Kreativiti Kitar Semula - Tayar Terbuang Dan Terpakai: Di Malaysia, pada tahun 2011 terdapat 21,401,269 buah kenderaan berdaftar. Cuba kita ambil hanya suku daripada jumlah tersebut menukar tayar baru iaitu sebanyak 5 juta buah
Sekiranya setiap kenderaan hanya menukar 2 biji tayar, maka terhasillah lebih kurang 10 juta tayar terbuang hanya di bumi Malaysia.
Jumlah itu hanya untuk tempoh setahun. Kalau 10 tahun, akan ada 100 juta tayar terbuang terhasil! Satu data yang sungguh mengerikan! Pasti penuh bumi ini dengan tayar...
Ini hanyalah anggaran, tapi realitinya ia sebenarnya lebih dari itu. Dimanakah hendak kita buang semua tayar-tayar tersebut? Sebenarnya tayar-tayar terbuang ini boleh dikitar semula.
Ianya akan di proses untuk di jadikan bahan asas semula untuk kegunaan industri pembuatan. Namun ianya biasanya di beli secara pukal dan diborong terus dari kedai-kedai tayar.
Bagaimana jika anda mempunyai 2 atau 3 biji tayar terpakai? Pasti susah untuk menjualnya. Nak disimpan pun tiada gunanya. Jika terdedah pasti mudah air bertakung, masalah lain pula timbul...
Kreativiti Dari Tayar Terbuang Dan Terpakai
Kreativiti kitar semula kali ini memberi fokus kepada tayar terbuang untuk di kitar semula. Mari kita nikmati beberapa hasil kreatif dari tayar terbuang untuk anda cuba...
Paling biasa anda lihat, pastinya tayar terbuang ini di buat pasu bunga. Janganlah terlalu biasa, cuba kreatif sedikit. Susunan dan warna akan memberikan impak yang menarik terhadap pasu bunga tayar terpakai anda
Sebuah taman bunga mini juga boleh anda hasilkan... Lihatlah! Betapa cantik hasilnya.
Selain pokok bunga anda juga boleh tanam pokok sayuran dan herba.
Anda juga boleh mengubah tayar tersebut kepada bentuk pasu yang menarik seperti ini. Ikut sahaja cara-caranya....Hasilnya sebuah pasu bunga yang unik dan menarik. Warnakan ia mengikut warna kesukaan anda.
Jika anda mahukan pasu bunga yang bergantung, ini salah satu contoh yang boleh anda tiru.
Jika mahukan pasu gantung yang lebih kreatif, anda boleh ambil contoh ini. Memang cantik, menarik dan kreatif.
Selain dari itu, tayar terbuang juga boleh dijadikan hiasan menarik untuk taman mini di halaman rumah anda. Ianya memerlukan daya kreativiti yang tinggi.
Tayar terbuang sesuai untuk kegunaan di luar rumah kerana ianya tahan lama dan lasak terhadap pelbagai suhu dan cuaca.
Ini pula contoh kerusi dari tayar terbuang untuk kegunaan di taman mini anda. Sungguh menarik sekali hasilnya
Ini pasti menjadi kesukaan anak-anak anda. Satu mainan ringkas untuk mereka bermain di halaman rumah.
Tidak lengkap sesebuah taman tanpa ada kolam air. Gunakan tayar terbuang untuk menghasilkan sebuah kolam mini yang comel dan menarik sebagai pelengkap taman mini anda. Ikut sahaja tutorial bergambar diatas.
Seringkali tong sampah anda hilang atau beralih tempat? Ini adalah jalan penyelesaiannya. Kalau masih beralih dan hilang juga...pastinya orang itu berkenan sangat dengan tong sampah anda yang cantik ini...hehe
Jangan ingat tayar terbuang hanya sesuai untuk kegunaan di luar rumah. Anda lihat pula bagaimana kreatifnya kreativiti kitar semula tayar terbuang ini untuk di jadikan barangan kegunaan di dalam rumah pula... Tapi pastikan ianya dibersihkan dan di samak sebelum ia digunakan.
Tempat duduk yang sungguh menarik. Jika tidak di ruang tamu, pasti ianya sesuai diletakkan di beranda atau ruang rehat. Pastikan ianya dilengkapi dengan roda! jika tidak, pasti masalah besar untuk anda mengalihkannya.
Lagi contoh tempat duduk dari tayar terbuang. Jika kena dengan warna dan tema, pasti ianya tampak menarik dan eksklusif sekali.
Lihatlah betapa anggun dan eksklusifnya meja ini. Jika dapat tayar yang bercorak seperti tayar untuk kenderaan 4WD, pasti tampak lagi gempak.
