Perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia: Assalamualaikum... Ahad, 5 Mei 2013, hari yang bersejarah bagi Negara Malaysia. Hari di mana kuasa rakyat menentukan pemimpin bagi menerajui negara dan negeri-negeri di Malaysia ini.

Hari yang cukup meriah dan tegang di sesetengah kawasan. Suasana yang hanya dapat kita rasai dalam 5 tahun sekali. 

Hari ini setiap orang yang layak dan telah mendaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi termasuklah saya.

Hari ini saya ingin kongsi bersama anda perjalanan saya untuk mengundi dalam pilihanraya umum PRU13 ini sambil menikmati suasana pilihanraya di sepanjang perjalanan saya menuju ke tempat pengundian saya di Bagan Datoh, Perak.

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU 13
Perjalanan saya bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dari kampung mertua saya di Kampung Seri Tiram Jaya di Tanjung Karang, Selangor.

Kemeriahan suasana pilihanraya cukup jelas dengan perang bendera parti dan poster calon pilihanraya. Kelihatan orang ramai sudah mula keluar menuju ke pusat pengundian.

pilihanraya umum PRU13
Dari Kampung Seri Tiram, saya bergerak keluar ke jalan raya utama Klang ~ Teluk Intan. Terpampang jelas calon wajah-wajah calon pilihanraya umum PRU13 bagi Parlimen Tanjung Karang. 

Pasti yang paling menarik perhatian saya adalah wajah calon bebas iaitu penyanyi yang cukup terkenal suatu ketika dulu iaitu Herman Tino.

pilihanraya umum PRU 13
pilihanraya umum PRU 13
Ini pula adalah suasana di Pekan Tanjung Karang. Jalan utama kelihatan tidak begitu sibuk. Trafik amat lancar sekali.  Di beritakan petang Sabtu 4 Mei 2013...lokasi ini mengalami kesesakan yang amat teruk berikutan kepulangan warga kota ke kampung masing-masing. 

pilihanraya umum PRU 13
Melepasi Pekan Tanjung Karang, perjalanan akan melintasi sebuah simpang menuju ke satu lokasi yang sangat unik namanya...iaitu Bagan Tengkorak!  

pilihanraya umum PRU 13
pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Perjalanan diteruskan ke Pekan Sekincan. Pekan yang popular dengan ikan bakar ini juga kelihatan tenang walaupun kenderaan kelihatan mula bertambah.  

pilihanraya umum PRU13
Terjumpa pula dalam perjalanan satu replika ini. Ini barulah namanya wau bulan..hehe

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Perjalanan diteruskan melalui pekan kecil Pasir Panjang. Disini kelihatan ramai  orang yang tertumpu di pusat pengundian disebuah sekolah di tepi jalan. Suasana aman dan tenang sekali.

pilihanraya umum PRU13
Ini pula suasana di Simpang Lima... Juga kelihatan tenang. Cuaca pula tidak panas dan tidak mendung, amat baik sekali untuk keluar mengundi di Pilihanraya Umum kali ini. Cukup selesa sekali memandu, cuaca yang baik ditambah pula dengan trafik yang lancar.

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Kini telah sampai ke Kampung Sungai Haji Dorani. Suasana juga meriah dengan bendera dan poster. Sekolah biasanya di pilih sebagai tempat pembuangan undi. Masih kelihatan tenang dan terkawal.  

pilihanraya umum PRU13
Tiba pula di Pekan Sungai Besar. Di jalan utama ini tidak banyak kelihatan bendera atau poster, mungkin ianya tertumpu di pusat pekan yang terletak di sebelah dalam dari jalan utama ini. Trafik juga amat terkawal dan lancar.

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Ini adalah dua papan iklan gergasi yang terdapat di kiri kanan jalan di persimpangan ke Bagan Nakhoda Omar. Satu kepunyaan BN dan satu lagi PR. Kempen besar-besaran di kedua-dua belah pihak di Pilihanraya Umum PRU13 kali ini.

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Perjalanan sampai ke Pekan Sabak Bernam. Suasana di Pekan ini juga tenang. Semua orang hanya tertumpu di sekolah di mana tempat pengundian di jalankan. 

pilihanraya umum PRU13
Manghampiri jambatan yang melintasi sungai bernam iaitu sungai yang menjadi sempadan antara Perak dan Selangor.

pilihanraya umum PRU13
Selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan. 

pilihanraya umum PRU13
pilihanraya umum PRU13
Suasana berbeza apabila sampai sahaja ke Simpang Empat, Hutan Melintang. Masuk sahaja ke jalan Bagan Datoh...trafik terus menjadi sesak. Kenderaan tersekat kerana orang ramai turun mengundi di sebuah sekolah di pinggir jalan. Lama juga tersekat di sini... 

