Kitar Semula - Demi Masa Depan Generasi Akan Datang: Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Sudah lama rasanya tidak menerbitkan entri kreativiti kitar semula. Masih ada lagi yang berminat?
Janganlah begitu... tanamkanlah minat anda dengan aktiviti kitar semula ini. Ianya bukan sahaja untuk kebaikan dan keuntungan diri sendiri, malah untuk semua makhluk sejagat dan demi masa depan generasi akan datang.
Kitar Semula Demi Masa Depan
Sumbangan kecil anda memberi impak yang sangat besar. Sehelai kertas yang anda kitar semula menyelamatkan sumbernya iaitu sebatang pokok.

Fikirkan juga nasib generasi akan datang...anak cucu kita. Sempatkah mereka menikmati apa yang kita nikmati hari ini.
Hutan yang menghijau. Laut dan langit yang membiru. Sungai yang mengalir jernih. Tasik yang damaikan. Udara yang segar dan nyaman. Sedangkan kita di timpa bencana jerebu seketika pun sudah tidak selesa dan menderita.
Hutan yang menghijau. Laut dan langit yang membiru. Sungai yang mengalir jernih. Tasik yang damaikan. Udara yang segar dan nyaman. Sedangkan kita di timpa bencana jerebu seketika pun sudah tidak selesa dan menderita.
Kaedah kitar semula boleh kita lakukan dengan 3 cara iaitu Reuse, Reduce & Recycle... anda boleh ikutinya di SINI tapi sebelum itu anda harus kenal apa itu kitar semula dan anda boleh memahaminya di SINI.
Idea Kreatif Kitar Semula
Melalui entri ini, saya hanya ingin fokuskan kepada anda tentang kreativiti kitar semula. Hasil idea kreatif yang mengunakan bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu yang berguna dan bernilai.
Anda saksikan sendiri daya kreativiti ini dan anda juga boleh cuba hasil kreativiti kitar semula ini jika anda berminat atau ianya dapat memberi ilham buat anda. Jom! kita kitar semula...
.jpg)
Tayar terbuang boleh di jadikan pokok hiasan di taman mahu pun halaman anda. Tahan lama dan menarik hasilnya.
.jpg)
Satu lagi cara menggunakan tayar terbuang untuk dijadikan pasu yang amat unik dan kreatif sekali. Kreativiti kitar semula yang sungguh menarik!
.jpg)
Pintu kayu anda sudah buruk? Mahu diganti dengan yang baru... Yang lama jangan di buang, jadikan ia meja pelbagai guna di stor atau di garaj anda. Jimat belanja anda untuk sebuah kabinet baru.
.jpg)
.jpg)
Daun tingkap lama di kampung yang sudah tidak digunakan lagi juga boleh digunakan semula untuk dijadikan sesuatu yang unik dan menarik. Pasti ianya menggoda setiap mata yang memandang.
.jpg)
Basikal tua...sudah tidak boleh digunakan lagi. Terbiar lapuk menanti masa untuk mereput. Hendak di jual sayang...nak disimpan tak tahu nak letak mana.
Gunakan idea kreatif ini... Sesiapa saja pasti menoleh, tertawan dengan kreativiti anda. Idea kitar semula yang sungguh mempersonakan.
.jpg)
Papan skate board yang sudah usang tapi masih kukuh. Tidak lagi mampu meluncur...tapi ianya masih boleh dijadikan buaian anggun untuk anak anda.
.jpg)
Ini adalah hasil kreativiti kitar semula yang sungguh tinggi nilai seni dan artistiknya. Jika anda mampu membuatnya...pasti terpegun setiap mata yang memandang.
.jpg)
Kerusi ini hanya untuk kanak-kanak. Ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Sesuai untuk aktiviti di sekolah dalam membudayakan kitar semula kepada kanak-kanak.
.jpg)
Kitar semula bekas gelung kertas menjadi hiasan dinding yang anggun bergaya. Boleh di jual hasilnya. Bertambah menarik jika di buat dengan bingkai. Kreativiti kitar semula yang mudah, murah tapi cantik dan bernilai hasilnya.
.jpg)
Rak bergaya ini pasti menyerikan dinding anda. Mudah sekali membuatnya. Hanya potong dan gantung.di dinding.
Kitar Semula Keuntungan Bersama
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah... Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Pallet Kayu Terbuang
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
- Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam
Admin...
47 comments - "Kitar Semula - Demi Masa Depan Generasi Akan Datang"
he3..ambe mmg mnat la entru kreativiti ni..sbb diorg mmg kreatif dn leh jd sumber insipirasi..rekaan yg dibuat pn mmg smart
Sy la yg minat..tp tak buat pun lagi.. pokok pisang dari tayar tu sy suka..
kitar semula.. fikir dulu sebelum buang.. cantik juga hasil kreativiti tu.. teringat di floria putrajaya yang lalu serangga yang diperbuat dari botol dan tin minuman dihasilkan.. memang kreatif..
Cantik sekali kretivitasnya.......
Salam wisata
bicycle and kerusi tu top in my list..bertuahlah dia orang ni jadi kreatif kan BM...boleh Save RM banyak ni....
Terima kasih Fais, harap tidak sekadar inspirasi...tapi cubalah juga ye, mana yang mudah tu la... :)
Ye ke...Ni yang sayang sangat kat Mieza...hehe, nasib baik dah kahwin...sekadar lafaz dimulut sajalah tp bukan dihati :)
Floria kali ini banyak penggunaan bahan terbuang dalam gubahan dan rekaan hiasan...satu inisiatif yang bagus dalam mengetengahkan bahan terbuang utk di kitar semula. Semoga ianya dapat memberi inspirasi.
Betul tu...bukan sekadar jimat, tapi hasilnya juga cukup menarik dan mempersonakan. Ada juga yang boleh dijual.
kita ni memang mudah kalau nak buang je kan...kalau nak membeli baru pula kemain payah...eloklah kitar semula..jimat pun jimat,cantik pun cantik juga...
kreatif.. tapi mama tak sekreatif itu.. :(
Lepas kenduri semalam, mata pun sudah kenyang, kita jamu mata pulak cari idea nak buat sesuatu yg unik dan kreatif! hehe
klau orang kreatif buat apa pon kreatif
kita semula mmg terbaiklah... selamat berpuasa juga ye , moga amalan2 kita kan diterima oleh Allah swt
sungguh menarik dan cantik sekali
Tempat letak surat tu kan BM buat kakak terkenang rumah arwah atok kakak dulu ada macam ini. Bila fikir balik macam sayang sebab dulu masa buka rumahnya kami bakar baki kayu setelah dipilih pihak yg hendak membeli.
Basikal bapak kakak pun kami letak kat stor sampai berkarat tak gunakan.
Betul tu Ummi...kalau semua dibuang, makin bertimbunlah sampah...
Kesian generasi akan datang...
Jika tak kreatif, kita kumpul dan jual di tempat kitar semula, itu pun sumbangan yang besar dan dpt pulangan lagi...Boleh kan :)
Asyik menjamu mata dgn keindahan alam dan makanan, kini kita jamu dgn idea kreatif...semoga adalah yg boleh dijadikan inspirasi utk kitar semula. :)
Btul tu Acik...Acik pun kreatif juga kan... :)
Terima kasih KA, Insyaallah...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna...
Bolehlah cuba...kalau tidak pun dptlah memberi ilham buat anda.
Betul akak...kadang kita tidak terfikir yang sesuatu benda itu boleh di kitar semula. Semoga setiap entri kreativiti kitar semula ini dapat memberi ilham agar kita tidak membazir...
kalau dah kreatif barang yang terbuang pun jadi barang baru yg tak pernah terduga pun..
Assalammualaikum ...BM,
Kreatif tahap terbaik lah diaorang nie kan... semua benda boleh recycle...Terbaik... moga2 usaha murni nie dapat mengurangkan pencemaran...
mselim3
Creative nya!! Duit pun jimat, tak memberikan kesan kpd alam sekitar juga.
Dulu time skola slalu join program kitar semula, tp dah besar2 ni jarang dah....
Benar sekali bunda, semoga entri2 berkaitan dapat memberi contoh dan idea untuk kita menggunakan semula bahan terbuang.
Waalaikumsalam mselim3,
Begitulah hendaknya...Jika ada kesedaran, insyaallah akan terpeliharah alam, kuranglah pencemaran
Kini masa kita untuk memupuk minat pada yang kecil2 pula, berilah semangat dan tunjuk ajar agar ianya menjadi rutin kebiasaan mereka.
Terima kasih di atas kunjungannya ya..
kreatif betul diorang nie..suka part yang dalam bilik air tu..unik semuanya
Kreativiti mereka anugerah Ilahi untuk kita semua aplikasikannya. Semoga kitar semula menjadi amalan biasa buat kita semua.
Terima kasih Siti...
akak suka basikal lama tu...skate board tu pun kreatif jugak...kalau tak tgk..tak terpikir pulak barang2 lama boleh diguna dgn cara lain..
Tabiklah pada mereka yang kretif ni. Cantik lah pulak padahal kalau dok tepi jalan tu org pandang pun tidak.
betul tu.. semoga program sebegitu memberi inspirasi terutamanya kepada golongan remaja perihal pentingnya kitar semula..
Memang kita tidak terfikir. Pd pandangan kita semua adalah bahan yg tidak berguna. Semoga ada yg mengitar semula selepas terlihat entri ini... :)
Benar JunAina, semoga persepsi kita berubah dan mula mengambil berat tentang kitar semula.
TQ ye...
Seronok bila ada yg menyokong...terima kasih Aiza, semoga kitar semula menjadi budaya hidup masyarakat kita.
wah...kreatif!
ske tengok kerusi tu..unik n pelik
x sangka badan botol pun blh dibuat letak brg..mmg kagum dgn cara diorang recycle brg
Jimat, cantik dan murahkan. Tapi tong kitar semula tu, dah jarang jumpa.
sangat kreatif
Idea kreatif kitar semula...jika berminat, bolehlah cuba :)
Tong tu ramai yang tak tau guna, main sumbat aje. Itulah masalahnya, dah xbyk tempat yg sanggup sediakan.
Terima kasih liana, cuba2lah...
terbaik....daripada terbuang mcm tu je...elok juga ditransformasikan jadi sesuatu yg baru....
Ya..itulah namanya kitar semula. Mengurangkan barang terbuang. Jimat dan menjaga alam sekitar.
no 7 tu yang menarik hati..memang kreatif dorang ni membuatnya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”