Keindahan Warna-warni Memberi Keceriaan dan Ketenangan Diri: Assalamualaikum... Terima kasih kerana bersama Relaks Minda. Tempat dimana anda berehat seketika di alam maya..di dunia Blog yang sungguh pelbagai ragam dan rupa adakala sampai pening kepala..hihi

Sungguh indah alam ini. Dipenuhi dengan pelbagai warna. Pastinya keindahan ini untuk tatapan kita. Tidak terbayang andai alam ini hanya hitam dan putih. Pasti seperti di dunia filem P.Ramlee...hehe. 

Ceriakan diri anda...janganlah sentiasa dibebani tekanan dan kesibukan. Luangkan sedikit masa untuk berehat walaupun seketika. Cari ketenangan dan kesegaran di luar kepompong anda. Jadilah rama-rama yang bebas berterbangan.

keindahan warna warni

Warna Dalam Kehidupan

Nikmati dunia yang indah dan berwarna-warni ini. Segarkan diri anda dengan keindahan warna-warni yang memberi keceriaan dan ketenangan diri  :)

keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
 
keindahan warna warni ceria

Selain nikmat pandangan dan kebebasan... Makanan juga adalah satu sumber yang dapat memberi anda ketenangan. Khasiat yang terkandung di dalam makanan tersebut dapat menstabilkan tekanan darah dan degupan jantung lalu meredakan ketegangan. Memberi ada kesihatan dan kesegaran

makanan penghilang tekanan

Setelah itu... berehat seketika. Teruskan menjamu pandangan anda dengan menikmati warna-warni alam dan kehidupan. Betapa bertuahnya kita hidup di dunia yang aman lagi mempersonakan ini. 

keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceriakeindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceria 
keindahan warna warni ceriakeindahan warna warni ceria

Jika anda masih tertekan, Mohonlah bantuan dari yang Maha Esa. Hanya Dia yang dapat memberikan anda ketenangan. Anda boleh cuba amalkan doa ini. 

doa hilang tekanan

Jangan sesekali anda mengeluh dan kesal. Sesungguhnya segala tekanan dan kesibukan itu adalah satu kurniaan darinya. Hikmah dari Ilahi agar anda sentiasa mengingati dan memohon hanya dariNya agar di permudahkan segala urusan. 

Ini adalah tanda betapa kasih dan sayang yang Maha Esa, agar anda tidak terlalai dari mengingatiNya. Pasti ada jalan penyelesaian yang akhirnya memberi anda kepuasan dan kegembiraan.

keindahan warna warni ceria

Bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa... Keindahan Warna-warni alam dan kehidupan, penyeri dan pencetus kecerian dan ketenangan.... Alhamdulillah...

Admin...

48 comments - "Keindahan Warna-warni - Keceriaan dan Ketenangan Diri"

Unknown delete icon 10:40 PTG

Waaahhhh...suker kaler kaler tuh sumer. Itulah warna-warni kehidupan. :)

Unknown delete icon 5:58 PG

Wahh cantiknya...berwarna warni.. i like..terutananya bunga2..

cantik...like colourfull :)

BinMuhammad delete icon 10:35 PG

Terima kasih M.Ridzwan. Semoga hari ini hari yg ceria buat anda ;)

BinMuhammad delete icon 10:36 PG

Berbunga2lah tu...hehe. Thx Mieza, semoga hari anda seindah bunga yg mekar berwarna-warni

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Terima kasih Mazliza, semoga hari yg gembira buat anda

Mama Amirul delete icon 11:33 PG

jalan ke kampung berkona kona
penat nya badan tidak terperi
warna ada pelbagai warna
warna ciptaan Ilahi yang paling berseri

Awanama delete icon 1:15 PTG

warna warni kehidupan yng cukup menarik. Tq berkongsi sama yer

Nina Mads delete icon 2:36 PTG

salam..singgah sini :)
cantiknya bunga2 nie

BinMuhammad delete icon 2:56 PTG

Ibu datang lagi,
Gembira rasa dihati :)

Sana sini bertanam padi,
Harapan nyata ada pasaran pembeli,
Warna warni alam semulajadi,
Santapan mata tanda kebesaran Ilahi.

BinMuhammad delete icon 2:56 PTG

Terima kasih KA.. Semoga KA sentiasa dirahmati :)

BinMuhammad delete icon 2:58 PTG

Waalaikumsalam Amanina, Terima kasih singgah disini.
Semoga hari anda dilimpahi keberkatan :)

ANIM delete icon 5:55 PTG

Cantiknya, subhanallah. Paling meengkagumkan yang last . Warna ceria memberi impal dalam pengajaran juga. Tngoklah warna bangunan sekolah/ tadika. Nak bagi mood anak2 suka ke sekolah. Aktiviti mewarna juga menggembirakan mereka. Keriangan hari sukan juga dipenuhi warna warni.

syamsul delete icon 7:48 PTG

Wah!!! Cantiknya warna warni lebih2 lg rama dan keindahan bunga..Berbunga Jiwa nie..

BinMuhammad delete icon 9:00 PTG

Betul tu...Warna warni itulah yang menceriakan, jika semuanya hitam putih...hilanglah seri.

BinMuhammad delete icon 9:17 PTG

Terima kasih diatas kunjungan anda, semoga hari anda jua ceria :)

suhanaALLAH cantiknye !!

cantiknya.. macam edit :)

Unknown delete icon 10:35 PTG

Alam berwarna bumi ditonton tak jemu,
Salam pesona Ummi mohon bertamu...

