"Oooo... Tak sangka, ada buah rupanya" Ini mungkin ungkapan anda apabila anda mula mengenalinya. Anda mungkin biasa mengenali namanya. Rupanya pun anda kenal. 

Ya...sesetengah tumbuhan dan sayuran anda mengenali rupa pokok dan daunnya yang biasa anda lihat dan digunakan untuk masakan mahupun dalam perubatan. 

Tapi kadang kala anda tidak tahu pun yang tumbuhan tersebut mengeluarkan buah kerana kita hanya menggunakan daunnya sahaja.

Relaks Minda kali ini ingin memperlihatkan anda beberapa tumbuhan dan sayuran yang anda mungkin tidak tahu pun yang ianya mengeluarkan buah. 

Bagi yang mengetahuinya bolehlah kongsi pengetahuan anda... Munkin anda juga akan berkata, "Oooo... Tak sangka, ada buah rupanya"

tak sangka, begini rupa buahnya
Cantik buahnya...inilah buah sayur daun manis.

tak sangka, begini rupa buahnya
Buah apa ni? Inilah buah pokok kari... daunnya biasa kita gunakan dalam masakan kari tu... 

tak sangka, begini rupa buahnya
Umpama segugus buah anggur...Buah apakah ini? Inilah buah pokok bakawali.

tak sangka, begini rupa buahnya
Sungguh menarik sekali warnanya. Merah menyala..buah apakah ini?  Inilah buah pokok daun palas. 

tak sangka, begini rupa buahnya
Ini mungkin biasa anda lihat, sedap sayur ini... ini adalah buah pokok sayur meranti

tak sangka, begini rupa buahnya
Buah apa agaknya...Ini pun mungkin biasa kot anda lihat, buah pokok ceri...Sekali makanlah, manis rasanya.

tak sangka, begini rupa buahnya-bunga tanjung
Macam buah pinang bentuk dan warnanya tapi pokoknya tidak serupa... Ini lah dia buah pokok bunga tanjung!

tak sangka, begini rupa buahnya-bunga orkid
Anda jangan pula tidak percaya...Bunga orkid pun sebenarnya berbuah!

Sekadar berkongsi pengetahuan bagi mereka yang mungkin ingin mengenali pokok, bunga dan sayuran yang anda tidak tahu pun bahawa ianya ada buah rupanya... 

Kongsikan juga pengetahuan anda, mungkin banyak lagi pokok yang kita tidak tahu yang ianya ada buah rupanya yang mungkin akan membuatkan kita berkata, "Oooo...tak sangka, ada buah rupanya"  :)

Anda suka...anda perlu lihat lagi :

Admin...

22 comments - "Oooo... Tak Sangka, Ada Buah Rupanya..."

S.K.A delete icon 10:30 PG

Salam...buah wrna merah 2 nmpak cam sdap je..bnyak semut..mgkin manis..buah orkid?? boleh mkan??

Mia Liana delete icon 11:22 PG

oooo baru mia tahu... kesian ekk..

MaMa Rey delete icon 2:43 PTG

as-salam BM..
okid pn ada buah rupanya..baru tau ni..

say manis tu selalu tengok..ibu byk tanam masa kecik2 dulu..lain2 blm prnh tengok..byk pla yg sy tak tau ni..adehh

heeheheh baru tahu ..adehh ksian2 :)

Bin Muhammad delete icon 11:04 PTG

Buah tu xboleh makan der... Sebab tu xdiusik binatang. Kerengge tu cuma tumpang jer.
Buah orked tak tau pula...Saya pun terkejut juga, jumpa ni kat rumah mertua saya.

Bin Muhammad delete icon 11:06 PTG

Selamat datang Mia, bukan Mia sahaja...ramai lagi, termasuklah saya. Sebab tu nak share :)

Bin Muhammad delete icon 11:07 PTG

Waalaikumsalam Mama,
Saya pun baru tahu, jumpa orked ni kat rumah mertua.

pha is delete icon 11:08 PTG

pokok daun palas n pokok daun kari ada je kat rumah, tapi x pernah nampak buah pun.. hmm.. lain spesis tak..? hehehe

Bin Muhammad delete icon 11:09 PTG

Semoga ia dapat memberi sedikit pengetahuan. Selamat berhujung minggu Acik :)

Bin Muhammad delete icon 11:32 PTG

Pokok kari dan palas memang ada pelbagai jenis. Tidak dinafikan mungkin spesis yg saya temui berbeza.

pelbagai buah yang kita nampak, ada jg yg saya pernah lihat, ada jg yang baru nampak ni BIn M..cantik tau! Allahhu Akhbar

Terima kasih cikgu, semoga ianya dapat memberi sedikit pengetahuan buat semua.

Ada yg dah tahu...tp byk yg xtahu la..hihi

Semua orang pun begitu...Semoga lepas ni ramai yang dah tahu...hehe
Thx Meiza

MargeGoh delete icon 10:57 PG

Wahhhh jakun sekejap untuk buah yang tak pernah nampak heheehe....
Yang saya biasa tengok buah sayur manis, buah pokok kari...paling best buah ceri; masa kecil dulu selalu berebut dengan kawan2; boleh sampai gaduh nak buah yang besar. Last2 bapa tanam satu pokok depan rumah ;)

Betul tu...buah ceri ni memang sedap di makan...Pokoknya pun rendang. Kenangan bergaduh tu hampir sama hehe...

pucuk manis & pucuk meranti kalau digoreng dgn cili padi sedap betul ni !

Sudah semestinya...Membuka selera sesiapa sahaja!

BM..macam2 buah ada. owh..baru tau pucuk manis & pucuk meranti boleh dibuat goreng cili..selalu knah buat sayur lemak =)

Betul kak nah...mcm buah ada. Saya tgok mak mertua saya masak, mcm2 dia buat dgn sayur ni. Saya hanya tau makan ajer hehe

hainom OKje delete icon 3:22 PTG

Dah lama tak tengok buah pucuk manis tu...dulu masa kecik2 selalulah tengok...Tapi memang betullah BM...kalau tak tengok ni memang tak sangka rupanya pokok2 ni pun ada buahnya!

Kadang2 kita tak perasan pun kerana buahnya tiada guna. Lepas ni perhatikanlah...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap