MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG
MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG: Assalamualaikum, Terbuka hati untuk menyertai peraduan ini. Bukan kemenangan yang di cari tapi ianya menarik minat kerana peraduan ilmiah yang bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan meningkat daya kreativiti dalam menjawab soalan berkaitan ilmu dan pengetahuan ber'blog'. 

Tidak disangkal juga antara sebabnya adalah kerana ianya dianjurkan oleh seorang blogger yang cukup berilmu dan disegani dalam dunia blog yang menjadi panduan dan rujukan buat saya seorang blogger baru dan hijau di dunia blog ini. Terima kasih Hasrul Hassan.

Soalan2nya juga cukup menarik untuk di kupas kerana ianya isu yang cukup mencabar dan memeningkan bagi seorang blogger. Berikut adalah jawapan untuk ketiga-tiga soalan tersebut...

MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG
Google Pagerank (PR)... Adalah satu sistem pengkelasan oleh Google dalam menilai sesebuah blog melalui entri  yang berkualiti serta hasil dari memberi dan menerima pautan yang bertepatan dan berkualiti. Ianya dinilai dari skala 0 hingga 10.

Semakin tinggi nilainya semakin baik kedudukannya dan menjadi rujukan utama dalam enjin carian Google. Umpama di sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kelas. Pasti semua inginkan kelas yang pandai yang semestinya menjadi tumpuan dan mendapat layanan istimewa. 

Begitulah juga pentingnya PR ini kepada saya kerana enjin carian Google adalah enjin carian terunggul dimasa kini yang pastinya PR yang tinggi akan mendapat perhatian istimewa dari  enjin carian Google lalu menjana trafik yang tinggi.

Selain itu ianya juga mencabar saya dalam mengolah entri agar lebih berkualiti dan mengikut panduan yang ditetapkan (tidaklah terlalu hentam keromo mengikut naluri) disamping di sukai ramai. Pastinya PR yang tinggi menjadi idaman dan matlamat yang ingin di capai untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG
SEO satu lagi rahsia blogging yang sungguh menarik. Bagi saya, salah satu tip terpenting dalam menepati cirian SEO adalah tajuk sesuatu entri. Biasanya tajuk yang mesra SEO adalah tajuk yang mengandungi perkataan terhangat atau kata kunci popular yang dicari di dalam enjin carian. Ia biasanya berkait dengan isu-isu hangat semasa. 

Tapi saya lebih suka dengan perkatan atau kata kunci yang sentiasa relevan dicari sepanjang masa. Ianya akan memberi trafik yang berterusan tanpa had masa. Biasa ianya adalah tajuk bagi entri bersifat ilmiah, informasi, sejarah dan agama.

Isi kandungan entri juga haruslah bertepatan dengan tajuk agar tidak di anggap sebagai 'menumpang' lalu tersisih dari enjin carian. Begitu juga perkataan utama yang digunakan dalam ayat serta pautan yang sertakan adalah relevan dengan entri dan tajuk anda.

MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG
Apakah tujuan anda membina dan menulis sesebuah blog. Pastinya salah satu sebab utama, anda mahukan pengunjung yang ramai dan setia. Untuk menarik minat pengunjung selain daripada entri yang berkualiti dan disukai ramai adalah penampilan blog itu sendiri.

Pentingnya penampilan sesebuah blog ianya berkait rapat dengan isi kandungan sesebuah blog tersebut. Kesesuaian penampilan seperti penggunaan template, header, tajuk, warna, widget, font dan susun atur amat penting agar pengunjung tidak rasa asing dan janggal antara penampilan dan kandungan entri.

Kesalahan dalam membuat penampilan.....umpama berbaju seksi tetapi mendendangkan irama nasyid. Berminatkah anda untuk menjadi peminat yang setia?

Pandangan pertama itu penting. Jika anda menghadiri sesi temuduga, pastinya penampilan adalah kriteria penting yang perlu anda utamakan.

Walaupun entri anda berkualiti tapi anda kerugian pembaca setia kerana disaat pandangan pertama, pengunjung sudah tidak menyukainya apatah lagi mahu membaca atau menikmati entri berkualiti anda.

Jelaslah bahawa penampilan blog yang kemas, cantik, ringan dan mesra pengguna pastinya menjadi 'X factor' untuk menarik pengunjung melekat untuk mengenali dan menikmati entri anda dan seterusnya menjadi pembaca yang setia. 


Admin...

34 comments - "KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG"

Unknown delete icon 1:34 PG

BM. good luck =)

Selamat berkontes....(errr... ada ke perkataan tu)
Good luck

Unknown delete icon 11:44 PG

All the best BM. Thanks for sharing.

miss yatie delete icon 12:26 PTG

kontes yg baguskan? tadi ada juga terbaca di blog acik, aku penghibur, apa pun semoga suksus ok BM...

BinMuhammad delete icon 1:23 PTG

Terima kasih kak nah :)

BinMuhammad delete icon 1:24 PTG

Terima kasih Norlizayati

BinMuhammad delete icon 1:25 PTG

Terima kasih ibu... :D

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Thx for your support MG :)

BinMuhammad delete icon 1:27 PTG

Terima kasih KY...:)
Tak nak joint ke?

OKje delete icon 3:16 PTG

Semoga berjaya BM..... sejak dah tak kerja malas nak berfikir ...hehe...memang tak berkembang le otak den!

Tanpa Nama delete icon 3:20 PTG

Gd luck BM, KA support u !

BinMuhammad delete icon 3:29 PTG

Terima kasih OKje... Kali ini berminat utk sertai krn ianya bukan segmen spt kebiasaan. Ia juga dapat memberi maklumat kpd ramai blogger.

BinMuhammad delete icon 3:32 PTG

Thx KA. Really appreciate it :)

Pha Is delete icon 5:33 PTG

masuk jugak kontest ni. tapi x habis jawab lagi.. hehehe

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Semoga berjaya pha is!

Unknown delete icon 11:05 PTG

good luck BM..support BM..:)

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Terima kasih Mama... U are the best :)

semoga berjaya bro! :)

BinMuhammad delete icon 5:00 PTG

Terima kasih khairul, semoga anda juga berjaya

titan delete icon 10:52 PTG

fuh, leh tahan susah gak soalannya.

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Dalam jer makna komen dari seorang blogger otai ni... :)
Terima kasih krn sudi berkunjung.

As Salam, wah mantap jawapannya ni bro. semoga berjaya.

amirofie delete icon 1:41 PG

Satu entri yang baik. Saya sangat setuju dengan pendapat BM tentang kontes ini yang mana bukan sahaja mampu membuka minda seorang blogger untuk lebih berusaha menghasilkan blog yang berkualiti malah pada masa yang sama dapat berkongsi maklumat dengan blogger yang lain. Terima kasih sebab singgah ke blog saya yang tak seberapa tu dan tinggalkan jejak. Semoga berjaya.

faizal delete icon 5:17 PG

Tahniah kerana berjaya menjadi peserta kontest ini. Jawapan yang konkrik

Unknown delete icon 7:00 PG

Kenapa saya tak join lg ni? pelik.. nak join tp tunggu dulu...smpai kapankah?

Waalaikumsalam,
Semoga anda juga berjaya :)

Terima kasih kerana sudi menjengah kesini. Kontes spt ini bukan setakat peraduan tapi lebih dari itu. Semoga anda juga berjaya..

Tahniah juga buat anda, jawapan anda pun apa kurangnya.
Peninglah HH memilih pemenang...hehe. Semoga anda berjaya!

Tunggu...tangguh...tidak berkesudahan. Akhirnya ketinggalan.
Jom! Hari ini juga mulakan! Selamat berkontes... :)

goodluck.. bagus betul kontes macam ni. sambil tu dapat maklumat :)

BinMuhammad delete icon 4:03 PTG

Terima kasih Sayidah :)

sensasi2020 delete icon 10:30 PTG

Jawapan yang tepat lagi padat..Moga berjaya nanti...Insya Allah.

BinMuhammad delete icon 10:43 PTG

Insyaallah...Semoga anda juga berjaya :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap