Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda: Hari-hari pasti kita perlu makan, jika berpuasa pun...hanya disiang hari. Pastinya kita memerlukan makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makanan memberi tenaga dan kekuatan untuk tubuh badan. 

Makanan berkhasiat amat penting disamping pengambilan yang sesuai di masa yang betul agar seimbang untuk memperoleh kesihatan yang baik.

Kanak-kanak tidak seperti dulu yang memakan apa sahaja pemberian ibunya. Kanak-kanak sekarang begitu cerewet dalam memilih makanan. Kadangkala begitu susah untuk memujuk mereka untuk makan. Mereka lebih menggemari makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat.

Iklan di media masa begitu memainkan peranan yang penting dalam meracuni pemikiran anak-anak dalam menarik minat mereka. 

Mereka begitu terpengaruh dengan makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat kerana pengiklanan yang menarik dan disertai pula dengan hadiah permainan percuma. Rasanya juga lebih sedap kerana penggunaan bahan perisa yang berlebihan.

Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda

Apabila di rumah, anda begitu sukar untuk memujuk mereka untuk makan makanan yang berkhasiat. Adakah anda mengalami masalah ini? Anda tertekan? 

Relaks kan minda anda... Kita cuba kaedah menghias makanan agar kelihatan menarik, seumpama tarikan di dalam iklan. Dengan mereka pelbagai bentuk seperti watak-watak kartun kegemaran mereka, mungkin mampu menarik minat mereka untuk makan.

Tidak salah untuk mencuba... Apa kata anda lihat beberapa kreativiti dalam menghias makanan yang mungkin ada diantaranya menarik minat anda untuk mencubanya untuk anak anda atau buat yang tersayang...hehe...

kreativiti Menghias Makanan


 Roti
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Contoh hiasan untuk roti yang menarik untuk di cuba...

Pelbagai
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Pelbagai contoh rekaan hiasan makanan untuk anak-anak anda. Mungkin sedikit sukar...tapi jika ianya berbaloi, apa salahnya.

Sandwich
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Sandwich biasa yang bertukar menjadi ceria dan pelbagai rupa. Harap ianya menarik perhatian untuk di makan dan bukan untuk di main!

Pancake
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Bosan dengan pancake berbentuk bulat...Hidangkan anak anda dengan pancake berbentuk bunga...Kelainan bentuk memberi impak berbeza terhadap selera...

Telur
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Jadikan telur rebus anda menjadi sesuatu bentuk yang comel dan menarik. Pasti mereka terpikat untuk mencuba rasanya.

Nasi Goreng
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Hidangan nasi goreng yang biasa menjadi begitu menarik untuk memikat selera anak anda... Anda boleh bercerita sambil menyuap mereka makan. 

Manisan
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda  
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda  
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kebiasaannya manisan seperti kek, coklat dan aiskrim tidak menjadi masalah dalam pemakanan mereka, tapi jika ada masalah, anda boleh gubahnya menjadi bentuk yang menarik. 

Buah-buahan
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
Ada masalah dalam pemberian buah-buahan untuk anak anda? Cuba hiaskannya. Gubahnya kepada rekaan bentuk yang menarik.

Cubalah pelbagai cara dalam menarik minat anak anda untuk menjamah makanan yang berkhasiat ini. Makanan ringan dan segera memang tidak memberi kesan ketika ini tapi dalam jangkamasa panjang, ianya membawa pelbagai masalah kesihatan. 

Jangan anda menyesal di kemudian hari dan anda menyalahkan dan dipersalahkan hanya kerana diatas rasa sayang dan menurut kehendak mereka sewaktu kecil mereka. 

Pujuklah mereka dan jangan berputus asa. Kadang kala ianya memeritkan tapi ianya untuk kesihatan dan kebahagiaan mereka di kemudian hari. 

Admin...

38 comments - "Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda "

fuhhh rajin betul kalau nuat nie ... untungah /.. hehehe request kat mak la baut cm gini

Mama Amirul delete icon 10:11 PG

Adoiyai....
Kalo camtu punya comel... tak sampai hati plak nak makan...

Unknown delete icon 10:13 PG

Wahhhhh...jgn kata anak-anak yg suka ni. Wan sbg ayah pun suka jugak ni. Sedap tengok...Sayang nk makan pun ada...huhuhu

Unknown delete icon 11:09 PG

Wahhhh cantikk tertarikk...teringin jgk nak buat mcm ni nnti..hope anak2 mkn sayur sbb ibunya xsuka sayur...haha

Unknown delete icon 11:11 PG

Tapi makan masa la pulak nk siapkannya...kelaparan dulu la gamaknya..

salam...comel2 makanan ni...mesti anak-anak kecil berselera nak makan.

THE AUTHOR delete icon 7:38 PTG

lawa nasi goreng tu..siap ada teddy bear tidur..
Kalau aku ..tak jadi makan..sebab kiut sangat..hahahaha

ANIM delete icon 9:14 PTG

BM..2 Abdul saya kata, "nak..nak..nampak macam sedapppp sangat"..haha

OKje delete icon 9:18 PTG

Tak sempatlah nak mendekorasikan makanan BM...lagi pun anak2 dah besar ..diaorang bedal je hehe

Blog Santai delete icon 9:19 PTG

So cute..sayang nak makan ni...