Sungguh kreatif! Jika anda mengatakan yang meja ini dibeli di IKEA pasti semua orang akan percaya...hahaha! (gelak dalam hati jer ye)... :)
Kitar Semula Demi Alam Semulajadi
Bagaimana? Masih hendak dibuang tayar-tayar terbuang itu? Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
30 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Tayar Terbuang Dan Terpakai"
wahhh sungguh kreattif .. mak ada buat yang buat kolam tu hehee letak kat halaman rumah.. tapi sebenarnya banyk benda boeh buat kalau kita kreatifkan
Menarik... Yg meja tu sgt kreatif. Tp nk dpt bnga dia cam susah gak sbb yg dh lama selalu yg dh botak. Huhu....
Baguslah mak Acik...kreatif rupanye. Betul tu, jika kita kreatif...pelbagai benda boleh buat tapi kalau xkreatif, tiru jer...hehe, asalkan ianya utk kebaikan.
Senang jer, kalau botak lagi menarik, boleh di ukir atau di lukis!
Pasti tampak lagi kreatif :D
wahhhh sangat kreatif cara mereka recycle tayar2 tu...
Wauu cantik dan kreatif..rasa nk buat jgk lah... jimat plk tu..
mmg kreatif sungguh ler. tayar2 lama ni otomatik nampak menarik selepas proses kitar semual yng cukup kreatif ni
Terima kasih Makdara, kunjungan anda amat di nanti :)
Jangan hanya lafaz di mulut sahaja ye...Mari kita lakukannya!
Kalau dah buat nanti jgn lupa share ye :)
Semoga selepas ini tiada lagi tayar terbuang di merata2 yg terbiar begitu sahaja. TQ KA
nanti ramailah yg pergi kedai tayar heeee
tapi kalau berkenan tayar kena waspa selalu kut nanti jadi tempat pembiakan nyamuk
Cantik pun cantik, kreatif pun ya juga. Thanks for sharing. Suka sangat dekat stool & meja lilit tali tu. Hmmm nak buat macam ni....semangat kena berkobar2 baru jadi ;-)
Betul tu KY, pastikan air tidak bertakung.
Suka sgt melihat anda yg begitu bersemangat! Usaha itu tangga kejayaan.
Thx GM for your support, I'm really appreciate it!
kreatiiiiiifnye!! dasyat laa... nak seribu daya kan ! rs smgt nak buat, tapiiii :)
Ustazah ni...Belum apa2 dah bertapi, cubalah dulu ye..
Belum cuba belum tau... Bukankah mencuba itu lebih baik dari hanya diam dan menunggu.
kreatifnya.. saya pernah tengok tayar ni jadi pasu dekat sekolah saya :)
Sekolah adalah tempat yg paling sesuai untuk mendidik mengenai kitar semula ini. Semoga di perbanyakkan aktiviti kitar semula di sekolah.
Thx Sayidah
Woww....aku sgt suka benda2 mcm ni. Leh jadik inspirasi utk aku di rumah. Thanks.
Selamat datang M.Ridzwan, yg baik jadikan panduan...
Semoga Relaks Minda dpt memberi sedikit mamfaat buat anda. Terima kasih diatas kunjungan dan menjadi sahabat :)
tak sangka kan tayar tu sebenarnya pelbagai guna, kalaulah tangan dan akal ku se kreatif itu... owh, semart
Assalamualaikum. wah, sangat kreatif. Hehe :D boleh tak nak minta tolong sikit? dekat sekolah saya, ada buat satu pertandingan iaitu mengumpul barang yang 'recycle' untuk dijadikan hiasan di Taman Sekolah. err.. saya dah butu. sebab banyak sangat idea idea yang awak bagi. so, boleh tak tolong saya? cara membuatnya ataupun hantar gambar gambar tentang hiasan taman sekolah? dengan menggunakan botol atau tayar. Kalau boleh nak yang senang sikit, tapi nampak menarik. Trimas ;)
untuk isi bungan dah buat.. tp yg lain2 ni belum try lain... kretif n cntik bila dah di ubahsuai
kami tengah buat projek taman kat sekolah.benteng taman kita buat pakai tayar terpakai.sekitar sekolah tanah lembut pulak.setakat ni belum dapat post.insyaalah dah siap kita akan akan post kan ya.
Menarik... tak sabar nak melihat hasilnya nanti :)
Salam.. Boleh tau jenis cat yang digunakan untuk tayar tu? Saya ada bertanya di kedai cat, katanya kena pakai cat getah yang harganya boleh tahan jugak.. Cat selain dari itu tak boleh ke? Cat spray dll?
Waalaikumsalam,
Boleh sahaja guna apa sahaja jenis cat (spray atau cecair) tetapi mesti selain dari jenis cat air. Memang ianya tidak berkualiti dan tahan spt cat getah namun bertahun-tahun jugalah... Yg penting, jimat... :)
Ok terima kasih banyak atas maklumat anda.. 😊👍👍
Sangat kreatif idea untuk dekorasi laman ni. Cantik pulak. Ada tips nak pilih & tempat nak cari tayar terpakai ni tak? Boleh mintak macam tu je ke kat kedai tayar.
awesome sgt meja IKEA tu...hihi
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”