Kemeriahan amat terasa sekali. apabila penyokong bagi parti bertanding merebut peluang dalam kesesakan meraih dan memberi sorakan dan kibaran bendera kepada setiap kenderaan.  

pilihanraya umum PRU13
Kini perjalanan diteruskan. trafik terkawal kecuali di pos-pos mengundi.

pilihanraya umum PRU13 
Akhirnya aku sampai ke kampungku... Ini adalah suasana di luar kampung. Penuh dengan pelbagai bendera parti dan poster sampai terlindung jalan masuknya.

pilihanraya umum PRU13 
Inilah jalan kampungku...di kiri kanannya di penuhi pepohon menghijau. Ingin lihat lagi suasana kampungku...di SINIBerehat seketika di rumah. Waktu ini dalam pukul 11.00 pagi.

pilihanraya umum PRU13

Inilah sekolah di mana tempat aku mengundi, lebih kurang setengah kilometer dari kampungku. Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Pasir. Disinilah pengundian bagi memilih Ahli DUN N54 Hutan Melintang dan Ahli Parlimen P75 Bagan Datoh di lakukan. 

Begitulah perjalananku dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam Pilihanraya Umum PRU13 ini. 

Suasana dan pengalaman yang hanya dinikmati 5 tahun sekali ini amat menarik sekali. Hari yang berbeza dari hari-hari yang biasa. Syukur kerana pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan aman.

Esok akan bermula satu era baru dalam pemerintahan Negara Malaysia. Tampok pemerintahan baru akan bermula. Tidak kira siapa yang memerintah, semoga keamanan, kesejahteraan dan kemajuan akan kekal dan semakin utuh. 

Kepada yang terpilih menjadi YB kali ini, jadilah pemimpin yang amanah, ikhlas dan jujur demi agama, bangsa dan negara.... Terima kasih bersamaku dalam perjalanan pilihanraya umum PRU13 ini....

p/s : Kepada Sahabat Relaks Minda, maaf kerana belum dapat BW... Saya pasti akan reply komen dan berkunjung ke blog anda nanti...  :)

Admin...

34 comments - "Perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia"

my notes delete icon 8:03 PG

assalamualaikum ... BM sekampung rupanya dgn angah saya . Bagan DAtoh tu kubu kuat Zahid HAmidi , kenalan rapat angah saya sekeluarga ...

Unknown delete icon 9:49 PG

Pelam bidara sebiji pala,
Salam mesra dihari mula. :)

Lama ditelan tersekat di halkum,
Mati Tok Aji berlelah sampai;
Lima haribulan tammatlah hukum,
Menanti janji yang telah termeterai.

Unknown delete icon 9:57 PG

Nak pantun lagi boleh.. :)

Mintakan kita sebiji rambai,
Bijinya kecut tua di dahan;
Kotakan kata janji ditunai,
Janjinya dituntut ketua pilihan.

Unknown delete icon 10:07 PG

Juragan perahu berselepang baldu,
Segan mahu menumpang sesudu.. :)

Serbat manis dicampur selasih,
Selasih berderai berkembang rapat;
Rakyat harmonis menyubur kasih,
Kasih tersemai lambang muafakat.

Usy@M^^ delete icon 11:18 PG

pelbagai reka bntk kreatif dorg buat dngn bendera parti.. Lps ni sape ler yg nk turunkn bendera nie..hrp dorg bersihkan kembali bndr/pekan/kampung/taman dari bendera parti ni..

miss yatie delete icon 11:31 PG

Alamdulillah...perjalanan selamat dan yg penting selesai sudha tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia

alhamdulilah semuanya dah selesai

Salam. Meriah jugak PRU13 kat sana. Kat sini pun sama.

Mazni Azmi delete icon 3:28 PTG

Mari kita kerja kuat bangunkan diri. Orang melayu lemah sangat ekonominya sampai tak mampu duduk bandar.

Asal ada bandar je kita lari.

ANIM delete icon 9:09 PTG

menarik gambar2 yg dikongsi..
kenangan jari calit dakwat pru13 ada tak? belum tentu ada pru14 nanti kan?

OKje delete icon 10:30 PTG

Wah sungguh nostalgiclah bila berbahasa dengan ku ni hehe..
Nampak meriahkan BM

Blog Santai delete icon 10:36 PTG

Banyak memory PRU kali ni...ada yang sedih ada yang happy...meriahlah...nway cantik gambar yang nak masuk BM tu...

Waalaikumsalam Vee,
Memang sini kubu kuat Zahid Hamidi, kempen kali ni gile2 dasyatnya. Muka dia sepanjang jalan ade. Menang lagi dia...
Mcm2 cite saya dgar kempen kali ni...Meriah sungguh!

Salam mesra Ummi :)

Rakyat beraya dihari mengundi,
Tangan bertanda berinai dijari,
Tamat pilihanraya janji dinanti,
Jangan pula janji tinggal janji...

Terima kasih Ummi...memang saya nanti,

Telahan diri mudah diselami,
Kerap menyaji harap capati,
Pilihan kini sudah diketahui,
Harap janji diucap ditepati...

Jangankan sesudu, sesenduk pun saya beri :)

Sangat berbatu jauh Sg Petani,
Lama tersekat berhenti berehat,
Rakyat bersatu penuh harmoni,
Bersama muafakat membawa berkat.

Memang kreatif dan meriah. Semoga ianya tidak dibuang begitu sahaja. Mana2 yg boleh digunakan disimpan utk kegunaan akan datang. Tempoh diberikan utk pembersihan...semoga tidaklah jadi sampah semuanya.

Alhamdulillah...Segalanya urusan mudah dan selamat.
Terima kasih KY

Alhamdulillah, Semoga Acik juga selamat dan dimudahkan segala urusan. Selesai sudah tanggungjawab pd negara.

Waalaikumsalam,
Dimana2 pun nampak meriah sekali pilihanraya kali ini. Peratusan mengundi amat memberangsangkan.

Tidak dinafikan, orang Melayu kurang mampu tinggal dibandar. Lagi satu...mcm saya, lebih sukakan ketenangan di luar bandar, jauh dari kesibukan dan masalah sosial.
Kerja tetap kena kuat tidak kira dimana kita berada. Yang penting kita mesti sentiasa bersatu.

Gambar jari di calit xdimasukkan.. ramai yg letak gambar tu...so xpayah lah...hehe.
Pru14 belum tentu ada/dapat dinikmati lagi...entri ini jadi kenangan :)

Mcm2 OKje...hehe
Ya! Memang meriah sekali pilihanraya kali ini, lebih meriah dari pru12...

Lain sekali suasana kemeriahan pru kali ini. Memori yg menjadi kenangan.
Terima kasih kak raudzah

Tanpa Nama delete icon 1:19 PTG

yg penting dah selamat tunaikan kewajipan & tanggung jawab kita !

BinMuhammad delete icon 2:34 PTG

Betul tu KA, selesai sudah menunaikan tanggungjawab. Semoga pemimpin yg dipilih menjalankan amanah yg beri dgn jujur dan ikhlas!

Fais-SKA delete icon 10:08 PTG

tengok gambar 2 tenang je..xde jem langsung..tggu next pru la plak kuar mgundi..

BinMuhammad delete icon 12:57 PG

Jalan yg selalunya sibuk...terasa tenang, tapi bila tiba di lokasi pengundian...tiba2 jer sibuk dan meriah.

Unknown delete icon 10:32 PG

alhamdulillah semuanya telah selesai akhirnya..

Mama Amirul delete icon 11:35 PG

Pelbagai kisah bermacam cereka
Sana sini ada ceritanya
PRU 13 terpalit kisah duka
Cuba dilupakan tapi tersimpan selamanya

Sedih.....Huhuhuhu

BinMuhammad delete icon 11:42 PG

Syukur...segalanya berjalan dgn baik, selesai sudah...tunggu lagi 5tahun pula...

BinMuhammad delete icon 11:46 PG

Itulah rencah kehidupan ini, umpama roda...

Bukan pedih tangan terluka,
Tidak tertahan asyik terbayang,
Jangan bersedih jangan berduka,
Ingat Tuhan ingat insan tersayang...

Kalau bersedih...tenangkan diri bersama Relaks Minda :D

Gambar indah, tidak setenang mereka yg gundah dek pelbagai ragam. Macam2 PRU kali ni. Dahsyat... Tak pasal2 isu bangsa jadi sebutan, isu pengundi hantu, rasuah & dakwat tak kekal habis semua terbongkar. Macam2... Moga kekal aman dan harmoni kita semua serumpun walau berlainan agama, pegangan & bangsa

BinMuhammad delete icon 2:30 PTG

Segalanya sudah selesai, yg terpilih harap dapat memberi khidmat yang terbaik, iklas, amanah, jujur dan prihatin. Semoga janji ditepati. Kekal aman dan harmoni.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap