Percutian Indah - Ketenangan Hati dan Minda: Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Kini...hujung minggu tiba lagi. Mungkin anda tidak dapat meluangkan banyak masa untuk bercuti lagi. Jangan pula anda bersusah hati... Bercuti sendirian di depan komputer juga boleh anda lakukan.
Anda bertuah dan saya pula amat berterima kasih diatas kunjungan anda. Kini anda telah tiba di blog Relaks Minda.
Selamat datang saya ucapkan >_< Gambarkan di kala ini saya sedang melemparkan anda kelopak-kelopak mawar yang harum sambil anda melangkah masuk di atas hamparan rumput yang menghijau....untuk menikmati percutian indah di Relaks Minda.
"Nikmati percutian ini...semoga anda merasai ketenangan dan kedamaian".... Lapangkan fikiran anda dan bayangkan anda berada di sini...
Percutian Indah
Berikan santapan mata anda dan nikmati kehijauan alam yang sungguh nyaman dan menyegarkan. Lupakan segala keresahan dan tekanan buat seketika.
Nikmati pula kebiruan alam yang sungguh mendamaikan. Langit bagaikan bersatu dengan bumi...Indahnya alam ini. Begitu tenang dan nyaman suasana...
Aliran air yang sejuk mengalir jernih dengan melodi yang sungguh mempersonakan. Nikmatilah terapi jiwa yang amat berkesan ini...Amat mengagumkan!
Teruskan pula dengan menikmati suasana dikala mentari terbit dan terbenam yang sungguh mengasyikkan. Suasana seketika tapi memberi rasa kesayuan dan keinsafan yang menusuk kedalam jiwa.
Dan akhir sekali...nikmati ketenangan dan kesunyian malam yang mententeramkan hati dan minda. Masa untuk menikmati rehat yang berkualiti tanpa gangguan.
Walaupun seketika...hanya dengan santapan mata...semoga hati dan minda anda beroleh ketenangan dan kedamaian. Sebelum anda meninggalkan "percutian" ini...renungkan kembali...
Betapa besar dan kuasa alam semulajadi dalam meresapi jiwa dan minda anda. Fikirkan sejenak akan kuasa yang menciptakannya. Jangan lupakanNya walaupun sejenak... Dialah Maha Pencipta lagi Maha Kuasa... Hanya Dia yang satu...Allah SWT!
Ucapkanlah Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar...
Selamat berhujung minggu buat anda semua... Ceria selalu!
Terima kasih bersama Relaks Minda dan jumpa lagi :D
Admin...
51 comments - "Percutian Indah - Ketenangan Hati dan Minda"
cantik nyer...sangat indah
Sangat shantek. Beecuti aje ka di blog relak minda kan? Hehe...
Bercuti di laut, tasik, sungai memang menjadi pilihan...
Tak suka p tempat sesak.....pening kepala....
Ketenangan itukan satu rezeki...tak dapat dbeli dengan wang ringgit
Best jgk tido tergantung atas pokok tu.. ∩__∩
Alhamdulillah...suka dengan sambutan mawar tu, terasa dimanjakan pulak heeee..
KY paling suka senja...mendamaikan
subnaAllah cantiknye ,,, bestnya dapat pegi :)
Sangat menenangkan jiwa gambar-gambar di atas..
tertarik dengan buai dlm kelambu kat pokok tuh , nampak romantik sgt ...
sangat cantik, tenang dan mendamaikan.. Bestnya terasa diri pulak berada dalam buaian atas pokok tu.
Semoga ianya dapat memberi percutian seketika di alam siber...
Terima ksih ye :D
Jika mahukan santapan mata dan minda buat seketika di dunia blogging ini...datanglah singgah kesini.
Thx cikgu liza :)
Benar apa yg di katakan...nikmat ketenangan, tiada ternilai. Di alam nyata...tempat yg jauh dari kesibukan dan masih semulajadi, lokasi terbaik utk mencari ketenangan.
Terima kasih kak Anim
Unik betul dan kreatif sekali untuk menikmati keindahan alam dan mencari ketenangan. Berani ke?
Selamat datang KY... :)
Senja, suasana yg seketika tapi cukup istimewa. Suasana yg berbeza yg sungguh mempersonakan...memberi satu nikmat ketenangan yg mengasyikkan.
Acik kan sibuk...hanya percutian di blog saja yg mampu saya berikan. Semoga beroleh ketenangan...semoga juga tenang menghadapi dugaan dan menempuh peperiksaan. Ku doakan kejayaan anda :)
Saya tak mampu membawa cik akak di alam nyata utk bersantai. Semoga N3 ini memberi percutian hati dan minda buat seketika di dunia blogging ini. Thx cik akak...:)
Terima kasih PerenLee...selamat menikmati cuti di hujung minggu, semoga anda tenang dan ceria sentiasa :)
Memang menarik...Vee berani ke? hehe
Terima kasih bercuti seketika di sini...
Pasti best berada di buai...tinggi diatas sambil menikmati keindahan suasana alam semulajadi. Nyaman dan damai sekali...
Terima kasih baby comel...selamat berhujung minggu :)
ooohhhh sentimental semuanya gambar2 ini....tenang jah fikiran selepas sehari suntuk memenatkan diri. Thanks for sharing BM.
P/S: BM tolong tengokkan dari link BM whether blog saya masih ada error dkt feedburner. Thank you.
Tenang...je bila blogwalking di sini... hebat sungguh blog ini :) nampak RM dalam akaun nuffnang sy. Nak jugalah duduk dlm bloglist RM http://www.ieta-myblog.blogspot.com
Thx MG...Selamat berhujung minggu buat anda, semoga ceria sentiasa :)
p/s: sor far...still error :(
Blog ieta sudah lama berada di bloglist saya. Anda boleh lihat di My Bloglist di bawah header tu...:)
Blog saya belum cukup hebat. Follower pun xramai. Blog ieta lebih hebat! :)
Terima kasih diatas kesudian berkunjung. Support dr anda amat2 saya perlu dan hargai.
assalam,
santapam mata untuk ketenangan jiwa dan fikiran..
Subhanallah.. teringin nak pgi tmpt2 cm tuu...
Waalaikumsalam Bunda,
Semoga hujung minggu bunda ceria dan mendamaikan. Gembira bersama keluarga tercinta
Hanya dlm gambar yg mampu saya bawa anda... untuk santapan mata dan minda. Terima kasih aisya...selamat menikmati hujung minggu bersama keluarga :)
selamat berhujung minggu..SA lebih selesa menghabiskan masa bersama2 keluarga di kampung...almost every week balik kg...
Saya tengah bayangkan saya berada di atas pokok pada gambar 2 terakhir tu..sambil update blog..beep rupanya takda coverage..hehe
Assalam..slmat bhujung mggu utk smua..hrap hujung mggu mcm ni dpat relakskn minda anda semua :) ksmpulan dia..dtg la ramai2 mlwat trgganu..he3..slmat bhjung mggu broBM skluarga..
Dapat balik kg setiap minggu Wow! Bestnya :)
Selamat menikmati hujung minggu yg ceria disamping keluarga!
Percutian mane boleh buat apa2 termasuklah update blog...hehe
Hanya nikmati kedamaian dan ketenangan bersama alam semulajadi
Waalaikumsalam FAis,
Jauh nak gi trenganu...tapi negeri yg menarik utk bercuti!
Nanti cuti panjanglah...Terima kasih dan Slmt relaks2 di hujung minggu :D
Thanks BM...saya dah recreate feed; tak taulah kalau dah ok.
The last three gambar memang cantik..ohsem and so cool..have a good weekend nway..even dah habis..
Hmmm...masih xupdate lagilah MG. Mungkin N3 tu yg problem kot, stuck kat situ je
Tanks...have a good weeked 2 you too :)
Alamak...tak pa nanti saya cari solution lagi....nak cari orang tolong tengokkan.
Saya delete terus post tersebut. Kita tengok macam mana nanti ya,
wah..mmg menenangkan minda
Masih tak OK...Maaf MG, tak dapat nak tolong...xcukup lagi ilmu.
Kena cari seseorang yg pakar ye...
Thanks Izan...selamat kembali dari percutian :)
memang pic2 mendamaikan yg terbaik !
Terasa pergi bercuti seketika pulak bila tengok gambar2 BM ni. Biasanya zaman skrg ni kalau bercuti, melangut kat bilik hotel.
gambar2 nie memang mendamaikan lah...sayu hati dan tenang seolah2 ada kat situ , kalau mselim3 kat tpt tu mselim3 rasa x nak balik aje,,,,bestnyer...
mselim3
Memang best kalau dapat bercuti kat chalet tengah laut tu....mesti tenang je
Thanks KA...sempat juga singgah bercuti di sini :)
Lain kali jangan cari bilik hotel yg canggih...barulah asyik nak keluar jer...hehe
Thx Zana
Ini maknanya dah lama tak pergi bercuti...sesekali luangkanlah masa bercuti, menikmati keindahan alam semulajadi :)
Cuti sekolah nanti ajak Arjuna gi chalet tengah laut pula ye...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”