Assalamualaikum... Anda tahu, apa definasi kitar semula? Dari wikipedia, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama.
Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula akan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Menurut kedua-dua definasi ini...ianya membawa pengertian yang sama, iaitu bahan buangan di guna semula. Bagaimana ianya di guna semula? Selain di proses semula...bahan terbuang tersebut boleh di ubah fungsi kegunaan...ia juga adalah kitar semula.
Itulah yang kita akan fokuskan kerana ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keperluan.
Idea Kreatif
Jadilah sebahagian dari penyumbang kepada pemeliharaan alam dan sumbernya. Jom kita kitar semula! Nikmati beberapa hasil kreativiti kitar semula yang boleh anda cuba....
Kita mulakan dengan kreativiti yang berguna ketika banjir, botol-botol air yang terbuang di jadikan sampan. Jimat belanja dan tidaklah ianya terbuang hanyut mencemar sungai.
Ini kaedah kitar semula paling mudah... Ambil sahaja penyepit pada penggantung baju yang rosak. Macam-macam boleh di sepit...hehe
Sudu plastik biasanya...pakai buang. Berapa banyak ianya digunakan satu hari...sebanyak itulah ianya di buang. Ruginyalah....membazir! Lihat hasil kreativiti seperti diatas, tidakkah ianya menarik?
Anda dapat kenal pasti apakah bahan yang di gunakan untuk membuat hasil hiasan yang menarik dan unik ini? Ianya adalah tin semburan racun serangga!
Tray lama anda kelihatan sudah tidak menarik lagi...cuba gunakan kreativiti ini. Penutup botol di susun dan di lekatkan di permukaannya, Bagaimana? Menarik?
Bekas gulungan kabel dan pallet terbuang menjadi satu perabot lengkap di ruang rehat di luar rumah anda.
Ini pula kreativiti untuk anak-anak remaja...Gelang dari botol plastik. Mungkin ianya boleh menjana pendapatan.
Bagaimana dengan bekas pelbagai guna ini...menarik? Kalau berminat, bolehlah cari tin pelbagai saiz yang terbuang...susun sahaja ikut suka anda.
Pinggan polisterin adalah satu lagi bahan pakai buang yang banyak dibuang begitu sahaja. Kreativiti yang sesuai untuk bilik anak anda atau buat aktiviti kanak-kanak di sekolah. Kitar semula pinggan polisterin untuk sesuatu yang menarik dan berguna.
Ini pula perlukan kesabaran untuk mengumpulnya baru boleh dihasilkan. Namun hasilnya sungguh menarik dan tinggi nilainya.
Ini adalah hasil kreativiti kitar semula dari penutup botol yang sungguh menarik...warna-warni dan menawan. Bilik air kelihatan berbeza sekali!
Penyangkut baju dawai tidak sesuai lagi digunakan...jangan dibuang. Begitu juga penyepit baju...Gabungkan mereka menjadi satu alat pemegang surat dan memo yang menarik...cubalah!
Gelas polisterin, plastik dan kertas...sekali guna terus di buang. Sungguh tidak mesra alam. Gunakan ia semula, lihat bagaimana ia menjadi lampu hiasan yang sungguh menawan dan eksklusif!
Casing CPU dulu yang besar gedabak...sudah tidak releven untuk digunakan lagi sekarang. Jangan pula di buang...Lihatlah hasilnya, sebuah peti pos yang sungguh menarik dan canggih. Elok di warnakan merah...nanti posmen tak kenal pula..hehe!
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
Admin...
49 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Menyumbang Pemeliharaan Alam Sekitar"
assalam..mengagumkan...cantik dan kreatif betul...
Apaa?? botol bleh jadi perahu? biar betoll..hahah
kena ada minat ngan kemahiran nak buat benda2 tu....
memang cantik
Waalaikumsalam...kreativiti yang menarik untuk kita cuba, jom kitar semula!
Tiada yg mustahil jika kreatif, idea yg menarik!
Selain minat, jika ada kesedaran utk memelihara alam, pasti kita akan cuba utk menjadi kreatif daripada terbuang begitu sahaja...
TQ Ibu :)
Assalamualaikum BM,
itulah bukan tak nak kitar semula tapi tak berseni..kalau yg mudah2 tu mungkin blh kut heee
Memang sangat sangat kreatif kalau rajin....kan BM....
Bilalah nak sampai penawar rajin ni hehe
Waalaikumsalam KY
Itu alasan jer hehe...Belum cuba belum tau.
Anda memang rajin, xpercaya? Cubalah... :)
Thx OKje
Orang2 dulu boleh dipuji. Semua disimpan dan diguna semula. Tin milo, tin biskut zaman saya kecil masih ada utk simpan kerepek waktu raya. Malah mak mertua saya masih guna tin susu untuk ceduk beras. Sudip yang dah patah kayunya, masih tak dibuang. Dicarikan batang baru. Malahan papan pemotong ikan, tak dibeli. Cari papan tebal dan dipotong cantik. Zaman kita (sayalah)....semua nak dibeli
mmg sangat menarik lah, cuma rajin dgn tidak ajelah !
wow.. sangat cantik dan kreatif barang yg dikitar smla nie..
tak terfikir pun smpi bole buat sampan..sgt unik..nice info :)
Botol plastik jadi perahu.... pelik tapi benar nie.... tapi kalau x konfident jangan buat... karam pulak kang..
mselim3
Kreatif nyer dia orang nie kan... pencinta alam sekitar...bagus...
mselim3
Betul lah spt yg di kata, orang dulu2 cukup berjimat dan menggunakan sumber yg ada dijadikan peralatan. Benda2 pakai buang langsung tidak ada.
Rajin dan kesedaran untuk memelihara alam sekitar...
Terima kasih Yana, semoga dapat memberi inspirasi untuk kitar semula :D
Kena pastikan betul2 tidak bocor dan di ikat kuat, Betul kata anda...kalau bocor, naya! hehe
Sekadar tanggungjawab bersama utk memelihara alam sekitar. Jika ada yg boleh anda cuba...silakan :)
Cantiknya~kdg2 tk terfikir lak boleh buat sampai cantik camtu.
as-salam BM..apa kabar?
tak sangka kan tin racun tu boleh jadi cantik macam tu..
Kita xperlu susah2 nak fikir, tugas kita meniru aje apa yg telah tersedia...kreativiti yg bermanfaat utk memelihara alam sekitar.
Jom Liza...kita kitar semula! :D
Waalaikumsalam Mama, alhamdulillah sihat. Selamat kembali kedunia belog. Kunjungan Mama sentiasa di nanti...Selamat ber Relaks Minda.
TQ Mama Rey...
semua cantik2..tapi sayang knah xrajin macam tu..=)
Kalau tak rajin xpe, bahan buangan kita asingkan mengikut kategori dan jual di pusat kitar semula. Itu pun salah satu aktiviti kitar semula...malah memdapat pulangan pula.
Terima kasih Kak Nah..
haaaa...kebetulan CiM adapertandinfan kitar semula anjuran alumni sek menengah. nak tiru yg sudu tu...mcm mudah sikit. ada 4 benda nak kena buat ni..
Ada banyak lagi kreativiti kitar semula yg boleh di jadikan contoh...lihat di bawah label creative dgn tajuk kreativiti kitar semula. Semoga anda berjaya!
Semalam tersenyum seindah bintang,
Bintang Saturn berputar sehala;
Assalamu'alaikum Ummi dah datang,
Datang berpantun 'Kitar Semula'.
Purnama melagu pungguk menari,
Biru terang terlebih pandang;
Lama menunggu untuk kemari,
Baru sekarang boleh bertandang.
Destar kepala berbatik deli,
Satin Tuaran bertenun bunga,
Serkup sanggul bercindai lepas;
Kitar semula yang cantik sekali,
Tin semburan racun serangga,
Dan tutup botol di lantai tandas...he3
Aduh sensitif sejak terkena,
Sarang keluang tempat si tupai;
Sungguh kreatif bijak laksana,
Barang terbuang dapat dipakai.
Di tv menonton cerita Shrek,
Ummi berpantun tak serik-serik...;D
salam..menarik tol ambe tgok..kalau otak kretif camni, clap2 boley jd kaya..tapi awat la tudung botol tu dia letak lam toilet..brang rare kot..ntah2 tudung botol tu limited edition pnye..
tq juga BM..tq datang bertanya kabar..
mmg nampak kreatif.... kalaulah semua org dapat sekreatif gtu...
Sama2 Mama...ukhwah di alam siber.
Kalau di usahakan bersungguh2 memang boleh menjana pendapatan yg lumayan.
Terima kasih SKA...Teruskan bersama Relaks Minda :)
Kita yg xkreatif ni..tiru sahaja, ambil sebagai contoh...apalah salahnya kerana ianya bermanfaat utk aktiviti kitar semula.
Jom Izan! Kita kitar semula :D
Pagi semalam berkabut kelam,
Kenangan kami berambut panjang,
Waa'laikumsalam kusambut salam,
Kedatangan Ummi disambut girang.
Silau terang terlebih panjang,
Lelap menunggu pulang melaram,
Walau sekarang boleh bertandang,
Tetap kutunggu siang dan malam.
Destar kepala berbatik deli,
Melara dalam merela budi,
Suami datuk terasa tampan,
Kitar semula cantik sekali,
Memelihara alam semula jadi,
Demi untuk masa hadapan,
Sarang keluang tempat situpai,
Rembat sengaja karang bercakaran,
Barang terbuang dapat dipakai,
Jimat belanja kurang pencemaran.
Jentolak melantun tertindan Shrek,
Seronok berpantun tidakkan serik...:o
sampan yang dibuat guna botol tu memang rare.. hebat.
Idea kreatif yg kadang kala mudah tapi tidak terfikir pun.
TQ Ikhmal krn sudi memeriahkan Relaks Minda
cantik sangat2 cermin tu..insyaallah akan mencubanya..
alhmdlilah ..
wah, teruja tengok kreativiti camni.
assalamu'alaikum...sangat kretif ya ..cantik-cantik..:)
Awesome ! Jadi rujukan nak buat assigment. Hehe comel sangat ikan tu ^^
sangat kreatif , mesti cuba buat ...
wah... memang kreatif.. mesti buat, minat dengan tanam pokok dalam botol minuman..hasil yang menarik..
wah.. mesti buat..cantik bekas tanam pokok dari botol plastik .
wahhhh kreative nya..suka yg sudu tu..cam leh wat je.hehe
cermin dari sudu tu cantik sekali.nak tanya sudu tu pakai pewarna apa
Woah,kreatifnye...untung jadi org kreatif
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”