung hehehe

Unknown delete icon 9:33 PG

wah..saya suka semua idenya....

BinMuhammad delete icon 11:01 PTG

Waalaikumsalam,
Kalau dah berkenan...silakan. Rajin2kanlah diri ye :)
Thx Vee...

BinMuhammad delete icon 11:03 PTG

Boleh aje kalau ada keinginan, bukan xpandai cuma malas jer tu...hehe. Cubalah KY!

BinMuhammad delete icon 11:04 PTG

Selain drp suka...cubalah salah satu idea diatas, mungkin hasilnya lebih menarik!
Thx Izan :)

Unknown delete icon 7:20 PG

Kalau ditunjuk ajar mmg boleh buat..klu x mmg xbleh fikir nk buat sekreatif ini...

Contoh dah ade...boleh saja jika mahu mencubanya :)
Bersama kita kitar semula.

RIZZNA delete icon 9:12 PTG

cantiklaaaaaa, yg CiM teruja nak buat lampu kotak yg 1st tue, tmpt letak pencil kaler & hangeer gantung kasut. tp sblm tu kena modified skit rak kasut tu...

BinMuhammad delete icon 9:36 PTG

Nanti kalau dah menjadi bolehlah share gambarnye ye.
Terima kasih berkunjung kesini.

RIZZNA delete icon 11:41 PTG

haha...haruslaaa share di laman CiM. sekalian promote relaksminda yg bg pencerahan idea....hehehe

BinMuhammad delete icon 12:32 PG

Terima kasih, Teruskan bersama Relaks Minda.
Tidak sabar menunggu entri menarik itu nanti, Good Luck...

Tanpa Nama delete icon 5:48 PTG

wah,,kreatif sgat diorang :) kita ni tak kreatif + mlas tu lah masalahnya hihi

BinMuhammad delete icon 6:10 PTG

Kalau malas tak perlu susah2...kumpul barangan trbuang dan jual di tempat kitar semula, itu pun satu amalan yg memelihara alam sekitar :)

Aimacomel delete icon 8:40 PTG

hebatnya idea mereka ni. kitar semula je tp boleh jadi hebat camni

Mizz Aiza delete icon 1:11 PTG

kreatifnya.. boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual hasil kraf ini.. :D

Tanpa Nama delete icon 12:05 PTG

nak tanya yg cerin tu cara tampal sudu tu mcm mana ye?

BinMuhammad delete icon 1:25 PTG

Guna gam yang biasanya buat gubahan bunga tu... (tak tau namanya... pemanas bentuk pistol tu)

Tanpa Nama delete icon 5:37 PTG

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Hmm.. Cuti2 ni godek kat sini je la..tengah cari idea recycle tayar motor..coz husband btaw tadi die jumpe tayar motor terpakai.. Nk bt apw ek?...

Sudi-sudi menjengok

Kreatifnya..ada je idea mereka..yang paling simple pinggan kertas..menarik..

Unknown delete icon 12:11 PTG

ada tak jual bekas letak pensel tu?? hehehe

bagus info ni...saya dapat ilham macm mane nak buat beg daripada bahan terpakai ni....kalu korang nak buat bisnes simkad sila layari: http://www.talkfree2u.com/zehankaya

Unknown delete icon 8:32 PTG

hay saya dari indonesia
saya banyak daoat inspirasi dari sisni
anda benar-benar hebat telah membuat banyak karya yang indah
saya amat kagum oleh anda
trimakasih atas inspirasinya :)

Tanpa Nama delete icon 1:59 PTG

terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.Byk manfaat yg boleh dipraktikkan kat rumah..

Tanpa Nama delete icon 7:08 PTG

saya suka psv ......

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap