Majlis Jamuan Doa Selamat Menyambut Ramadhan: Assalamualaikum... Selamat kembali ke rutin harian setelah menempuh hari minggu yang indah dan bahagia disamping insan-insan tersayang.

Mungkin hari minggu anda juga penuh dengan majlis sama ada majlis perkahwinan, tahlil, doa selamat, bertunang, aqiqah dan sebagainya. Maklumlah minggu ini minggu terakhir sebelum Ramadhan bermula. (gambar - nasi ambeng)

Majlis Jamuan
Nasi Ambeng
Mungkin ada juga yang sibuk membeli belah membeli persiapan untuk Ramadhan dan Hari Raya. Maklumlah ada yang tidak mahu menunggu saat akhir untuk menyediakan kelengkapan. 

Di dalam blog pun apa kurangnya...ramai yang mengeluarkan entri berkaitan Ramadhan. Saya juga tidak ingin ketinggalan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap mahu pun mengguris hati melalui entri atau komen. Maklumlah...dalam hati siapalah yang tahu, apatah lagi  langsung tidak pernah bersua. 

Jangan risau pula...anda semua tiada salah apa pun dengan saya, malah kehadiran dan komen  anda amat menggembirakan dan amat saya hargai. Kosong...kosong ye...

Semoga menjelang Ramadhan kali ini kita dalam keadaan yang bersih, tenang dan bersedia untuk mengharungi bulan yang mulia ini.

Sama-samalah kita ucapkan syukur dan berdoa kehadrat Ilahi semoga dunia blogger ini menjadi satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim dan berkongsi ilmu serta perkara yang baik untuk manfaat dan kebaikan bersama. 

Mari kita sama-sama berdoa agar apa yang kita kongsikan dan sampaikan ini membawa kepada kebaikan, memberi ilmu yang berguna dan menjadi amal jariah berpanjangan untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Mulakan dengan Al-Fatihah
al-fatihah
Ya..Allah ya tuhan ku, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Ya..Allah ya.. tuhan ku Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, Kami bermohon ampun kepada mu ya Allah. 

Ampunlah dosa kami, ibu bapa kami, isteri/suami kami, ibu bapa mertua kami, anak-anak kami, datuk dan nenek, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat dan teman, jiran-jiran, guru-guru kami dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.

Ya Allah ya... tuhanku Yang Maha Pemurah... kau murahkanlah rezeki kami, panjangkan umur kami, berilah kesihatan yang berpanjangan dan lindungkanlah hidup kami sekeluarga dari segala mala petaka dan godaan yang menyesatkan di akhir zaman ini. 

Sesungguhnya kami terlalu lemah, hanya pada mu tempat kami bermohon dan bergantung harap...Ya Allah ya tuhan ku.

Berilah kami ilmu pengetahuan dan berkatilah hidup kami. Berilah petunjuk dan pandulah kami dalam menulis di blog ini agar segala yang di kongsikan dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna buat sesiapa sahaja yang membacanya. Jauhkankan kami dari perkara-perkara mungkar dan penipuan yang ingin menyesatkan di dunia maya ini.

Semoga kami beroleh kejayaan dan keberkatan hasil dari usaha kami dalam penulisan di blog dan media sosial yang lain.  Peliharalah kami dari sifat sombong, ego dan bongkak.  

Semoga ikatan silaturrahim yang kami jalinkan sesama blogger dan pembaca akan kekal berkekalan dan mendapat rahmat darimu...Ya Allah.

Ya Allah ya tuhan kami Yang Maha Agung...Kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Peliharalah kami dari azab api neraka. Dan...Ya Allah, kau limpahkanlah rahmat keatas junjungan nabi kami, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanyalah untukmu, Allah SWT, tuhan sekelian alam. Amiin... ya rabbal alamin...

Terima kasih kerana sudi berdoa bersama saya... Kini jamulah santapan ini buat mencuci pandangan mata anda. Bulan Ramadhan nanti dah tak boleh nak publish gambar-gambar makanan.... nanti terliur pulak. Selamat menjamu selera mata anda...

majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan
majlis jamuan

Sebelum anda bergerak meninggalkan blog ini... Saya kongsikan pantun istimewa hasil nukilan rakan saya El-Ilmi, semoga anda terhibur dan ambillah iktibar darinya.

pantun ramadhan

Terima kasih kerana sudi datang ke Majlis kenduri dan Doa Selamat sempena Menyambut Ramadhan di Relaks Minda... Salam Ramadhan Al Mubarak =)

Admin...

61 comments - "Majlis Jamuan Doa Selamat Menyambut Ramadhan"

sekarang bila ada kenduri,susah nak cari makan pakai dulang...

mselim3 delete icon 11:29 PG

Assalammualaikum....BM,

buat tatapan...buat bekal syurga nan indah...insaallah...sama2 kita mencari pahala lebih, bukan sahaja di bulan ramadan ini tapi utk bulan2 yang lain2 nyer...

mselim3

pls: BM buat majlis doa selamat menyambut ramadan.. moga diperluaskan rezeki buat BM...k

miss yatie delete icon 11:35 PG

aamiin...ya rabbal alamiin..

time ni belum berasa berkenanlah BM, tak tau lah nanti tim puasa hihiihih..lagipun KY bukan pengemar coklat ...tapi dah org nak bagi KY ambil je lah haaaa

Selamat berpuasa BM dan keluarga

OKje delete icon 11:49 PG

hehe...
Erkkk..... walaupun hanya mata yang kenyang... sedih mak! hehe
Samalah jugak OKje BM, maafkan hamba seandainya ada tersalah dan terkasar bahasa yeh!

PCL delete icon 12:02 PTG

semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelumnya, terima kasih menjamu minda saya. salam kemaafan juga dari PCL.

Amin ya robbal 'alamin.. Ok dah kenduri di sini. Jadilah jamu mata kakak pun dah tak puasa isnin/khamis selepas Nisfu syaaban hari itu.

Kakak ingatkan tadi rumah BM kenduri masak nasi ambeng:)

Huhuhu..selamat menyambur Ramadan. Suka pantunnya. Terbaik.

Unknown delete icon 12:20 PTG

best pantun...

BinMuhammad delete icon 12:22 PTG

Di kampung saya masih lagi kenduri pakai dulang...nasi ambeng :)

BinMuhammad delete icon 12:24 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Betul tu, jadikan bulan ramadhan ini transformasi untuk menjadikan amalan itu berterusan di bulan2 seterusnya.

p/s: untuk keberkatan kita bersama sebagai blogger.

BinMuhammad delete icon 12:26 PTG

Selamat menyambut ramadhan juga buat KY... Ambillah, silakan! silakan! :)

BinMuhammad delete icon 12:28 PTG

Hanya itu yang termampu, yg penting ianya ikhlas dari saya. Jgn marah ye...OKjer, nak minta maaf juga ni. OKjer terlalu baik, tiada salah apa pun...

BinMuhammad delete icon 12:29 PTG

Insyaallah...semoga semua blogger beroleh keberkatan di bulan yg mulia ini. Tiada salah PCL pd saya...Maafkan saya juga.

BinMuhammad delete icon 12:31 PTG

Kenduri nasi ambeng dah dibuat di kampung tiga minggu sudah. Ada gambar saje buat tatapan. Selamat menyambut Ramadhan kakzakie, maaf jika ada salah silap ye.

BinMuhammad delete icon 12:32 PTG

Salam ramadhan juga cikgu...Minta maaf salah dan silap.

BinMuhammad delete icon 12:32 PTG

Terima kasih liana, selamat menyambut ramadhan :)

kenyang jamu mata kat sini hehe...
mertua akak buat kenduri sambut posa jumaat lps...

salam ramadhan juga.. sungguh sedap nasi ambang tu.. hihi

Teena Tna delete icon 1:13 PTG

Oh, yg kt atas tu nasi ambang ke, minggu lepas mak sy dah shopping baju, harapnya bulan puasa nnt takde beli byk2 lagi..

Unknown delete icon 1:49 PTG

Bestnya pantun..penuh makna..sama la BM, mohon maaf kiranya ada tersalah kata. Selamat berpuasa..

Blog Santai delete icon 1:52 PTG

wah banyaknya coklat BM....kita tgh diet coklat sekarang...dah banyak sgt makan coz last few weeks ada promotion hebat cadburry. Nway kita pun nak ucapkan salam Ramadhan untuk Bm dan semua pembaca Blog ni..semoga keberkatan Ramadhan akan menjadi milik semua...

Tanpa Nama delete icon 3:31 PTG

semuanyer sedap lazat ni BM... perlahan2 dah kena kurangkan ni menjelang puasa nanti ! hehehe

Unknown delete icon 3:42 PTG

Salam Ramadahan juga buat BM..minta maaf juga kalau ada salah dan silap..

Selamat menyambut ramadhan yer Bin.. :)

BinMuhammad delete icon 4:36 PTG

Terima kasih krn sudi satang kesini...Jamulah apa yg ade ye :)
Hari minggu td memang penuh dgn jemputan kenduri...murah rezeki.

BinMuhammad delete icon 4:37 PTG

Salam ramadhan juga buat anda, maaf jika ada salah dan silap ye, terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 4:45 PTG

Itulah nasi abang yg sebenar, kat kampung masih buat lagi.
Eloklah beli awal nanti takdelah kelam kabut sgt. Letih masa puasa nak shopping :)

BinMuhammad delete icon 4:46 PTG

Memang best pantun tu :)
Meiza xde salah apa pun, saya yg byk bergurau...maaf kalau ada salah silap atau terasa ye...

BinMuhammad delete icon 4:48 PTG

Oh...dah puas rupanya. Tak pe...kali ni jamu mata ye.
Salam ramadhan juga dan maaf kalau ada salah silap atau terguris hati ye.

BinMuhammad delete icon 4:50 PTG

Dah puas KA...lepas ni kita tumpu perhatian pd ibadatlah pula. Salam ramadhan, ampun maaf salah silap dan jika ada terguris hati ye

BinMuhammad delete icon 4:51 PTG

Ya mamarey, salam ramadhan juga buat mama, tiada salah mama pd saya, beitu uga saya...maaf jika ada terlanjur kata ye.

BinMuhammad delete icon 4:52 PTG

Terima kasih Zaza, salam ramadhan jua untuk anda :)

BinMuhammad delete icon 7:08 PTG

Tiada istilah lambat dalam bloging...asalkan selamat sampai, amat saya hargai :)
Salam ramadhan, ampun maaf salah dan silap mahupun terlanjur kata ye

Thanks for sharing...byk info..tp x leh tahan tgok all the desserts...bestnyaaa...

Unknown delete icon 9:06 PTG

selamat menyambut ramadhan...semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 sudah...maaf juga andai ada salah silap kepada tuan admin blog...hehehe maklumlah baru berkesempatan utk balas kunjungan....

BinMuhammad delete icon 9:09 PTG

Jemputlah...jangan segan2. Terima kasih krn sudi datang :)

BinMuhammad delete icon 9:11 PTG

Eh..xde salah apa pun, terima kasih kerana sudi datang. Selamat menyambut ramadhan juga...semoga sama2lah kita menjadi lebih baik, insyaallah

semoga Ramadan yang bakal menghampiri kita ini diserikan dengan juadah-juadah minda yang lebih berkhasiat dan bermanfaat utk tubuh badan dan minda supaya kekal afiat, jadikan ramadan bulan inspirasi utk terus menghantar entri yang menenangkan hati...:)- selamat meraikan ramadan BM, Mohon maaf jika tak semua kunjungan BM ke blog saya tidak sempat berbalas.