BinMuhammad delete icon 10:00 PTG

Biar betul Acik...Hehehe, utk anak2 buah boleh le...Utk Acik, kalau mak buat pasti sedap, xpayah nak susah2 buat buat mcm ni..

BinMuhammad delete icon 10:01 PTG

Untuk tarikan anak2, kalau xsampai hati...Hmmm payah juge ye

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Adoyai...Dah jadi lain pulok ni hehehe, Tak kesah le sapa yg makan, kalau si ibunya dah buatkan, ngap! aje :D

BinMuhammad delete icon 10:05 PTG

Boleh simpan idea ni dulu, boleh juge praktikkan pd anak2 sedara. Betullah...kenapa budak2 skrg ramai yg xsuka sayur ye? Meiza xsuka sayur kenapa?

BinMuhammad delete icon 10:07 PTG

Siapkanlah awal2 skit, kalau nak makan baru nak buat...alamat kebuloq la :D

BinMuhammad delete icon 10:08 PTG

Waalaikumsalam, harap2 begitulah, saya cuma takut jadi mainan diaorang jer pulak...huhu

BinMuhammad delete icon 10:10 PTG

Tuan...bagus juge ye, tgok jer boleh kenyang...hehe
Save belanje ni! :D

BinMuhammad delete icon 10:11 PTG

Hahaha...kena buatlah nampak gayenye Anim, Cubalah!

BinMuhammad delete icon 10:13 PTG

Yg dah besau2 ni xperlu nak hias2 dah. Buang mase jer hehe. Utk anak2 yg ada masalah nak makan tu buleh le..

BinMuhammad delete icon 10:15 PTG

Itulah...bila tengok balik pun, susah juge nak buat, dah siap cantik le pulok...jd sayang nak makan. Tgok jer la...hehehe

my notes delete icon 12:03 PG

assalamualaikum ... klu saya buat camni , confirm saya x bagi anak buah mkn . amik bau jer . Penat tu buat ... pas tu tataplah puas 2

BinMuhammad delete icon 12:09 PG

Waalaikumsalam,
Hehe...jadi perhiasan la pulok, apa2 pun boleh lah...jgn sampai anak2 kelaparan sudah ler ;D

umiawadah delete icon 8:27 PG

adoiii....memang menambah-nambah selera nak makan ni...bukan budak je suka,orang dewasa pun suka sangat...yang leceh tu bab nak menggubahnya...makan masa jugak tu...hehehe

Unknown delete icon 9:16 PG

Salam berlalu datang kembali,
Dalam malu bertandang lagi.. :D

Ikan selayang dipanggang tauhu,
Naiklah pukat tangkapan patin;
Dimakan sayang dipegang tak mahu,
Baik ku buat santapan pengantin...haha

boni kacak delete icon 9:20 PG

yang roti gardenia tu menarik dan awesome gila..hehehe

Tak kesah kan kalau ianya berbaloi/berjaya untuk memujuk mereka makan...:)
TQ Ummi

BinMuhammad delete icon 10:14 PG

Waalaikumsalam Ummi,
Jangan malu2 datanglah lagi...
Kalau tak datang...terasa sunyi

Pergi dekat kalangan prihatin,
Cicah coklat berkaya melekit,
Rugi dibuat hidangan pengantin,
Susah dibuat makannya sedikit...hehe :D

BinMuhammad delete icon 10:16 PG

Tidak kusangka, Boni juga suka...
Jangan sampai buat perhiasan pula...hehe

Unknown delete icon 11:29 PG

cantiknya..mesti ambil masa nak buat nie. nasib baik anak2 knah dulu xdemand macam ni..hehe

BinMuhammad delete icon 12:18 PTG

Pantun 2 kerat buat Kak Nah...

Anak-anak dulu tidak mengada-ngada macam sekarang,
Nak hanya makanan segera dan ringan manalah kenyang...

Tanpa Nama delete icon 4:07 PTG

mmhg giler2 kreatif, KA kalau anak susah sgt nak mkn, KA tanya aje apa dier suka, ikutkan saje mula2, lepas tu pelan2 kita kena pandailah tambahkan itu & ini sikit2 sambil puji2 dier ..hehehe

BinMuhammad delete icon 4:58 PTG

KA memang bijak mengambil hati anak2...Xperlu nak kreatif sgt, ilmu memujuk kadang kala lebih berhasil... Boleh cair dgn KA ni...hehe

Unknown delete icon 8:16 PTG

Best....thanks for sharing. Jangan kata anak kecil saja yang suka...yang dah besar panjang pun excited kalau nampak. Hias sendiri; pas tu makan sendiri ;p

BinMuhammad delete icon 11:06 PTG

Thanks MG... Betullah, hias cantik2 baik sendiri makan, lagi best.

Unknown delete icon 1:39 PG

Assalamualaikum =)

Wahhhh memang kretif! Teruja tengok gambar2 tu. Gambar pisang coklat tu memang buat saya terliur. Alahai mana nak cari malam cenggini. Nanti g bising kat dapur, kang tak memasal kena bising hihi Nak cuba tapi itu masalahnya tangan tak seni ngeee~

Waalaikumsalam Fiza,
Malam2 xelok makan, esok jer buat OK. Pisang bersalut coklat..Yummy!
Thx Fiza

Unknown delete icon 12:29 PTG

amboi,bestnye tengok..saya nak share la..

fatimah delete icon 9:05 PG

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips tambah selera anak

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap