Lama juga artikel koleksi senibina masjid ini tidak di terbitkan. Sebelum ini setiap minggu pasti akan ada satu artikel dalam label masjid ini di terbitkan. Sudah banyak rupanya dan kini telah sampai ke entri yang ke 24...
Pelbagai rekabentuk dan senibina masjid yang indah telah kita lihat. Seluruh dunia telah kita terokai. Jika di perhatikan...senibina masjid kebanyakannya mengikut rekabentuk senibina dari Timur Tengah. Walaupun begitu rekaannya di ubah suai serta di adun dengan senibina tradisi tempatan. Ini menjadikan senibina masjid menjadi sungguh menarik dan unik.
Ciri-ciri sesebuah masjid tidak lari dari binaan kubah dan menara. Walaupun banyak rekaan bangunan mempunyai ciriciri ini, simbol bulan sabit di puncak kubah dan menara menjadi identiti unik untuk mengenali bangunan tersebut sebuah masjid.
Ini merupakan artikel terakhir di bawah koleksi senibina masjid di seluruh dunia. Dalam perancangan, ingin membuat koleksi senibina masjid di seluruh Malaysia pula, tapi.... tengoklah nanti...
Masjid di Ayutthaya, Thailand
Masjid merupakan simbol keagungan, kekuatan, dan perpaduan umat Islam di sesuatu kawasan. Senibina yang indah dengan bangunan yang gah cukup penting untuk melambangkan kebesaran agama Islam. Ia juga menjadi lambang kemajuan dan kemahiran umat Islam di dalam bidang senibina dan kesenian rekacipta.
Anda nikmati keindahan senibina masjid yang amat mempersonakan ini yang menjadi lambang keagungan Islam di seluruh pelusuk dunia.
Masjid Lao Huasi di China
Masjid di Kobe, Jepun
Masjid Baitul Mukarram di Dhaka, Bangladesh
Masjid Pusat Islam di Samarinda, Indonesia.
Masjid E-Aqsa di Rabwah, Pakistan
Masjid Terapung di Jeddah, Arab Saudi
Masjid merupakan rumah Allah, Jangan biarkan ianya sunyi tanpa penghuni.
Rumah Allah ini sentiasa terbuka untuk kita kunjungi dan mengimarahkannya.
Masjid Umayyad di Damascus, Syria
Masjid Cheng Ho di Surabaya, Indonesia
Masjid Agung Kota Batam di Riau, Indonesia
Masjid Niujie di Beijing, China
Masjid Lama Jumma, di Kilakarai, India
Masjid...Tempat terbaik untuk menikmati ketenangan dan kedamaian
jiwa dan minda.
Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, UAE
Masjid Sultan Hassan di Kaherah, Mesir
Masjid Mutiara di Lahore, Pakistan
Masjid Besar di Djenne, Mali
Masjid Mohabbat di Penshawar, Pakistan
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #23 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
- Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
- Post #21 - Keindahan Senibina Masjid
25 comments - "Post #24 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid"
masjid kat Jeddah tu cantik.
Indahnya kesenian masjid memang tidak dapat dinafikan. Rasa sejuk memandang menjadikan rumah Allah SWT memberikan ketenangan.
masjid abu dhabi.... cantik....
cantik & indah,, moga dapat menarik ramai org untuk sama2 beribadat didalamnyer juga ye
suka reka bentuk masjid mali.. unik :)
saya hanya pernah jejak ke masjid terapung di jeddah dalam banyak2 masjid dalam entry bin ni. saya pun cukup suka berkunjung ke masjid walau ke mana saya pergi (even dalam negara kita). tak taulah...kadang2 kita boleh belajar "sesuatu"bila ikut solat di masjid di negeri lain. setiap negeri berbeza, ada yg lepas azan terus solat, ada yang tunggu sekejap bagi ramai jemaah ikut sama, ada doa panjang lepas solat, ada tak doa langsung..
Masjid terapung tu mcm masjid selat mlk..
Subhanallah unik lah semua.. lagi2 yg ade unsur kebudayaan mcm beijing tu.
banyaknya masjid yg belum KY lihat...semuanya indah dan cantik..
assalamualaikum ... masjid mali tu bina dari apa yer ... unik lah
Terima kasih Shahirah...
Selain melihat keindahan senibina, lagi tenang jika kita sentiasa mengimarahkannya...
TQVM PD
Terima Kasih Ibu...
Masjid itu sgt indah seni rekaan dalamannya...(boleh tgok image dr Pakcik Google)
Itulah antara matlamat senibina, bila cantik dan selesa...ramailah org akan berkunjung dan mengimarahkannya.
Memang unik sekali...
TQ Acik :)
Setuju sgt, byk yg kita boleh lihat dan pelajari jika pergi ke pelbagai masjid di pelbagai tempat.
Terima Kasih Anim
Betul tu...tapi kat Melaka rasanya lagi indah rekaannya (pendapat saya le..)
Yg berunsur seni budaya setempat memang unik dan menarik...tidaklah nampak biasa aje...
Lihatlah koleksi #1 hingga #24...semua masjid indah2 belaka
TQ KY
Waalaikumsalam,
Masjid Mali itu dibuat dari tanah. Ianya sungguh unik!
Mmg indah..Kalau kt kg sy Jerteh ada masjid kayu yg baru siap.. mmg cantik dan unik senibinanya...
Di Malaysia pun tidak kurang juga keindahan dan keunikan senibina Masjidnya. Tgoklah nanti, mungkin akan ada koleksi masjid di Malaysia pula...
Islam dimana2.... haiya ala sollah!
CiM pernah dirikan solat dibeberapa buah masjid berlainan selama 2 hari.....7 waktu di sekitar jb suatu ketika dulu bersama rakan2 uni. kemuncaknya tidur dlm kereta di masjid abu bakar menanti azan subuh..
mengejar cinta ilahi....
Satu pengalaman yang menarik sekali! Pasti byk kisah pahit manis sepanjang pengembaraan tersebut..
izin share gambar meja diperbuat dari basikal tue.cantik n kreatif
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”