Dekorasi Bilik Tidur Anak: Assalamualaikum... Sebenarnya entri ini tidak ada dalam senarai tapi kerana masih ada banyak gambar yang menarik yang tersimpan maka saya release juga untuk tatapan anda sebagai idea dan inspirasi. Dekorasi kreatif bilik tidur ini sesuai untuk anak-anak kecil mahupun anak remaja anda
Pentingnya susunan perabot didalam bilik kerana ianya dapat memberi ruang yang selesa jika pandai menyusunnya. Rekabentuk dan saiz katil dan almari juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan ruang yang diingini.
Jumlah penghuni bilik tidur juga penting untuk memilih katil dan almari yang sesuai untuk digunakan serta susunan yang sesuai. Peralatan tambahan seperti kerusi, meja dan rak juga perlu diambil kira agar bilik tidak kelihatan sempit dan sesak.
Untuk kelihatan menarik, permainan warna dan hiasan bilik perlulah berpadanan agar suasana bilik menjadi menarik, segar, selesa dan tenang.
Apa yang anda akan saksikan hanyalah sekadar idea untuk ilham serta inspirasi buat anda dalam mendekorasikan kreativiti untuk bilik tidur anak anda.
Apa yang anda akan saksikan hanyalah sekadar idea untuk ilham serta inspirasi buat anda dalam mendekorasikan kreativiti untuk bilik tidur anak anda.
Untuk dekorasi bilik tidur agar ruang bilik kelihatan luas, Pilihan terbaik adalah semua perabot dan peralatan di letakkan rapat kedinding. Ini akan memberi lebih ruang kosong kepada bilik.
Sebaiknya juga pemilihan almari tidaklah terlalu besar. Jika tidak mencukupi, dapatkan almari yang rekaannya meninggi. Jika mahukan lebih ruang simpanan, dapatkan katil yang mempunyai ruang simpanan dibawahnya. Rak pula dapatkan jenis yang melekat di dinding.
Untuk jenis perabot pula, dapatkan perabot yang kreatif rekabentuknya yang memberi kepelbagaian kegunaan. Ianya amat praktikal untuk meluaskan ruang bilik anda.
Anda biasanya akan menggunakan keluasan lantai untuk mengukur dan menyusun tapi ketinggian juga penting. Ruang kosong diatas pun jangan pula dibazirkan. Inilah pentingnya pengetahuan dalam dekorasi dan perlu kreatif.
Untuk sebuah bilik tidur yang di huni lebih dari seorang...Susunan dan rekabentuk perabot amat memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan.
Katil yang berfungsi 2 atau 3 dalam satu amat praktikal. Rekaan kreatif seperti ini memang amat membantu dalam mengurangkan kepenggunaan ruang bilik.
Jangan berlebih-lebih dalam dekorasi bilik tidur, biarlah sederhana tapi yang penting dapat memberi keselesaan buat penghuninya.
Hiasan di dalam bilik tidur pula terpulang kepada minat dan kesukaan anak anda. Jangan pula anda terlalu mengikut citarasa sendiri.
Minta pandangan mereka dan beri sedikit kebebasan kepada mereka untuk menghias bilik tidur mereka. Tunjukkan contoh-contoh dekorasi bilik tidur kepada mereka sebagai panduan. Mungkin idea mereka lebih kreatif dari anda.
Begitu juga dalam pemilihan warna untuk dinding dan perabot. Berikan tunjuk ajar kepada anak anda dalam memilih warna yang sesuai. Jika anak anda berminat dengan satu warna, dapat tona warna yang sesuai. Terang dan gelap warna yang sama juga memberi variasi yang berbeza-beza.
Tidak salah juga jika kepelbagaian warna digunakan. Namun anda harus pandai menyusun kedudukan warna dan kesesuaiannya agar dekorasi bilik tidur tidak nampak berserabut dan janggal.
Jika anda bijak bermain warna...suasana ruang akan menjadi menarik, yang sempit tampak luas dan yang suram menjadi ceria.
Semoga anda mendapat sedikit idea dan inspirasi dalam dekorasi bilik tidur anak anda. Anda perlu kreatif, dapatkan pelbagai rujukan agar anda tidak tersilap langkah. Penting juga idea dan pandangan anak anda dalam memilih dan menghias.
Bilik tidur adalah tempat peribadi...pastikan ianya kemas, selesa dan tidak membosankan untuk ketenangan dan kerehatan jasmani dan minda.
Artikel ini ditulis diatas idea sendiri...Penulis bukanlah pakar dalam dekorasi tetapi sekadar berkongsi apa yang dipelajari dari pengalaman, pemerhatian dan bacaan. Terima kasih kerana bersama Relaks Minda.
39 comments - "Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Anak Anda"
Kakak mampu tengok dan menjamu mata ajelah BM sebab rumah kakak comel-lote aje tak termampu nak buat macam itu semua..
Semalam dah malam menonton bintang,
Salam ya salam pantun dah datang..hehe
Gagak mengadah senja yang indah,
Kedidi bertanya ke mana hala;
Anak sudah remaja sudah,
Daddy dan Mummynya bagaimana pula.
Jerami busuk diwaktu pagi,
Ummi masuk berlalu lagi..
Sudah tumbuh putik mengkudu,
Rekah buahnya ditimbang Tok Aki
Indah sungguh bilik beradu,
Bolehkah abahnya tumpang sekaki. ;)
uuu...memang menjadi idaman, KY paling suka gambar yg pertam tu, cantik warnanya pun link sedap mata memandang
assalamualaikum ... yang berwarna hijau no 6 klu x sila , ringkas dan sejuk jer mata memandang ...
Wah wah wah cantik sekali; sedap mata memandang. Kecil2 dulu berangan nak ada bilik ala2 spiderman.
PS: Tengah berusaha membersihkan bilik yang dah macam tongkang pecah ;p
dapat jamu mata je BM..hee =)
Rumah comel tidak bermakna tidak boleh dihias cantik, yg penting pandai mendekorasinya mengikut keluasan dan kesesuaian...
Kakzakie hanya perlu dptkan idea dan ubah mengikut selera :)
memang cantik dan sesuai sangat dengan anak2 kecil...
Sangat indah Design Dekorasai yang sobat bagikan. Kalau seperti ini si anak pasti tidur dengan nyenyak....
Sangat kreatif, dan enak di pandang oleh mata. terima kasih mas
woowwww..tersangat cantik, meriah dan kretif..boleh cuba buat 1msa nanti
biar simple asal selesa ^_^
Waalaikumsalam Ummi...
Kala gagak mengadah senja,
Nak megah jangan mengelamun
Bila anak sudah remaja,
Mak ayah jalan2 honeymooon... :)
Boleh saja Ummi... :D
kalau buahnya ditimbang Tok Aki,
Pasti ianya jujur sekali,
Kalau abahnya tumpang sekaki,
Sunyi maknya tidur sendiri :(
Jika berminat kena cari ni... atau boleh pasang impian untuk akan datang, TQ KY
Waalaikumsalam Vee,
Hijau juga yg menjadi kegemaran..hehe
Thanks MG, Masa kecil tak boleh dapat...tp dah besar2 pun boleh saje..hehe
Memnag utk santapan mate...jika ada yg memberi idea, boleh saja...
Memang sesuai sekali utk anak2 kecil
Terima kasih jika anda menyukainya... :)
Sama2 mas...terima kasih juga krn menyukainya :)
Boleh saja...bila tiba masanya, silalah kemari utk rujukan.
Thx ska
Betul tu...yg simple itu lebih selesa dan menjimatkan :)
Semuanyer menarik, Anak dara KA suka ikut cara dier, anak bujang pulak nak yg simple2 aje ( malas nak kemas lah tu sebenarnyer ) hehehe
Elok biarkan mereka membuat pilihan, senang...nanti kalau ada2, xboleh salahkan kite
memang cantik2 semuanya...
kalo ikutkan tak perlu pun ruang bilik yang besar..
cuma perlu kreatif dan tau susun aturnya...
Bilik besar lagi byk barang nak di sumbat...biarlah kecil tapi simple dan kemas.
paling suka yg banyak wrna biru laut tu, tengok je dh sejuk hati peghowt akak melihatnya. mmg relaks kan minda sungguh. Terima kasih BM
Sama2...semoga ianya dapat memberi sidikit inspirasi untuk mendekorasi bilik
tima kasih.. dapat stu ilham nk ubah suai blik tido.. hehe
salam, boleh kah saya dapatkan infomation tentang keluasan bilik
>kecil
>sederhana
>besar
terima kasih.
Tiada ukuran keluasan khusus untuk menilai sesebuah bilik itu kecil/sederhana/besar. Terpulang kpd penilaian individu. Mungkin bilik itu besar tetapi di huni oleh ramai orang...maka ia juga boleh dinilai sebagai kecil.
Bagi saya, bilik kecil jika ianya tidak dapat diisi dgn segala peralatan dan memberi keselesaan dan jika segala keperluan boleh diisi dan masih mempunyai banyak ruang kosong, maka ianya adalah bilik besar.
Semoga anda puas hati...ini hanya pandangan peribadi.
Dapat juga idea untuk sediakan bilik anak-anak supaya mereka lebih selesa
Assalam..di mana nk dptkn perabot wrna purple tu?sbb perabot tu sesuai utk ruangan bilik ank sy..kemas dn jimat space..
Saya hanya memberikan idea dan membuka minda tentang bagaimana untuk menggubah, menyusun dan rekaan yg sesuai utk bilik anak anda. Untuk mendapatkannya, ianya adalah custom made...maka anda perlu ke tempat dimana perabot dibuat untuk meminta mereka membuat seperti set yang anda kehendaki. Khidmat seperti ini kadangkala di sediakan oleh pusat2 perabut besar dan anda perlu bertemu dengan interior designer utk mendapat rekaan ini.
Semoga anda berjaya mendapatkan seperti rekaan idaman anda.
cantiknyer... rumah saya , rumah apartment. kalau nak buat bilik tidur untukn2 anak perempuan saya..gbr 5 dari atas.. berapa ye cost?
Saya hanya memberi pendapat, inspirasi dan idea melalui contoh gambar yg sesuai untuk membuka minda dan kreativiti tentang dekorasi bilik yang menarik untuk anak2...tidak lebih dari itu.
Bilik menjadi lebih ceria dan kelihatan fresh apabila kita menggunkan padanan cadar yang sesuai dengan konsep hiasan bilik.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”