Keindahan Perjalanan untuk Ketenangan Minda dan Rohani: Assalamualaikum... Bertemu kita kembali. Hari ini kita rehatkan minda. Tenangkan fikiran.... Sebelum anda scroll ke bawah, anda tariklah nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas... Alhamdulillah.
Kini nikmatilah keindahan ciptaan Ilahi yang di gubah oleh insan-insan kreatif yang juga mendapat ilham dari Allah yang Maha Esa. Laluan di celah kehijauan pepohon disulami bunga-bungaan berwarna-warni.
Laluan Di Taman
Rasai ketenangan dan kedamaian suasana yang rehatkan minda dan mendamaikan jiwa. Mari kita bersama-sama menempuh perjalanan indah di laluan ini...
Ketahuilah juga...disaat anda gelisah dan tertekan, tekanan darah tidak akan stabil. Ianya boleh naik lalu mengancam kesihatan anda. Rehat amat diperlukan untuk memberi ketenangan diri agar perjalanan darah kembali stabil.
Selain dari menikmati keindahan dan kedamaian alam...Anda juga disarankan mengambil jenis-jenis makanan yang mampu menurunkan kembali tekanan darah anda.
Kini...Teruskan perjalanan kembara kedamaian dengan menjamu pandangan mata anda dengan keindahan alam ini. Ianya di ciptakan Allah untuk kita nikmati dan mengagumi akan kebesaran dan kekuasaanNya.
Mengagumi keagungan Ilahi bukan sekadar melihat akan kebesarannya. Lafazkanlah zikir di lidah mahupun di hati. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Agung lagi Maha berkuasa. KurniaanNya kepada kita alam yang indah ini...
Mata yang sihat dan mampu memandang... Bersyukur dan Bermuhasabahlah...Ingatlah, semuanya hanyalah pinjaman sementara buat kita.
Sambil berzikir...kita teruskan perjalanan menikmati keindahan kehijauan dan warna-warni pepohon dan bunga-bungaan yang subur menghiasi bumi yang aman ini.
Inilah perjalanan yang indah untuk kita nikmati... Sesungguhnya perjalanan kita ini tidak akan berakhir didunia ini.
Sepanjang perjalanan menikmati keindahan...harus ada ilmu yang perlu kita kutip agar perjalanan tidak sekadar nikmat seketika tetapi dapat dibawa bersama bekalan untuk kehidupan yang lebih panjang di akhirat kelak.
Berehat itu adalah keperluan tapi bukan bermakna rehat anda perlu kosong dari segala-galanya. Nikmat rehat yang sebenarnya apabila anda mendapat ketenangan minda dan rohani.
Kini anda boleh teruskan perjalanan kembara kehidupan anda. Dapatkanlah bekalan sebanyak mungkin sepanjang perjalanan hidup di dunia ini. Ingatlah...Perjalanan anda hanya akan terhenti apabila anda dapat menikmati nikmat Syurgawi.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh sedikit manfaat.
Admin...
27 comments - "Keindahan Perjalanan - Ketenangan Minda dan Rohani"
subhanallah... indah & mendamaikan sgt !
masyaAllah...saujana mata memandang, tenang lihat bumi yang menghijau...,
KY suka iklan tu, nak pisang boleh heee
Asah parang berbilah-bilah
Sudah diasah letak di tepi
Bertasbih bertahmid memuji Allah
Tanda kesyukuran tidak bertepi
salam bersyukur mendiidik hati menjdi menjaga maruh diri dan disiplinkan diri atas nikmat yg d beri
Perjalanan ini berwarna-warni...yang mencorak dan mewarnakan jalan2 tersebut tuan yang punya diri.
Ada yang bila dicampurkan warna jadi cantik, ada yang sebaliknya, ada yang boleh diubah & dipercantikkan, ada juga yang tidak....terpulang dari individu sendiri nak pilih colour apa?
Kalau salah warna jangan pula marah orang lain; paling baik betulkan @ buat yang baru.
Jangan biarkan bersepah.
Cantiknya....tenangnya bila tengok semua gambar2 yang BM sajikan. Terima kasih BM.
PS: Suka tengok pelangi & bintang ;)
Cantiknya BM..macam lukisan..tak boleh imagine if this path is mine...
subhanaALLAH.. lailahailaAllah.. cantiknye !!! suka melihat kehijauan
Semoga KA beroleh ketenangan :)
Boleh sahaja...tapi kalau ada diabetes, elok dikurangkan.
TQ KY
Sungguh mendalam isi pantun ibu,
Berlebih sekelumit jangan sekali,
Pesan amanat jangan kelahi,
Bertasbih bertahmid jangan berhenti,
Atas nikmat kurniaan Ilahi...
Betul tu...maruah mesti di jaga, pendindingnya adalah bersyukur dan menjadi muslim sejati.
Sungguh menarik kupasan MG. Benar sekali...terpulang kpd diri sendiri untuk berubah, betul atau salah adalah pilihan kita.
Thanks MG...
p/s: akan saya cuba dapatkan.. :)
Terima kasih Kak Raudzah. Semoga hari yang tenang dan ceria buat akak.
Terima kasih Acik...Semoga kita terus dapat menikmati keindahan alam ini sambil memuji kebesaran Ilahi
keindahan dan kesedapan dunia kadang2 buat kita terpesona dan terleka akan satu kehidupan yang jauh lebih dan kekal....
maklumlah..benda "ghaib"...
Suatu perkara yg kita tidak nampak pasti mudah untuk kita lupa berbanding yang terlihat di depan mata...Benar kata cikgu. Semoga kita sentiasa saling ingat mengingati...
Waalaikumsalam Nao Mei,
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda. Kunjungan cik akak sentiasa dinanti :)
Jangan terlalu memuji, nanti fenin memikirkan next entri...hehe
betul.... bila memandang kehijauan ciptaanNya...hati pun jadi tenangkan BM...moga kita tidak tergolong dalam mereka yg lupa kepada Penciptanya
Insyaallah...semoga kita sama2 saling mengingati.
Thx OKje
Assalamu'alaikum...
Tatang timba mencari mempelam,
Mempelam terjulur tangkai berdaun,
Datang hamba memberi salam,
Salam ku hulur secebis pantun.
Datang lagi.. :)
Di masjid kecil bertabir putih,
Masih tafakur merah di dahi,
Tahmid tahlil takbir dan tasbih.
Kasih bersyukur anugerah Illahi.
Pulang suami mencari pelam,
Harum mempelam jelas meruntun,
Datang Ummi memberi salam,
Waalaikumsalam kubalas berpantun :)
Kehadiran Ummi dgn pantunnya amat kunanti
Ummi datang lagi,
Gembira rasa dihati :)
Semalam berpeluh lakun mencuri,
Perasa kari ambil sekali,
Mendalam sungguh pantun diberi
Terasa diri kecil sekali...
Ummi jawab ya :)
Skil cik puan mantan pengarang,
Skil menari salsa dan inangnya;
Kecil tuan bukan sebarang,
Kecil diri berbahasa orangnya... :)
Terima kasih Ummi...
Jangan mengeji tari ini,
Nanti tumbang berdarah gusi,
Jangan memuji diri ini,
Nanti kembang patah kerusi.. :)
Subhanallah cantik2 nye laahh diorang deko taman kan.. eh tp br twu, lada leh kurngkan tekanan ye ?? hehe sedap mkn pedas :D
Jgn terlalu byk pula makan lada...nanti lain pula akibatnya :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”