Tumbuh rendah mempelam harum,
Kudupnya jatuh berwarna kundang;
Sungguh indah alam tersenyum,
Redupnya sungguh pesona pandang.

Batu lima kami tak faham,
Biru terang serbuk diuli;
Begitu lama Ummi berilham,
Baru sekarang masuk kembali.. ;)


BinMuhammad delete icon 11:39 PTG

Terima kasih...Semoga Acik sihat dan dalam keceriaan sentiasa.

BinMuhammad delete icon 11:42 PTG

Terima kasih Sayidah, semoga hujung minggu anda penuh dgn keseronokan dan kegembiraan.

Unknown delete icon 12:24 PG

Meleleh tuba berceragah siakap,
Bolehkah hamba singgah sekejap..

Pekan Cina berjual lemuju,
Silalah anda menanda peti;
Asalkan warna tertinggal di baju,
Janganlah ada kepada hati.

BinMuhammad delete icon 12:25 PG

Alam berseri tak jemu diperhati,
Salam kembali tetamu kunanti... :)

Pelam harum berwarna kundang,
Kesana kesini meredah laluan,
Alam tersenyum pesona pandang,
Berwarna warni indah menawan.

Cari jerami rendah seragam,
Ganti galang menyambut kenalan,
Bila Ummi sudah berilham,
Pasti kudatang menyahut panggilan

BinMuhammad delete icon 12:43 PG

Berceragah gelama didamba resah,
Singgahlah lama hamba tak kesah :)

Terleka Cina menjual lemuju
Perpaku Nyonya menempah sari,
Jika warna tertinggal dibaju,
Itu hanya tertumpah kari... :)

Bunda_nora delete icon 7:04 PG

cantiknya alam ciptaan Allah..berwarna warni...begitu juga kehidupan kita..

Unknown delete icon 8:47 PG

Alam nun tinggi mentari,
Salam berpantun di pagi hari.

Lapah pari mati berlangau,
Kerbau di mana tercari-cari;
Tumpah kari pasti berbau,
Kalau warna berseri-seri. =)

Unknown delete icon 8:55 PG

Ulam dibeli siulam timun,
Salam kembali salam berpantun.

Sami bergendang siap menari,
Tertiarap mati lelah dan pengsan;
Ummi bertandang setiap hari,
Harap nanti tidaklah bosan.

Fais-SKA delete icon 10:33 PG

salam..subhanallah..cantik betul gmbar 2 :) tenang je..

Unknown delete icon 3:53 PTG

Salmon and chocolate to favorite ..so harap-harap stress free..

miss yatie delete icon 9:30 PTG

Alhamdulillah....memang warna2 yg boleh menceriakan hati..sedap mata memandang cantik sekali..

BinMuhammad delete icon 10:40 PTG

Salam di balas...lambat sekali
Ada aktiviti menyibukkan diri... :)

Dendanglah Sami siap menari
Bonda pengsan lelah ketawa
Datanglah Ummi setiap hari
Tiada bosan malah gembira :)

BinMuhammad delete icon 10:56 PTG

Alam berkabut kelam mentari,
Salam disambut dimalam hari..

Kerbau mana tercari-cari,
Baru tanya geraknya laju,
Kalau warna berseri-seri,
Itu hanya coraknya baju...hehe

BinMuhammad delete icon 10:57 PTG

Terima kasih Bunda, semoga Bunda di beri ketenangan di hujung minggu ini :)

BinMuhammad delete icon 10:58 PTG

Waalaikumsalam, Thx SKA...semoga ketenangan menjadi milik anda di hujung minggu ini :)

BinMuhammad delete icon 11:00 PTG

Makan berpada2 kalau tidak bukan stress...penyakit pula yg datang.
TQ Kak Raudzah

BinMuhammad delete icon 11:01 PTG

Bila nikmat mata memandang...pasti hati ceria dan tenang. Terima kasih KY, semoga anda ceria di hujung minggu :)

Pha Is delete icon 11:09 PTG

subhanallah.. cantik...

BinMuhammad delete icon 11:26 PTG

Terima kasih pha is, Semoga hari minggu anda juga indah hendaknya :)

my notes delete icon 11:49 PTG

assalamualaikum ... last photo ... 2 warna mewakili 2 situasi yang sungguh berbeza ...

Ramaiinya balas2 pantun. En Khairi ni pakai pantun agaknya. :) Ceria hidup gk warna warni tuh..

Unknown delete icon 3:36 PTG

sangat2 mempersonakan...Bin M berbakat dalam photgrafy ni..teruskan ya

BinMuhammad delete icon 9:40 PTG

Terima kasih Vee, semoga hari minggu anda ceria sentiasa :)

BinMuhammad delete icon 9:41 PTG

Tak pakarlah...cuba2 jer, seronok pula bila ada yg sudi berpantun.

BinMuhammad delete icon 9:44 PTG

Eh...gambar ni bukan dari lensa kamera saya la cikgu... Dari pelbagai sumber. Jika dari lensa saya biasanya dalam entri lain, tidak dlm label ini.

Unknown delete icon 2:41 PTG

Cantik dan kreatif susunan & gabungan warna.....Saya suka sangat dengan rama-rama sebab colourful.

BinMuhammad delete icon 6:22 PTG

Warna warni itu memberi keceriaan. Semoga hari MG juga penuh warna warni dan ceria! :)

OKje delete icon 3:23 PTG

Macam kek lapis serawak pun ada haha!!

BinMuhammad delete icon 4:56 PTG

Haha...kek lapis serawak kan warna warni :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap