Keindahan Perjalanan untuk Ketenangan Minda dan Rohani: Assalamualaikum... Bertemu kita kembali. Hari ini kita rehatkan minda. Tenangkan fikiran.... Sebelum anda scroll ke bawah, anda tariklah nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas... Alhamdulillah. 

ketenangan minda dan rohani

Kini nikmatilah keindahan ciptaan Ilahi yang di gubah oleh insan-insan kreatif yang juga mendapat ilham dari Allah yang Maha Esa. Laluan di celah kehijauan pepohon disulami bunga-bungaan berwarna-warni. 

Laluan Di Taman

Rasai ketenangan dan kedamaian suasana yang rehatkan minda dan mendamaikan jiwa. Mari kita bersama-sama menempuh perjalanan indah di laluan ini...

keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda
Ketahuilah juga...disaat anda gelisah dan tertekan, tekanan darah tidak akan stabil. Ianya boleh naik lalu mengancam kesihatan anda. Rehat amat diperlukan untuk memberi ketenangan diri agar perjalanan darah kembali stabil. 

Selain dari menikmati keindahan dan kedamaian alam...Anda juga disarankan mengambil jenis-jenis makanan yang mampu menurunkan kembali tekanan darah anda.

ketenangan minda dan rohani
Kini...Teruskan perjalanan kembara kedamaian dengan menjamu pandangan mata anda dengan keindahan alam ini. Ianya di ciptakan Allah untuk kita nikmati dan mengagumi akan kebesaran dan kekuasaanNya.

keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda
Mengagumi keagungan Ilahi bukan sekadar melihat akan kebesarannya. Lafazkanlah zikir di lidah mahupun di hati. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Agung lagi Maha berkuasa. KurniaanNya kepada kita alam yang indah ini...

Mata yang sihat dan mampu memandang... Bersyukur dan Bermuhasabahlah...Ingatlah, semuanya hanyalah pinjaman sementara buat kita.

ketenangan minda dan rohani
Sambil berzikir...kita teruskan perjalanan menikmati keindahan kehijauan dan warna-warni pepohon dan bunga-bungaan yang subur menghiasi bumi yang aman ini.

keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda 
keindahan taman ketenangan minda
Inilah perjalanan yang indah untuk kita nikmati... Sesungguhnya perjalanan kita ini tidak akan berakhir didunia ini. 

Sepanjang perjalanan menikmati keindahan...harus ada ilmu yang perlu kita kutip agar perjalanan tidak sekadar nikmat seketika tetapi dapat dibawa bersama bekalan untuk kehidupan yang lebih panjang di akhirat kelak.

ketenangan minda dan rohani

Berehat itu adalah keperluan tapi bukan bermakna rehat anda perlu kosong dari segala-galanya. Nikmat rehat yang sebenarnya apabila anda mendapat ketenangan minda dan rohani

Kini anda boleh teruskan perjalanan kembara kehidupan anda. Dapatkanlah bekalan sebanyak mungkin sepanjang perjalanan hidup di dunia ini. Ingatlah...Perjalanan anda hanya akan terhenti apabila anda dapat menikmati nikmat Syurgawi. 

Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh sedikit manfaat.
Admin...

28 comments - "Keindahan Perjalanan - Ketenangan Minda dan Rohani"

Tanpa Nama delete icon 10:21 PG

subhanallah... indah & mendamaikan sgt !

miss yatie delete icon 11:42 PG

masyaAllah...saujana mata memandang, tenang lihat bumi yang menghijau...,

KY suka iklan tu, nak pisang boleh heee

Mama Amirul delete icon 11:47 PG

Asah parang berbilah-bilah
Sudah diasah letak di tepi
Bertasbih bertahmid memuji Allah
Tanda kesyukuran tidak bertepi

suri delete icon 12:21 PTG

salam bersyukur mendiidik hati menjdi menjaga maruh diri dan disiplinkan diri atas nikmat yg d beri

Unknown delete icon 12:30 PTG

Perjalanan ini berwarna-warni...yang mencorak dan mewarnakan jalan2 tersebut tuan yang punya diri.
Ada yang bila dicampurkan warna jadi cantik, ada yang sebaliknya, ada yang boleh diubah & dipercantikkan, ada juga yang tidak....terpulang dari individu sendiri nak pilih colour apa?
Kalau salah warna jangan pula marah orang lain; paling baik betulkan @ buat yang baru.
Jangan biarkan bersepah.

Cantiknya....tenangnya bila tengok semua gambar2 yang BM sajikan. Terima kasih BM.

PS: Suka tengok pelangi & bintang ;)

Blog Santai delete icon 12:38 PTG

Cantiknya BM..macam lukisan..tak boleh imagine if this path is mine...

subhanaALLAH.. lailahailaAllah.. cantiknye !!! suka melihat kehijauan

BinMuhammad delete icon 4:17 PTG

Semoga KA beroleh ketenangan :)

BinMuhammad delete icon 4:18 PTG

Boleh sahaja...tapi kalau ada diabetes, elok dikurangkan.
TQ KY

BinMuhammad delete icon 4:27 PTG

Sungguh mendalam isi pantun ibu,

Berlebih sekelumit jangan sekali,
Pesan amanat jangan kelahi,
Bertasbih bertahmid jangan berhenti,
Atas nikmat kurniaan Ilahi...

BinMuhammad delete icon 4:29 PTG

Betul tu...maruah mesti di jaga, pendindingnya adalah bersyukur dan menjadi muslim sejati.

BinMuhammad delete icon 4:32 PTG

Sungguh menarik kupasan MG. Benar sekali...terpulang kpd diri sendiri untuk berubah, betul atau salah adalah pilihan kita.
Thanks MG...

p/s: akan saya cuba dapatkan.. :)

BinMuhammad delete icon 4:33 PTG

Terima kasih Kak Raudzah. Semoga hari yang tenang dan ceria buat akak.

BinMuhammad delete icon 4:37 PTG

Terima kasih Acik...Semoga kita terus dapat menikmati keindahan alam ini sambil memuji kebesaran Ilahi

ANIM delete icon 6:00 PTG

keindahan dan kesedapan dunia kadang2 buat kita terpesona dan terleka akan satu kehidupan yang jauh lebih dan kekal....
maklumlah..benda "ghaib"...

BinMuhammad delete icon 6:14 PTG

Suatu perkara yg kita tidak nampak pasti mudah untuk kita lupa berbanding yang terlihat di depan mata...Benar kata cikgu. Semoga kita sentiasa saling ingat mengingati...

Unknown delete icon 10:12 PTG

Datang merisik membawa hajat..bukan niat ingin melamar..tapi niat ingin mengomen di kotak komen yang kosong nie...Asalamualaikum encik admin...hihi..

memang hebatkan hak milik Allah...SubanaAllah...
Cik akak suka keindahan macam nie..memang memberi ketenangan dan kedamaian hati..subahaAllah...

Perjalanan kaki melangkah dari satu taman ke taman yang indah...tapi tidak terdetik di sudut hati menyesal dengan langkah ini...bertemu flora yang mendamaikan...madah-madah terindah yang menjadi pembakar semangat untuk singgah kembali ke sini...hinggakan lupa haluan nak kembali ke dunia purple cik akak..belog memang mendamai jiwa...dengan lafaz bismillah...insyaAllah cik akak pasti kembali disini...kerana cik akak dah jatuh cinta dengan ketenangan disini :)

BinMuhammad delete icon 10:33 PTG

Waalaikumsalam Nao Mei,
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda. Kunjungan cik akak sentiasa dinanti :)
Jangan terlalu memuji, nanti fenin memikirkan next entri...hehe

OKje delete icon 9:57 PTG

betul.... bila memandang kehijauan ciptaanNya...hati pun jadi tenangkan BM...moga kita tidak tergolong dalam mereka yg lupa kepada Penciptanya

BinMuhammad delete icon 10:23 PTG

Insyaallah...semoga kita sama2 saling mengingati.
Thx OKje

Unknown delete icon 12:37 PG

Assalamu'alaikum...

Tatang timba mencari mempelam,
Mempelam terjulur tangkai berdaun,
Datang hamba memberi salam,
Salam ku hulur secebis pantun.

Unknown delete icon 12:54 PG

Datang lagi.. :)

Di masjid kecil bertabir putih,
Masih tafakur merah di dahi,
Tahmid tahlil takbir dan tasbih.
Kasih bersyukur anugerah Illahi.

Pulang suami mencari pelam,
Harum mempelam jelas meruntun,
Datang Ummi memberi salam,
Waalaikumsalam kubalas berpantun :)

Kehadiran Ummi dgn pantunnya amat kunanti

Ummi datang lagi,
Gembira rasa dihati :)

Semalam berpeluh lakun mencuri,
Perasa kari ambil sekali,
Mendalam sungguh pantun diberi
Terasa diri kecil sekali...

Unknown delete icon 8:39 PG

Ummi jawab ya :)

Skil cik puan mantan pengarang,
Skil menari salsa dan inangnya;
Kecil tuan bukan sebarang,
Kecil diri berbahasa orangnya... :)

BinMuhammad delete icon 11:04 PG

Terima kasih Ummi...

Jangan mengeji tari ini,
Nanti tumbang berdarah gusi,
Jangan memuji diri ini,
Nanti kembang patah kerusi.. :)

Unknown delete icon 11:18 PG

Subhanallah cantik2 nye laahh diorang deko taman kan.. eh tp br twu, lada leh kurngkan tekanan ye ?? hehe sedap mkn pedas :D

BinMuhammad delete icon 11:55 PG

Jgn terlalu byk pula makan lada...nanti lain pula akibatnya :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap