Rumah Idaman Untuk Ketenangan & Kebahagiaan: Rumah... Idaman setiap orang untuk memilikinya. Setiap dari kita pasti memasang angan-angan untuk memiliki rumah idaman seperti mana yang tergambar di fikiran akan rekabentuk, suasana, lokasi, keluasan, peralatan, kemudahan dan perhiasan yang diidamkan.
Namun tidak mudah untuk seseorang memiliki rumah sendiri di kala ini jika ekonomi seisi rumah tidak mengizinkan tetapi tidak mustahil untuk manggapai impian.jika anda terus berusaha.
Di kala ini, tidak kiralah anda tinggal di rumah sendiri atau di rumah sewa mahu pun menumpang... Itulah rumah tempat untuk kita berteduh dari panas dan hujan. Tempat di mana kita dapat beristrirehat melepaskan lelah dan menguruskan diri. Bersyukurlah...
Rumah yang di hias cantik luarannya pasti memberi bayangan akan rupa isi dalamnya. Jika dari jauh anda dapat rasakan ketenangannya...Pasti duduk di dalamnya juga amat menenangkan.
Hiasilah rumah anda agar anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari kedamaian dan ketenangan... itulah nikmat dari pandangan mata terus menusuk ke jiwa...
Hiasilah rumah anda agar anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari kedamaian dan ketenangan... itulah nikmat dari pandangan mata terus menusuk ke jiwa...
Rumah perlulah diurus sebaik-baiknya. Jagalah kebersihan dan keindahannya. Tatkala anda dibebani dengan pelbagai masalah di tempat kerja, alangkah tenangnya terasa bila anda pulang kerumah. Reda seketika segala tekanan apabila pulang melihat rumah sendiri yang kemas, bersih dan indah.
Tiada tempat sebaik dari rumah yang kita diami untuk mencari ketenangan diri. Ianya adalah tempat pertama yang kita tuju. Walau sejauh mana anda pergi...secantik mana pun ia...pasti tidak dapat menandingi kehebatan rumah sendiri.
Keamanan kedamaian serta keselesaan yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Home sweet home... Mungkin itu salah satu ungkapan yang sesuai...
Rumah dimana tempat anda sekeluarga berkumpul. Tempat dimana anda di kunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai. Tempat dimana anda menyambut keraian dan perayaan. Tempat yang paling selalu anda jejaki... Jangan biarkan rumah anda kesunyian.
Terlalu banyak sejarah yang berlaku dalam kehidupan anda bersama rumah yang anda diami. Segala kenangan pahit manis bagaikan tercatat di setiap inci ruang dinding. Itulah ikatan yang kita tidak nampak namun dapat kita rasai antara kita dan rumah.
Rumahku syurgaku, ungkapan yang amat biasa kita dengar. Apakah erti nya rumahku syurgaku... Adakah rumah yang indah, mewah, besar dan lengkap dengan segala keperluan?
Atau sebuah rumah yang sederhana dengan sedikit kekurangan tetapi dilimpahi penuh keberkatan dan kebahagiaan penghuninya? Anda pilihlah sendiri... Jika anda dapat kedua-duanya, itulah yang terbaik...
Pastikan rumah yang anda diami sentiasa indah dan ceria. Jadikan ianya umpama syurga anda di dunia ini. Tenang tatkala melihatnya... bahagia pula tinggal di dalamnya.
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila kamu telah menunaikan solat (fardhu/wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah SWT akan menjadikan rumah itu bahagia". (Al-Bukhari).
Jangan pula susah hati jika anda masih belum mendapat memiliki rumah idaman... Berusahalah, namun jika tidak dapat anda miliki...bersyukurlah dengan apa yang anda telah miliki... kerana ada hikmah disebaliknya yang semestinya adalah yang terbaik untuk anda.
Tidak kiralah rumah bagaimana yang anda diami sekarang ini, hiasilah ia sebaik mungkin. Jagalah ia agar sentiasa terpelihara keadaan dan kebersihannya.
Jadikan rumah anda sebuah rumah yang tenang bila di pandang dan bahagia pula tinggal di dalamnya dengan penuh keberkatan.
Rumah yang cantik...Hmm...pasti enak juga di makan :) |
Terima kasih bersama Relaks Minda. Setiap apa yang anda lihat dan baca di blog ini... Semoga ianya dapat memberi anda sedikit manfaat. Kehadiran anda amat-amat saya hargainya.
Firman Allah Taala, “Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” (az Zariyat:55).
30 comments - "Rumah Idaman Untuk Ketenangan & Kebahagiaan "
rumah tu semuanya menyeramkan.hahaha.
Jangan biarkan rumah kesunyian...ianya akan nampak menyeramkan :)
Hilang kekacakan Boni seketika hehe...
mata kedip2 renung siling, letak tangan atas dahi..duk berangan-angan..boleh ke dapat rumah macam tuu..heee..tapi yang pasti knah nak rumah yang last tu boleh tak..cantikk dan pasti sedapp..=)
heheheheheh :) wahhh pernah bercita2 nk ada rumah seperti dalam gambar di atas.. cantik cantik belaka
cantiknyaa... kalo la anna dapat tinggal sini.. best ooo...
Uikkkkk.. memang nak... cuma dalam angan je la nampaknya...
Letak tangan di dahi dan berangan...sampai bila2 pun tak dapat Kak Nah... Tapi bersyukurlah dgn apa yg telah kita miliki :)
Jadikan cita2 satu pendorong utk berusaha...tidak mustahil ianya akan jadi kenyataan :)
Thanks Anna... Semoga suatu hari nanti anda mengecapinya
Rumah idaman pasti akan Mia dapat suatu hari nanti...Tingkatkan usaha, Insyaallah jika diizin Allah. Buat masa ni..bersyukurlah dgn apa yg telah dimiliki...
Rumah akak diakui mmg mcm tongkang pecah sbb anak kecil2 lagi.
Maklumlah terlampau bizi....
Rumah beli tak siap2 lagi.
Oleh itu, datang sini dari nuffnang untuk rehatkan minda ni
Melihat-lihat keindahan yang berwarna-warni.
Terima kasih tuan blog ini ^__^
saya punye rumah rasanya nak buat yg ada kayu campur batu sikit..hehe
Sabar ye...anak2 begitulah, kalau xde sunyi pula :)
Menanti rumah idaman siap..pasti menyeksakan, sabarlah...
Kayu sekarang ni teramat mahal...tapi pasti menarik rumah idaman nick...Semoga termakbul impian :)
Cantik2 semuanya macam dalam fairy tale....dan makanya teruslah saya bermimpikan rumah2 sedemikian rupa....:)
impian nak buat rumah dalam taman di atas sebidang tanah ...
Asyik bermimpi aje...Macam di dalam dunia Alice :)
Semoga impian menjadi kenyataan...pasti cantik dan mendamaikan
Salam tuan, nak beli rumah kena beli dengan jiran2nya sekali.
Ada riwayat nabi SAW
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Rumah yang baik datang dengan isteri dan jiran yang baik. Jiran jumpa hari2 sampai mati. :) dapat jiran baik berakhlak mulia memang bahagia. Insyaallah
Salam..teringin jugak nk ada rumah sdiri, inshaALLAH 1hr nanti =) rumah yg cantik + landskap yg menarik..memang idaman stiap orang la..cantik gambar rumah atas 2 wlwpn agak myeramkan huhuhu
Hidup "nomad" cam kak yg sering pindah randah ni masih belum tau mana akhirnya duduk. Walaupun bukan banglo besar, faktor kehijauan dan keredupan mesti ada .Tak mahu duduk di bandaraya. kalau diberi pilihan, kak mahu kembali duduk di rumah kami di batu pahat kerana hanya beberapa langkah ke surau depan rumah. Kalau boleh , 2 Abdul tukang azan disitu.
Lawanya gambar2 rumah
Waalaikumsalam Tuan,
Ya...tepat sekali, sudah tentu jiranlah orang yg paling hampir dgn rumah kita.
Terima kasih diatas kesinambungan yg di berikan. Amat saya hargai.
Semoga impian anda dimakbulkan suatu hari nanti...Insyaallah.
Yg lelaki kata seram, yg pompuan kata cantik...
Saya pula yg pelik...hehe
Saya juga kalau dapat pilihan...nak duduk rumah kat kampung jer. Hanya itulah lokasi yg paling sesuai dgn jiwa...
Terima kasih Izzat, semoga impian rumah idaman anda juga tercapai :)
pergh,,,,,, memang cantik2 sangatlah kalau dapat mmg sah2 tak keluar ni hehehe
Bukan ke kalau dapat xmasuk2, sbb cantik di luar...hehe
wah.... kalo duk rumah camtu memang tak keluar rumah lah.... best nye
Assalammualaikum...BM.
cantik2 rumah nie....terpegun.
mselim3
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”