Tujuannya hanyalah satu... sebagai daya penarik agen-agen pembenihan agar datang dan secara tidak sengaja dapat membantu proses persenyawaan dilakukan lalu menghasilkan buah dan biji benih untuk kesinambungan kehidupan spesis mereka.
Kepelbagaian jenis bunga yang begitu banyak di rumah mertuaku begitu mempersonakan. Spesisnya tidak seperti yang selalu kita lihat di mana-mana. Kebanyakan tidak diketahui namanya.
Kecantikan Bunga Di Desa
Itulah keistimewaan di desa yang masih belum terdedah dengan arus pembangunan dan pencemaran. Amat mudah sekali tumbuh-tumbuhan tumbuh subur di mana-mana sahaja di sekeling rumah dan di kebun.
Kadang kala tidak diketahui dari mana datangnya biji benih tersebut...mungkin dari sisa makanan dan najis burung mahupun binatang yang selalu berkunjung bebas di sekitar kawasan rumah.
Ibu mertuaku begitu menggemari pokok yang berbunga. Setiap kali ada tumbuh pokok berbunga yang menarik, pasti di jaganya, tidak kira dimana ia tumbuh. Kadangkala betul-betul di depan pintu rumah...tapi dibiarkan saja ianya tumbuh dan berbunga.
Nikmati koleksi seterusnya...kecantikan bunga desa yang menarik dan unik hasil bidikan lensa kamera ku... Bukanlah seorang jurufoto profesional...semoga anda berpuas hati.
Bunga 1
Bunga 2 (rasanya salah satu spesis setawar)
Bunga cekur
Bunga kaktus
Bunga tembikai
Bunga daun bawang
Bunga butang
Bunga ekor kucing
Bunga daun manis
Bunga mawar
Bunga 3
Bunga daun rama-rama
Bunga 4
Bunga timun pipit
Bunga kemboja
Semoga anda semua berpuas hati melihat koleksi kecantikan bunga-bungaan di desa yang sudah pastinya unik dan menarik.
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera. Terima kasih bersama Relaks Minda... Kehadiran anda amat-amat saya hargai. = )
Masih banyak lagi gambar-gambarnya...nantikan koleksi seterusnya.
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
45 comments - "Keindahan Dan Kecantikan Bunga Di Desa"
Bnyknya tanam bunga..Berbunga rasa dri nie...
cantik bungga tu ...tenang :)
BM....jangan di tanya nama bunga sebab memang tak kenal hehe.... Yang kenal tu satu je bunga rose....
Cantik bunga nikan rupanya...patut pun menjadi igauan sang kumbang!
bunga kemboja tu, zaman sekolah menengah kitaorang kumpul bunga tu banyak2, ikat pastu main timbang2 ngan kaki..nostalgia..=)
cantik2 nyer... kalau kat kg2 bunga2 mcm ni mmg tumbuh subur lah !
Bunga yang sangat cantik ... pantas dikasih ke orang yang cantik luar dalam hehehe
Ada yg di tanam dan ada yang tumbuh dengan sendirinya... Itulah hobi mertua saya :)
Thx Acik... sekadar utk nikmat pandangan mata :)
Pastinya bunga di desa tinggi nilainya. Bukan sebarang kumbang dapat hinggap.
Ooo macam tu pula...menarik! Kalau dulu2 xberani dgn pokok ni, kan selalunya kat kubur jer boleh di temui. Tapi sekarang tidak lagi.
Betuk KA, kat kg jer mudah di temui...kalau kat bandar mcm payah jer nak jumpa.
Thx Wong.... Hati2 berkasih dgn bunga desa, pastikan mendapat izin tuannya :)
bunga cekur tu nmpak unik.. igtkan orkid...
eemm...banyaknya bunga kat rumah mak..memang mak tangan yg sejuk, sbb tu tanam menjadi je..
Betul pha is...ianya memang kelihatan seperti orked. Tengok live lagi cantik. Kelopaknya terlalu lembut.
Betul KY, tangan mak memang sejuk...tanam ape saja menjadi. Kalau tengok pun, bukannya berbaja dan berjaga sgt tapi subur aje.
tak sangka bunga ekor kucing cantik di lensa kamera walhal kalau live biasa2 saja...
p/s dah boleh buka nursery ni..tangan sejuk
Nak buka nursery di kampung...sapa la nak dtg membeli. Pernah juga mintak mak sepasu bunga. bila bawak je ke rumah...dlm 2 minggu dah mula merajuk, xlama lepas tu trus mati...mcmne tu
terbaek gmbar2 yg bro snap..sume cntik2..
rajinnya mak mentua tanam pokok bunga-bunga. Cantik-cantik belaka...
blm pernah tengok bunga ekor tu..ni pes time tengok..
walau bkn profesional tp gambar2 semuanya cantik2 dn terang
bunga kemboja...selalu ada kat kubur
memang cantek...cantek sangat ciptaan Ilahi ni..
Ya ALLAH cantiknya...kita memang suka bunga-bunga ni..especially yang fresh kat kampung..kampung and most of it tak pernah tengok pun...
Thx bro! Amatur jer...
Memang banyak! Tak habis lagi ni...ada lagi akan menyusul!
Bolehlah Mama...kena shot byk kali tu utk dapatkan yg ok. Kamera pun cikai jer. Lepas tu kena edit skit2.
Betul tu Mazliza, dulu org xberani tanam dekat rumah, tapi sekarang tidak lagi, di tengah KL pun banyak
Terima kasih Bunda. Ciptaan Ilahi itu kan sempurna...pastinya cantik. Bersyukur dapat menikmatinya.
Terima kasih kak raudzah kerana menyukainya. Ada byk lagi...tunggu koleksi seterusnya ya :)
nama saya pun macam bunga jugak.. huk hukhk
Macam2 jenis bunga
ada yang pernah tengok
ada juga yang baru pertama kali
Assalammualaikum...bin mohammad,
wah2..cantik2 bunga kat sini.... cantiknya anugerah ciptaan ilahi... mselim3 memang minat bunga... tp diam2 k..nanti diorang kata mselim3 nie mat bunga pulak...hehehehe...
mselim3
Yelah...unik dan menarik!
Semoga Ibu menyukainya... Terima kasih :)
Waalaikumsalam mselim3,
Semua orang suka pd bunga...Lelaki biasalah ego, kalau suka bunga xmancho...
Bunga itu di cipta sedemikian cantik utk menarik kumbang... Sudah semestinya lelaki yg menyukai bunga, betul tak?
Saya tahu..bunga 1 : bunga pokok senduduk..hehe
Salah lah Meiza, bunga senduduk ada dalam koleksi 1... Warna serupa tapi lain rupanya.
done clik2 nuffngx2 yer
cantiknya bunga2 ni. kalau sampai kat saya mesti xde yang hidup.. :(
Thx KA...Ini yang suka sgt dgn KA ni.. :)
Samalah kita...orang kata tangan panas...hmmm
Bestnya BM boleh ambil gambar cantik2....Bunga2 pun sihat & cantik. Sukanya tengok! :)
Thanks MG, Ada byk lagi gambar bunga desa...wait for next entry :)
cantik cantik semuanya :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”