Merindui Nikmat Yang Di Beri... Assalamualaikum... Sudah berhari-hari jerebu melanda. Pastinya kita mulai merindui untuk menikmati udara yang segar dan nikmat saujana mata memandang.
Rindu pada kebiruan langit yang sungguh mendamaikan. Rindu pada kesegaran udara dan nyamannya hembusan bayu.
Hari ini kita relaks minda dan nikmati kebiruan langit dan laut yang luas terbentang. Ubati kerinduan anda seketika walaupun hanya dengan santapan mata. Disamping itu renungkan juga....
Bagai terdengar-dengar deruan ombak yang menderu menghempas pantai yang memutih. Terasa-rasa hembusan bayu yang lembut menyapa pipi lalu hidung menyedup udara yang segar ini sedalam-dalamnya.
Terasa juga teriknya mentari yang menyilaukan mata menerangi alam secerah-cerahnya. Oh...alangkah nikmatnya!
Betapa nikmatnya melihat pemandangan tanpa sebarang gangguan yang mengganggu pandangan mata. Segalanya jelas kelihatan. Sejauh mata memandang...begitu cerah!
Kebiruan langit di hiasi kepulan awan yang memutih menjadi santapan mata yang amat mempersonakan. Terasa bagaikan terpukau dengan keindahan alam yang sungguh menawan ini.
Angin bayu yang bertiup memberikan udara yang segar dan nyaman untuk di sedut dengan tenang dan damai, penuh dengan kenikmatan. Alangkah segarnya!
Dari pandangan mata...ianya menusuk kejiwa dan hati lalu terusik untuk mengagumi akan penciptanya. Tanpa kita sedari kita telah mendapat ganjaran dengan hanya dari melihat keindahan lautan yang terbentang luas ini.
Keindahan yang menyegarkan minda, memberi ketenangan dan kedamaian... Tatkala mata leka menikmati keindahan ini, jangan lupa untuk untuk melafazkan syukur dengan nikmat yang diberi.
Bila di kala senang dan gembira tanpa sebarang gangguan, kita sering terleka. Bila musibah menjelma... barulah terasa akan kehilangan nikmat yang beri.
Jerebu Melanda
Jerebu yang melanda melenyapkan keindahan ini. Tiada lagi langit yang membiru dihiasi gumpalan awan. Tiada lagi udara segar yang nyaman yang dapat kita nikmati. Tiada lagi sinaran mentari yang terang menyinari alam.
Di kala ini barulah kita kembali mengingati akan betapa nikmatnya nikmat yang diberi...Barulah kita tahu betapa penting dan bernilainya alam ini.
Barulah kita tersedar dan mula mengingati dan kembali kepada pencipta yang selama ini kita lupakan oleh kerana kesibukan aktiviti seharian hingga terleka dibuai oleh kesenangan dan kenikmatan.
Pentingnya alam ini...andai di perkosa dengan rakusnya, akibatnya ditanggung oleh kita sendiri dek kerana kepentingan segelintir, kesannya diterima oleh ramai manusia.
Sanggupkah kita melupakan langit yang membiru? Sanggupkah kita bertopeng sepanjang masa dan melupakan kesegaran udara dan bayu yang segar dan nyaman?
Sanggupkah kita melihat keindahan alam dengan hanya dengan menikmati gambarnya sahaja? Mungkinkah ini yang akan dihadapi oleh generasi akan datang? Alangkah kesiannya mereka....
Setiap kejadian alam samaada nikmat dan musibah itu ada hikmah untuk kita. Wajib keatas kita mensyukuri dan bermuhasabah agar tidak terleka dan lalai dengan nikmat duniawi yang menjurus lebih kepada kepentingan diri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain dan masa hadapan.
Jangan kita melampaui batas sampai mengundang kemurkaan dari Maha Pencipta yang memberi musibah dan bala bencana yang lebih besar yang tidak mampu kita gambarkan...
Segalanya hanya pinjaman buat seketika dan ianya boleh di tarik balik dengan sekelip mata. Apakah daya kita sebagai insan yang lemah ini? Kembalilah kita kepadaNya...
Terima kasih bersama Relaks Minda....semoga kerinduan anda melihat keindahan alam ini terubat dan sama-samalah kita bermuhasabah dan berdoa agar ianya di kembalikan semula...
Admin...
42 comments - "Merindui Nikmat Yang Di Beri..."
tenangmya, rasa nak pergi tenpat2 nie, tapi paling best di sebalik gambar ada pekongsian rohani thanks BM
Birunya warna mata ku..he..he..bukan pakai lense biru tau..cuma pandangan laut yang sememangnya biru ..always tenang & damai..and for sure cantik
tenang kejap minda tgk pic2 ni ! tq share yer
Assalammualaikum...BM,
Perkongsian yang semakin menarik...dengan doa2... bagus....
mselim3
Subhanallah... Terpana seketika kakak dibuatnya BM. Alangkah segarnya udara dari semua gambar yg terpapar hingga terlupa jerebu yg melanda JB kini.
