Assalamualaikum...Hari ini kita pelajari sesuatu tentang kelemahan pandangan mata kita. Tidak semua yang kita lihat mampu di tafsirkan oleh otak kita dengan tepat. Apabila ini berlaku, pandangan kita ini di panggil Ilusi Optik.
Salah satu illusi optik adalah bila mata kita tertipu dengan dimensi dan perspektif. Mata kita melihat seolah-olah ada perbezaan tapi sebenarnya ia adalah sama. Ini dipanggil ilusi distorsi. Selalunya ilusi distorsi ini mengelirukan di sebabkan oleh perspektif, iaitu dimensi rupa antara dekat dan jauh. Oleh itu jangan tertipu dengan jarak, saiz dan bentuk sesuatu objek tanpa anda mengukurnya terlebih dahulu.
Anda lihat gambar-gambar berikut dan anda dapat lihat bagaimana mata kita memberi informasi yang salah lalu minda mentafsirkan ianya tidak seperti realiti.
Gambar 1
Point A-B kelihatan lebih panjang dari Point A-C. Cuba anda ukur...ianya adalah sama.
Gambar 2
Kedua-dua bola tersebut adalah sama saiz.
Mata kita diperdaya dengan perspektif dimensi jarak.
Mata kita diperdaya dengan perspektif dimensi jarak.
Gambar 3
Apa perbezaan antara 2 gambar ini? Ya...Tiada beza sebenarnya.
Cubalah ukur kepanjangan dan jarak antara garisan lurus tersebut untuk kepastian.
Cubalah ukur kepanjangan dan jarak antara garisan lurus tersebut untuk kepastian.
Gambar 4
Menara Pisa sebelah kanan kelihatan lebih condong dari yang sebelah kiri...
Anda terpedaya dengan mata anda sendiri!
Sebenarnya gambar kedua-duanya adalah sama.
Ukurlah kecondongan kedua-duanya anda pasti dapat jawapannya.
Anda terpedaya dengan mata anda sendiri!
Sebenarnya gambar kedua-duanya adalah sama.
Ukurlah kecondongan kedua-duanya anda pasti dapat jawapannya.
Jangan pula risau...Mata anda tidak rosak, ianya adalah kelemahan semulajadi pandangan mata yang ada pada setiap insan. Ada hikmah di sebalik kelemahan ini... Ia sebenarnya mengajar kita agar tidak terlalu mudah untuk membuat kesimpulan dan keputusan tanpa mengambil pendekatan dan penelitian yang sewajarnya.
Setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna...hanya kita perlu tahu akan hikmah dan keistimewaan disebalik kekurangan yang diberi kerana kekurangan itu sebenarnya adalah kelebihan!
Admin...
27 comments - "Pandangan Anda Terpedaya - Ilusi Optik Distorsi"
br tau,..
Mata kita ni istimewa. ..
saya ukur untuk lebih sahih...hahaha betullah...mata kita ditipu ..hehehe
sebab tu biasa kita dengar.."jangan pandang orang sebelah mata"..jangan biar kan mata kita tertipu oleh pandangan luaran..
Hmm mmg keliru dan tertipu dibuatnya..
assalamualaikum... gambar bola tu mmg keliru banyak ...
unik betul macam manalah boleh buat macam ni kan?
Kelemahan yg istimewa
Samalah kita...Thx Izan
Terima kasih sudi singgah kesini :)
Yes Bro! Ciptaan Allah yg sgt istimewa
Bukan mata ditipu, tapi mata kita yg tidak dpt memberi info tepat kpd otak utk mentafsir apa yg di lihat.
Betul tu Anim, jgn sekadar lihat tapi buatlah penelitian utk lebih sahih...
Kekeliruan disebabkan kelemahan pandangan...Jgn terlalu mudah menilai tanpa usul periksa.
Waalaikumsalam,
Kerana keliru itulah perlunya penelitian
Bukan buat tapi itulah kenyataan mengenai pandangan mata kita..
Thx Sayidah
Betul tu Liza, kelemahan itulah kelebihannya
nice share..saya pernah mengajar ttg ilusi optik suatu masa dulu.
hehehe mmg menarik ni!
mata pun bleh tertipu
tag utk segmen
http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html
Mesti pengetahuan cikgu mengenai ilusi optik ni lebih mendalam. Kalau ada yg silap tolonglah perbetulkan...
Memang menarik...thx KA
Terima kasih Ibu, sbb tag saya.
selamat berkenalan blog very nice..tq
Selamat datang Etuza, Salam perkenalan.
Terima kasih singgah kesini dan menjadi Sahabat Relaks Minda. Kehadiran anda dialu-alukan :)
entry best!!!
Terima kasih, teruskan bersama Relaks Minda :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”