Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, Reuse: Assalamualaikum... Kembali semula dengan satu lagi entri mengenai kreativiti kitar semula. Idea kreatif untuk kitar semula tidak pernah kekeringan idea.
Pasti ada sahaja idea baru yang diketengahkan bagi memberi anda kepelbagaian idea untuk mengitar semula bahan terbuang.
Banyak yang boleh anda lakukan untuk kitar semula bahan terbuang. Yang menjadi persoalannya sama ada anda mahu lakukan ataupun tidak.
Jika ditanya akan kepentingan kitar semula, pasti ramai yang tahu menjawabnya... Benar! Cakap memang mudah... Tapi untuk melaksanakan...pasti pelbagai alasan yang timbul.
Tidak kreatif, tidak berbakat, tiada peralatan, tiada masa dan berbagai lagi... Kalau begitu adakah anda mengambil langkah mengumpul dan menghantar ke pusat kitar semula atau membuangnya di tong kitar semula yang disediakan?
Jika tidak... Di manakah tanggungjawab kita dalam mengitar semula barang terbuang ini?
Bersyarah panjang pun tidak ramai yang suka membacanya... Jadi, adalah lebih baik fokuskan sahaja kepada hasil kreativiti kitar semula yang saya harapkan ada diantaranya yang dapat menarik minat anda untuk mencuba.
Recycle - Kitar Semula
Nikmatilah hasil idea kreatif kitar semula ini yang telah diasingkan ia kepada 3 kategori. Jom! kita kitar semula :)
1. Botol Plastik
Anda juga boleh lihat pelbagai lagi kreativiti dari botol plastik di SINI
Ukiran seni kreatif di botol plastik ini pasti memikat sesiapa sahaja. Yang ini memang memerlukan daya kreativiti dan bakat. Tidak salah juga untuk anda mencubanya...:D
Buatkan pondok dari botol terbuang. Mungkin wakaf lebih sesuai. Pasti menarik perhatian sesiapa sahaja.
Bagi yang aktif..anda boleh mencuba kreativiti ini. Tak perlu berbelanja mahal untuk sebuah papan luncur...Lagi pun anda bukannya pro...hehe
Sebuah katil dan kerusi dari botol terbuang. Hmmm...sekadar idea, jika ada yang berkenan...boleh saja di cuba :)
Antara kegunaan mudah botol plastik...jadikan bekas untuk tanaman sayuran di rumah anda. Selain kitar semula...dapat juga hasil untuk lauk percuma.
Tong plastik...menjadi sebuah kerusi lasak untuk halaman rumah anda.
2. Botol Kaca
Botol kaca merupakan bahan yang paling lama untuk diurai semula secara semulajadi iaitu menjangkau jutaan tahun. Maka ia terbukti tahan lama. Ingin tahu berapa lama bahan terbuang terurai secara semulajadi... Anda boleh lihat di SINI
Pasti ramai yang sukakan pasu ini. Hasil yang sungguh kreatif.
Diantara ketiga-tiga lampu gantung ini...Yang mana satu yang paling memikat hati anda? Begitu unik dan menawan sekali hasil kreativiti kitar semula ini. Jika di jual, pasti ramai yang ingin membelinya... Letak sahaja berapa harga yang anda mahu.
Pelita di malam tujuh likur anda pasti menggoda sesiapa sahaja melihatnya. Bukan sekadar cantik di malam hari malah cukup anggun di waktu siang.
Rumah kaca...Itulah yang boleh saya katakan. Pastinya tidak termampu untuk kita lakukan...tapi ideanya yang penting dimana kita boleh selitkan botol di dinding batu untuk pencahayaan semulajadi.
3. Tayar Terbuang
Banyak yang boleh anda lakukan dengan tayar terbuang... Lihat di SINI. Cuma di sini saya cuma fokuskan kepada penggunaannya sebagai pasu bunga. Berbagai cara boleh kita gubah dan susun untuk tampak lebih menarik.
Ikut tutorial bergambar ini untuk menghasilkan sebuah pasu bunga yang amat menarik...cubalah.
Kerana pasunya yang unik...Pokok tersebut bertambah menarik.. Ye ke?....terpulanglah kepada anda menilainya :) Sekadar idea.
Susunan dan warna juga memainkan peranan penting dalam mencantikkan pasu tayar anda.
Apa kata cuba pula kaedah ini...Gantung di dinding. Tampak kelainan dan unik. Pastikan ianya di lubang agar air tidak bertakung.
Jom Kitar Semula
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Kerusi Meja Pallet Terbuang
44 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, Reuse "
Banyak2 gambar tu, yang biasa tengok, tayar terbuang tu lah...
Berjalan ke pasar bersama nyonya
Terjumpa syiling terus dipunya
Bahan terbuang bukan tiada nilainya
Perlukan akal untuk menggunakannya
Wahh cantik kreatif..nak pindah rumaj baru bulan 5 ni, blog ni akan jadi rujukan...
Nak minta jasa baik owner blog ni update pasal deko dalam rumah..ruang tamu yang tidak besar tp nak nampak besar, selesa dan moden...boleh tak? Nak panggil apa ek? Hehehe
sy suka kreativiti hiasan dalaman guna botol tu..nak buat lampu..gud idea..mearik.
Terima kasih ibu...Pantunmu tinggi nilainya :)
Jalan bersembang bersama nyonya,
Jumpa merbah lupa mau kemana,
Bahan terbuang tinggi nilainya,
Bila berubah rupa dan berguna.
Hai Meiza... Tak kesian mertua ke? hehe. Eloklah tinggal dimahligai berdua. :)
Insyaallah, jika ada permintaan akan saya cuba tunaikan. Nantikan saja ye... :D
Thx PakcikLie... Bolehlah dicuba. :)
mmg cukup kreatiflah & rajin tu !
Done cuit2 nuffngx2 juga yer
wahhh lampu botol tu cantik lah :) hehehe cantik sungguh
kreatif btl menggnkn bhn terbuang sngt menarik.. sy gunakn botol utk menam spt gmbr dia atas.. (^^)
Rajin dan perlu ada kesedaran utk kitar semula, barulah akan berhasil.
Terima kasih KA... :)
Bolehlah cuba buat...tapi hati2 ek! :)
TQ Acik
Tahniah! Bagus...seronok bila ada yang kitar semula. Teruskan aktiviti kitar semula anda. :)
alaa..memang jeles tengok kreatifiti mereka ini..KY nak cuba juga buat tapi yg sebelumnya tu yg buat penyakut baju hihih
Tak perlu jeles KY, Cuba buat yg tu dulu...Terima kasih kerana kitar semula. Share hasilnya ye...
tertarik dengan dekorasi lampu tu.. menarik dan nampak tenang je kalau suasana bertemankan cahaya yg macam tu..
Nak jgk ada rumah sendiri encik.....err..
Assalammualaikum...bin Muhammad,
kreatif tahap TERBAIK nie... mselim3 pun x terfikir... kasut boleh buat pasu...hehehehe...
mselim3
pls: mselim3 tengah binggung nak buat entry aper nie...hehehehe...nak kena banyak membaca...
Mmg menarik n kreatif. Berminat nk cuba tp mcamana nk lekatkan botol2 tu. Plastik @ kaca. Guna gam atau apa ye? Tkut tercerai pulak.
Waalaikumsalam mselim3,
Jangan risau..BW dan lepak2 bersama Pak Google...nanti terjumpalah idea.
Botol2 plastik kalau nak lekatkan samada ikat dgn dawai atau guna gam cair panas (xtau nama, selalu utk gubahan bunga tu). Kalau utk sementara guna tape aje.
Botol kaca lebih sesuai di simen atau guna plaster paris. Kalau utk gantung tu, guna clip besi flexible (byk di jual di kedai hardware)
Terima kasih Daleena (sya delete 1 komen sbb sama ye)
Kadang2 terfikir juga nak guna bahan2 terbuang tu BM, utk projek sek dsbnya tapi masalahnya rumah yg ada bukan cam rumah kat kampung, ada stor penyimpan utk simpan...dari jadi tempat nyamuk membiak, silap2 jadi " sarang tikus".., tu terpaksa lupakan hasrat. Saya berkenan sekali dengan pondok/wakaf dari botol tu..l
Biasa yang buat cenggitu mesti omputehkan BM...orang melayu jarang kenapa ek?
mungkin satu sebab malas ..... nak beli cat bagai tu..
dua...nak menggunting tong jadi kerusi....hehe...confirm malas kalau OKje hehe
Salam tumpang lalu... :)
Perahan dituang limau kerisik,
Abah meminta lada cendana;
Bahan terbuang walau tak cantik,
Diubah dicipta ada pesona.
Saya sendiri pun tertarik. Nak cari botol yang bersesuaian dan berwarna...barulah hasilnya menarik.
Janganlah simpan di rumah, buat pengumpulan di sekolah. Utk dirumah, projek kecik2 boleh lah...kalau pondok tu...memang xde tempat.
Bagus bagi pendedahan dan buat projek kitar semula utk kanak2 di sekolah. Mulakan dgn aktiviti yang mudah dulu. Amik ajer idea dari entri2 di sini. Kalau berjalan...jgn lupa share ye :)
Melayu malas...hehe, xsemua begitu OKje. Org kita pun ramai yg rajin dan kreatif cuma tidak diketengahkan. Orang kita ni pemalu..terlalu sopan, hehe
Betul tu... Mesti ada rumah sendiri.
Laluan terbuka,
paluan bergema...
Litar formula mengganti trafik,
Bunyi bergema kita raikannya,
Kitar semula aktiviti menarik,
Mari bersama kita jayakannya :)
Ukiran plastik and botol kaca tu memang cantik...thumb ups kat dia orang ni..
as-salam BM..
kreatif betul dorang ni..
lampu bergantung tu suka yang no 2..
semua cantik2..suka2..tp knah xrajin macam dorang nie =)
Idea dan hasil yang begitu kreatif dan amat menarik. Tak ingin cuba ke?
Waalaikumsalam Mamarey,
Memang menarik pilihan Mama...bolehlah cuba buat, hehe
tak pe Kak Nah, kita kumpul dan jual jer bahan2 terbuang ni. Pun satu sumbangan juge. Dapat duit lagi!
bagus idea nikan?cantik pun cantik :) salam kenal..jmput follow kmbali :)
Terima kasih QA...Salam perkenalan. Byknya blog...mana satu nak di follow ni?
yg paling suka tengok yang buat rumah tu. kemain kreatif. mesti penuh kesabaran dia buat rumah tu :)
Memang betul Sayidah, kesabaran, kemahiran dan minat. Kalau anda ada ketiga2nya boleh jer cuba :)
Respectlah dengan idea kreatif & kesungguhan c tukang buat. Thanks for sharing BM.
Saya pun salute... Bukan mudah utk mendapat idea dan kesungguhan. Sesuatu yg elok utk dicontohi!
ini lg creative. jimat pon jimat.. xpayah kuarkan belanja yg tinggi...
http://myartcrafting.blogspot.com
kreatif sungguh orang ni.takperlu berbelanja banyak semata2 nak cantikkan rumah. jumat pun jumat..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”