Mensyukuri nikmat yg diberi sebelum ianya ditarik pelan-pelan oleh yg Esa...
panorama yg cukup indah..Subhanallah..
Dah beberapa hari tidak menikmati lagit yang membiru dan udara yang segar...nikmat yang di pinjam ditarik semula. Semoga gambar2 ini mengubat rindu
Biru mata hitam akak...hehe
Semoga kita dpt kembali menikmati suasana spt ini...
Gmbar2 untuk santapan mata...karangan pula santapan jiwa...
Semoga tenang minda dan hati...
Waalaikumsalam mselim3,
Semoga kita mensyukuri nikmat yang diberi, sesungguhnya ianya boleh di tarik kembali bila2 masa Dia kehendaki...
Semoga terubat rindu dan semoga ianya akan kembali kita nikmati...
Masa utk muhasabah diri
Keindahan dan kenyamanan udara yang lenyap seketika angkara kepentingan diri... Semoga ianya dapat kita nikmati kembali
Kuasa Allah meciptakan keindahan dan kesegaran ini...namun ianya dengan sekelip mata boleh di tarik balik. Besama2lah kita menjaganya.
Assalamu'alaikum..
Rindu dengan blog relaks minda ni.. lama dah tak singgah ke sini..
seronok apabila membaca sambil menghayati entri yang penuh dengan nasihat di sebalik santapan gambar yang mempunyai pemandangan yang indah sekali.. Hebatnya kekuasaan ALLAH.. Subhanallah..
Terima Kasih BM :)
Sangat luar biasa alam ciptaan-Nya. Coretan katanya sangat membantu dengan bahasa yang memikat dan membina. Teruskan.
kami di SP sehingga hari ini masih boleh melihat bulan dan biru langit. syukur alhamdulillah..
setelah berhari2 duk tggu hujan, finally turun jugak arini.
takde da jerebu kat sini..hehe
Damainya tgk laut yang membiru..lama dah tak lepak kt pantai.. kay Dungun masih lagi berjerebu..tp nipis je la..
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana sudi singgah disini sambil menikmani santapan mata, minda dan rohani...
Terima kasih, anda memang tetamu yang istimewa :)
Hari ini masih lagi belum dapat menikmati langit membiru...baru sebentar tadi hujan mulai turun bersama angin, semoga esok keadaan kembali pulih...insyaallah.
Samalah...kat sini pun baru sahaja hujan...alhamdulillah, semoga esok langit kembali cerah :)
Sudah masuk 4hari tidak dapat lihat sinaran mentari dan langit membiru...semoga esok kembali pulih, alhamdulillah hujan pun dah turun...
So beatiful...walaupun kat Malaysia ni takdalah view yang macam ni...hehe
tenang nyer...
Indahnya Milik DIA..subhanallah.
Untuk pengetahuan PL, gambar yg kedua akhir tu adalah gambar di Pulau Tioman...Malaysia pun cantik juga :)
Semoga ianya dapat menjadi santapan mata dan rohani anda...thx liana
Ya...semua keindahan ini milikNya, bersyukur dgn nikmat yg di beri dan jagalah ia sebaiknya...
tenang je tgk :') teringin nak menikmati keindahan tersebut :')
tenang sgt tgok pic's tu =) keindahan ciptaan Allah..kalaulh dpat mndi kt situ..msti brsyukur je dgn keindahan kt sana..
Jadikan keinginan itu satu realiti...masa cuti nanti realisasikan ye :)
Tunggulah kaki tu baik, mu mandilah sepuas2nya kat Pantai Batu Buruk...hehe. Kalau nak tempat cantik, pulau kapas dan pulau perhentian pasti memuaskan hati. Jgn lupa ajak kawe :D
menarik semua gambar..mmg merindui langit yg membiru...udara yg nyaman
Setuju.... sebab tulah kena selalu bersyukur dan tidak mensia-siakan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara tukan...
cantik dah indah gambar di atas. itulah kuasa allah swt.
Memang disaat ini terlalu merindui langit yg membiru dan udara yg segar dan nyaman...jerebu oh jerebu...
Setuju sgt dgn OKje...bersyukurlah.
Santapan mata dan rohani...semoga ianya dapat memberi sedikit santapan mata, minda dan rohani buat kita...terima kasih daddydee
haih..betul-betul rindukan pemandangan sebegini nyaman dan tenang ditempat sendiri..terima kasih kongsi gambar2 menarik ni..;)-
terima kasih cik matahariku...semoga esok matahari menjelma semula :)
Allohu Akbar,sungguh indah ciptaanmu
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”