Kenali beberapa jenis buah-buahan tempatan dari desa (kampung) yang menjadi makanan istimewa dan unik sewaktu anda berada di kampung.
Buah-buahan tempatan ini mungkin tidak popular tetapi sebaik sahaja anda melihatnya pasti saja akan mengimbau kembali saat manis di kampung yang cukup indah dengan memori yang jika di kenang anda pasti akan tersenyum sendiri.
Relaks minda anda sambil menikmati buah-buahan tempatan yang menjadi makanan yang diingati dan dicari apabila di desa... dan mungkin ada yang anda pun tidak kenalinya...
Buah belimbing buluh, sedapnya di campur dalam masak lemak cili padi.
Buah kerdas, ulam yang rangup tapi baunya...kalah jering!
Buah Roselle tempatan...Pucuk nya pun sedap di makan.
Buah timun pipit... ainya sebesar ibu jari, enak di makan begitu sahaja. Bila masak berwarna merah seperti cili.
Gambar kanan : Buah petai belalang...sedap di masak sambal tumis.
Buah sukun...goreng pun sodap.
Buah pinang...Mungkin tidak di cari tapi teringat akan nenek atau onyang...Sekarang semakin mahal harganya.
Buah kedondong...semakin biasa menjadi tanaman di halaman rumah di bandar.
Buah peria katak...Ubat terbaik untuk kencing manis dan darah tinggi.
Buah rumia...rasa masam-masam manisnya sungguh mengasyikkan.
Gambar kiri : Buah pisang udang...mempunyai kisah dongeng yang misteri
Gambar kanan : Buah kacang parang...masak satu pun cukup untuk makan 4 orang.
Buah-buahan dari desa yang tidak kurang khasiatnya. Mungkin di tempat anda buah-buah ini di panggil dengan nama yang lain...Cer cite...
Anda juga perlu lihat :
Admin...
10 comments - "Buah-Buahan Tempatan Dari Desa..."
Nampak sedap & segar semuanya.....banyak juga yang saya tak pernah nampak. Best ada tanah yang luas; Boleh tanam macam2.
Buah belimbing tu jiran sebelah rumah ada tanam BM
Di kampung bolehlah tanam...tp duduk dirumah perumahan ni, terhad, jenis yg pokoknya kecil bolehlah ditanam dlm pasu...kalau besar, hmmm lupakan jer lah :)
Masa menyewa dulu tiggal rumah lot tepi, ada tanam pokok belimbing nie. Skrg rumah sendiri, xde tanah dah, untunglah sapa2 yg tinggal rumah sewa saya dulu, mcm2 pokok saya tanam.
kat kg mcm2 ada, segala jenis buah2 ade kan dan boleh didapati percuma lagi kdg2!
Done clik2 nuffng BM x 2 yer
Itulah istimewanya di kampung...pokok buah tu macammilik bersama satu kampung...hehe, siapa nak amik jer :)
Oh..KA, Terima kasih banyak2 yg tidak terhingga :D
wa... bestnya... penuh informasi... baru tau rupa pokok kacang parang hari ni mcm tu ghopenye... hehe
Sekadar berkongsi apa yg ada di kampung... Enjoy :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”