Usy@M^^ delete icon 9:57 PTG

Selamat menyambut Ramadhan.. Kat masjid mkn cara guna dulang (Nasi ambeng) masih dgunakan. Salah satu cr mengeratkan perhubungan sesama jemaah..

jie susanos delete icon 10:30 PTG

salam ramadan..

ANIM delete icon 10:56 PTG

salam Ramadan. Esok malam kita dah mula berterawih. Rindunya nasi ambeng..telan air liur saja.

P/S Terimakasih berkongsi doa. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

BinMuhammad delete icon 11:32 PTG

Insyaallah...Salam ramadhan buat anda, semoga ramadhan ini menjadi yg terbaik buat kita.

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Ya...tradisi dan sunnah yang patut diteruskan. Salam ramadhan jua untuk anda :)

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Salam ramadhan untuk anda juga... Esok berterawihlah kita :)

BinMuhammad delete icon 11:39 PTG

Ya...esok malam sudah bermula terawih, tak muat surau (diawal ramadhan selalunya). Oh ye...kat Utara xde nasi ambeng...akak buatlah :)

Semoga segalanya lebih baik di Ramadhan kali ini, insyaallah...

nasi ambeng , bestnye ,sedap kt johor selalu buat cm gini

Mizz Aiza delete icon 12:17 PG

salam ramadhan al-mubarak.. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas..

salam ramadhan bro BM~ :) nnti raya nak kutip duit raya kat sini.. hehehexD

santapan mata yang yummy..ngee..suka coklat~

Nasi ambeng, kebanggaan kaum jawa. Memupuk semangat kerjasama dan saling bertimbang rasa, mengeratkan siturrahim. Rezeki setalam dikongsi bersama...

Salam Ramadhan buat anda juga... :)

Fais-SKA delete icon 2:09 PG

Amin Ya Rabbal Alamin =) salam ramadhan broBM..mnta maaf kalau ada bt slh dn silap

Unknown delete icon 7:19 PG

Amin...burpp, kenyang dah ni jamu mata.
BM, akak rindu nak makan dlm dulang. Sekarang tak pernah merasa. Masa kat Johor dulu2 selalu ada aktiviti mcm ni, mkn sedulang.

Salam Ramadhan BM, moga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kita.

Salam ramadhan juga buat anda Fais, Mu xde salah ape2 pun dgn saya, mungkin saya yg byk mengguris hati...maafkan ambe ye.

Terima kasih krn sudi datang ye. Kat kampung aje dpt merasa makan sedulang ni, kat bandar ni semuanya buffet... hu3

Insyaallah...Salam ramadhan jua buat Zana sekeluarga :)

OKje delete icon 9:47 PG

hehe...BM kita ni tak habis habis mintak maaf, esok awak, lusa, OKje pulak....bilalah nak habis kalau cengini hehe

Tanpa Nama delete icon 10:31 PG

done minum coke nuffng 2x yer hehehe

BinMuhammad delete icon 11:07 PG

Iyelah...laki bini pun tak macam ni...kihkihkih
Tapi takde salahnya...maafkan saya ye :D

BinMuhammad delete icon 11:07 PG

Terima kasih KA, semoga hilang dahaga :)

Bunda_nora delete icon 11:40 PG

Bunda suka nasi ambang, thn lps gi beli kt psr ramadhan, sebungkus rm5, nasinyer cinonet, ayam msk kicapnyer tak salah yg ada sama dijual digerai tu di tarohnyer, suun 2 3 hlai, mee xder lagsung...rasa mcm kene tipu jer..ralat sgt..

BinMuhammad delete icon 2:42 PTG

Kesiannya Bunda...Peniaga ni memang fikirkan untung saja tapi mereka tidak sedar perbuatan mereka sebenarnya merugikan.
Makan kenduri nasi ambang juga yang puas...Jomlah ke kampung saya :)

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Insyaallah...ada rezekinya nanti. Jemput datang ye.

Salam ramadhan buat anda juga =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap