Kreativiti Kitar Semula - Bersatu Dengan Alam: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat hendaknya...maklumlah musim jerebu ni.
Jagalah kesihatan anda, kalau boleh di kurangkan aktiviti luar dan jika perlu pakailah "mask" sebagai langkah menjaga kesihatan diri anda.
Di dunia blog ini pula jangan jerebu pula ye... Kali ini kita nikmati lagi kreativiti kitar semula yang amat bagus untuk alam sekitar.
Gabungan antara barangan kitar semula bersama pepohon yang cantik dan menyegarkan...pastinya gabungan yang amat secocok sekali.
Ia bukan sahaja dapat mengaplikasikan teknik kitar semula tetapi dapat membantu menghijaukan suasana dan membekalkan udara yang bersih untuk kehidupan kita bagaikan penyatuan semula asal kejadiannya lalu bersatu semula dengan alam.
Memberi suasana yang tenang dan segar untuk kedamaian tatapan mata mahupun minda.
Kitar Semula
Nikmati kreativiti kitar semula yang menarik ini, semoga ianya dapat memberi ilham dan idea untuk anda menggunakan bahan terbuang yang terdapat di rumah anda untuk mencantikkan keindahan halaman mahupun belakang rumah anda... Jom kitar semula :)
Basikal buruk yang tidak berguna lagi di jadikan pasu hiasan pokok bunga anda mahupun tempat pepohon menjalar untuk berpaut.
Kreativiti kitar semula yang sangat menarik dan kreatif jika anda bijak menggubahnya. Kesabaran dan penjagaan penting untuk mendapatkan hasil atau bentuk seperti yang anda inginkan.
Selain daripada basikal, kenderaan buruk juga sesuai di gunakan. Memang cantik jika terletak di sudut halaman anda. Sungguh kreatif! Pasti semua tetamu anda akan terpegun dengan keunikannya.
Botol plastik dijadikan pasu yang menarik untuk tanaman bunga-bungaan mahupun pokok sayuran di halaman mahupun di belakang rumah anda. Kreativiti kitar semula yang sungguh menjimatkan dan berbaloi!
Bekas tin juga sesuai di jadikan pasu untuk pokok bunga mahupun sayur kegemaran anda. Menang membeli, menang memakai... Bukan sahaja menarik, malah ianya juga tahan lama.
Jangan ingat pakaian buruk anda tidak boleh di jadikan pasu hiasan yang menarik... lihatlah contoh diatas, kreativiti kitar semula yang sememangnya unik dan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Apa lagi...cubalah! hehe
Selingan.....Senyum skit :)
Ini adalah kitar semula tayar yang paling biasa dan ramai yang lakukannya. Memang menarik dan tahan lama.
Yang penting adalah kreativiti anda untuk menggunakan dan menyusunnya. Warna-warna terang dan menarik akan menangkap pandangan untuk fokus kepadanya.
Kasut juga tidak terkecuali. Kreativiti kitar semula yang unik dan menarik. Tiada yang mustahil jika bijak mengadaptasikan rupa bentuk sesuatu benda untuk di kitar semula.
Perabot adalah satu peralatan yang besar dan amat merugikan jika di buang begitu sahaja. Selagi ada ruang di halaman, guna kreativiti dengan menjadikan ianya tempat untuk pokok bunga anda di tanam mahupun melilit.
Ianya dengan mudah menangkap perhatian tetamu anda yang pastinya memuji anda dengan tidak hentinya.
Kayu pallet terbuang di jadikan rak pasu untuk pokok bunga mahupun sayuran. Jimat belanja dan begitu menarik hasilnya. Pasti ada yang mahu menempahnya bila terlihat kreativiti kitar semula yang kreatif, unik dan istimewa ini.
Botol kaca yang bersepah merata-rata malah merbahaya pula bila pecah. Jadikan ianya pasu yang menarik dan anggun ini. Pasti ramai yang terpegun dengan kreativiti kitar semula anda ini!
Fikir Sebelum Buang
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Pallet Kayu Terbuang
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
Admin...
40 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Bersatu Dengan Alam"
kreatifnya...sampai pakaian dalam pun depa guna..hehehe
Idea-idea yang bagus untuk kitar semula.
BM...sampai hati depa mengeksploitasikan wanita sampai begitu sekali!
Kalau kakak tak rela pakaian sulit kakak digunakan utk tanam bunga (tutup muka ni kakak BM hihi....)
Tapi tanam guna botol tu cantik jugalah. Botol minyak masak kakak lain kali tak nak jual kakak nak guna tanam sawi/daun sup/cili macam boleh ni. Dah ada idea pulak bila tengok sini...
Comel as usual...memang salute dgn kreativiti dia orang ni..
WAHh cantiknya basikal buruk bila ada bunga berwarna warni.. siap guna bra lg..haha..malu lah.. kasut kroc berlambak nak buang. Cantik2..
x terucap dgn kata2 it's so nicelah BM !
simple tapi kreatif,,, subhnaALLAH
Itu sekadar gurauan...hehehe
Bolehlah cuba mana2 yang berkenan, sekadar berkongsi utk ilham :)
Eksploitasi ke...xde lah OKje, fikirkan positif kearah penggunaan barangan utk kitar semula...kan bagus tu, demi alam sekitar...hehehe
Maaf le...gurauan terlebeh skit! :) Mana tau ada yg berkenan Hehe
Kalau ada idea utk di gunakan, elok sgt2...tapi kalau di jual pun bagus juga. Kedua2nya menyumbang kpd aktiviti kitar semula
Thanks kak RZ, memang idea mereka sgt kreatif!
Mana yang dirasakan boleh dan sesuai di praktikkan bolehlah diambil ideanya... :)
Terima kasih KA...kalau ada yg berkenan, bolehlah cuba :)
Hehehe...kalau berkenan boleh aje di cuba, dari terbuang begitu saje :)
Gurau ajer cik akak...senyuman penyeri muka :)
Terima kasih Acik... :)
kalau kreatif smuanya boleh..huhu..cntik je xD
Assalamualaikum, salam ziarah. Cantik dan kreatif. Apabila tengok gambar ni, rasa hendak cuba pula. Tahniah juga kepada saudara kerana menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
orang buat cantik, sendiri nak buat ...belum buat lagi dah tahu hasilnya..maklumlah tangan tak kreatif.
Assalam, he3..ada 1gmbr yg bt ambe tergelak :) kreatif2 cantik je bunga2 tu semua..tenang rsa kepala
kreatif dorang ni..sampai pakaian dalam pun boleh jadi pasu hehe..
naper ada yg sangkut tutttt ... heh heh heh . mmg kreatif mrk semua nih
Anda pun boleh aisya...belum cuba belum tau :)
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana sudi singgah seketika di sini, kehadiran anda amat2 saya hargai dan begitu istimewa :)
Cepat sungguh mengalah...cubalah dulu, kalau tidak menjadi..cubalah lagi dan lagi dan lagi...
Pasti akhirnya akan berjaya :D
Waalaikumsalam Fais,
Itulah kreativiti...ada yang mengagumkan dan ada yang sampai tidak terfikir oleh kita...
Terlebih sudah...bah! :)
Benarlah...hanya dengan satu gambar, boleh memberi pelbagai maksud, spekulasi, persepsi, pandangan dll...
Bhn buang djdkn pasu sama spt sy lakukan drumah..paling xtahan gambr ke 10 tu..
Memang bagus anda, mengaplikasikan bahan buangan...tahniah!
Assalamualaikum BM, apa khabar teman,
cantik dan teringin nak buat, tapi ..., kalau depan rumah tak ada ruang apa lagi di belakang hahaaa
subhanallah.. kreatif. pernah tanam pegaga je dlm botol.
Waalaikumsalam, khabar baik,
Tak pelah...mungkin boleh panjangkan idea ini pd yg memerlukan :)
Lepas ni boleh lah cuba yang lain pula :)
Ha ha menarik dan byk idea boleh dapat ni
Pasu yg berbentuk piramid tu unik. Wan leh plan utk buat satu kat umah lps ni...heheheh
Terima kasih berkunjung ke sini
Jika berhasil nanti, jangan lupa share ye...teringin juga melihat hasilnya.
Insyaa Allah. Wan akan berusaha...caiyok2.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”