Kepada sahabat Relaks Minda dan para tetamu, Maaf di pinta andai tiada entri terbaru dan balasan kepada komen anda mahupun untuk Blogwalking. 

Di saat ini...saya tidak dapat meluangkan masa untuk blogging kerana sedang menghadapi sedikit kesulitan dan dugaan dari Allah SWT... 

Terima kasih diatas kunjungan anda, nikmatilah hidangan yang tersedia di widget arkib blog dan page kategori... Semoga ia dapat memberi ketenangan seketika buat anda di Relaks Minda...

Maafkan Diri Ini

Salam buat anda semua... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


===============================================================

Entry update : 22.05.13

Assalamualaikum...

Tiada kata-kata yang terbaik yang mampu saya ucapkan...hanya ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga buat anda, sahabat2 saya di dunia yang tidak berjasad ini di atas kata-kata semangat dan doa yang telah anda berikan... (secara bertulis mahupun di dalam hati)  Hanya Allah sahaja dapat membalasnya...

Walaupun tidak pernah bersua namun terasa bagaikan ada suatu ikatan yang menghubungkan kita semua... Sungguh indah dan unik sekali ikatan ini... Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk saya mendapat sahabat2 seperti anda... Terima Kasih.

Bukan simpati sebenarnya yang di pinta tapi rasa terkilan dan sedih apabila tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai blogger...  Mungkin ada yang hampa apabila tiada entri baru, kecewa apabila tiada jawapan pada komen dan marah apabila tiada pula blogwalking untuk membalas kunjungan. 

Maafkan saya sekali lagi... Tidak terbayar rasanya hutang-hutang tersebut...minta halal ye...

Syukur juga kehadrat Ilahi kerana memudahkan urusan dan memberi kekuatan buat saya untuk menghadapi kesukaran dan dugaan ini. 

Syukur Alhamdulillah... ibu saya sudah menunjukkan tanda2 positif walaupun masih tidak seperti sedia kala... (Semoga ianya tidak lagi menjadi tanda tanya buat anda dan Maafkan saya kerana tidak dapat berkongsi kisahnya dengan anda...)

Maafkan saya juga kerana coretan ini tidak sepatutnya berada di blog ini yang sepatutnya memberikan anda ketenangan, keceriaan dan kedamaian hati dan minda. 

Terima Kasih diatas sokongan anda terhadap saya dan Blog Relaks Minda. Saya akan kembali apabila keadaan mengizinkan... Insyaallah...


Admin...

29 comments - "Maafkan Diri Ini dan Terima Kasih"

Mia Liana delete icon 9:19 PG

risaunya mia.... harap dapat tempuhi dugaan itu dengan sabar ya.. ;)

amirofie delete icon 9:32 PG

Hadapilah dengan sabar dan tabah.

Mazni Azmi delete icon 9:34 PG

Semua orang ada dugaan. Semoga anda tabah dan sabar. Kesusahan itu tanda Allah sedang melihat pada kita. Relakskan minda tuan

Mama Amirul delete icon 10:14 PG

Apa pun dugaannya harap dapat hadapi dengan sabar dan tabah...
Kena tenang selalu dan ingat setiap ujian yang datang pasti ada hikmah yang menanti...
Rahsia Allah swt tiada siapa yang tahu... Tapi yang pasti Allah takkan uji diluar kemampuan hambanya...

Unknown delete icon 10:49 PG

Assalamu'alaikum...

Walau apapun dugaan dan ujian, harap sahabatku bersabar dan tenang setenang pemandangan yang tuan berikan pada kami semua...Ummi berdoa semoga kehidupan mu sentiasa dala rahmat Allah...aminn, risau hati ini bila membaca coretan tuan....harap sabar dan tahan ujian ya...Ummi sentiasa menunggu nak berpantun bersama...

Abam Kie delete icon 11:08 PG

kami semua merindui saudara...semoga masalah itu cpt selesai agar anda boleh kembali berblog...

Tanpa Nama delete icon 11:21 PG

Apapun dugaannyer kena tabah dan bersabar yer.. Moga2 dipermudahkan semua urusan yer BM

miss yatie delete icon 11:31 PG

semoga semuanya dapat di selesaikan nanti, InsyaAllah,

Doa kakak moga ujian dapat diatasi dgn sebaiknya. Redha insya-allah akan baiklah jadinya..

Unknown delete icon 1:05 PTG

Patutlah..sy dah mula merindu..hehe..semoga en.BM dapat hadapi dan menyelesaikan dugaan tersebut dgn baik..

Blog Santai delete icon 1:06 PTG

Dugaan Allah pasti ada hikmah...

Unknown delete icon 3:19 PTG

semoga dipermudahkan semuanya ya BM..in sha Allah..

Bunda_nora delete icon 5:00 PTG

assalam,

selesaikan dulu masaalah itu dengan tenang dan sabar...kami sedia menanti..

umiawadah delete icon 5:42 PTG

saya berharap bersabar ye di atas segala dugaan Allah beri ni...Allah sedang menduga hambaNya..

Unknown delete icon 6:00 PTG

Sabar je lah...Tiada hidup tanpa dugaan BM

my notes delete icon 7:27 PTG

walau bagaimana selesanya hidup kita , pasti ada ujian . Ujian itu dtg melalui pelbagai bentuk . Redha , ikhlas dan tawakkal . pasti ada hikmah dan pengajaran yang berguna . jangan sesekali mengeluh . tanya pada diri , apa yg telah aku lakukan sehingga allah menguji aku sebegini . tentu ada sebab dan akibat . kadang - kadang , ujian yang datang itu adalah daripada kecuaian kita sendiri ... buat baik , allah balas baik ... buat jahat , allah beri keburukan . muhasabah diri itu sebaik2 perkara . jgn sesekali menunding jari pd yg lain ... semoga allah permudahkan segala urusan BM ... inshaa Allah .

Fais-SKA delete icon 8:31 PTG

Salam bro BM..smoga smuanya ok2 je..bykkn bersabar dn berdoa..stiap kjadian ada hikmahnya..

Unknown delete icon 10:25 PTG

semoga BM serta keluarga tabah dan sabar dengan ujian ini..ada hikmah disebalik tiap kejadian. semoga Allah permudahkan segala urusan BM..insya Allah.

semoga segala kesulitan dapat diatasi dgn ketakwaan...percayalah pada kasih sayangNYA terhadap hambaNYA ..

Tanpa Nama delete icon 12:58 PTG

singgah jgk, moga semuanyer ok yer

BM.. allah ujian BM..harap BM dapat hadapi ujian itu ..kami doakan kesejahteraan BM

ANIM delete icon 8:41 PTG

Dalam surah Ash-Sharh (Alam Nashroh) "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" . Ianya diulang 2x dalam ayat ini. Yakinlah BM...insya-Allah..

THE AUTHOR delete icon 10:42 PTG

semoga segala dugaan itu dipermudahkan olehNYa

salam...moga dipermudahkan segala urusan.

Unknown delete icon 9:15 PG

Ohh ibu BM sakit rupanya.. Semoga tabah hadapi..ye lah, tidak selamanya mereka sihatkan..teringat kat ayah kat kampung. walaupun dia masih sihat..tapi suatu hari pasti ada juga saat jatuh sakit. jagalah ibu bapa sebaik mungkin selagi mereka masih bernyawa.

umiawadah delete icon 12:10 PTG

semoga apa saja penyakit yang menimpa ibu BM akan sembuh dan sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan hambaNya.

Unknown delete icon 1:08 PG

Tak apa; Kita faham. Semua orang ada masalah & dugaan sendiri. Sabarlah ya.

OKje delete icon 11:39 PTG

Patut pun lama tak dgr cite tu yg dtg bertanya khabar......
moga setakat kekusutan sudah terlerai Dan dpt kembali spt biasa yeh BM.....

dugaan kan mendekatkan diri kita denganNya :))

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap