Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam: Kini kembali kepada entri wajib menjadi niche penting di Relaks Minda iaitu kreativiti bahan terbuang atau kitar semula. 

Sudah pelbagai hasil kreatif yang di siarkan. Memberikan anda cara mengolah dan idea untuk menggunakan bahan terbuang ini menjadi satu benda lain yang boleh dimanfaatkan kegunaannya. 

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Terima kasih buat anda yang sudi menggunakan idea yang diberikan. Sumbangan anda walaupun kecil tapi ianya amat besar dalam memelihara alam sekitar dan kesinambungan kehidupan yang lebih baik untuk generasi dimasa hadapan.

Kemusnahan Alam Semulajadi

Ketahuilah...untuk menghasilkan sehelai kertas pun sudah tentu sebatang pokok akan menjadi mangsa.

Setiap bahan buangan pasti memerlukan ruang untuk di lupuskan. Setiap barangan baru yang di hasilkan pula memerlukan sumber yang sudah pasti datang dari alam semulajadi.

Setiap kali proses pelupusan dan pembuatan baru dilakukan pasti akan memusnahkan alam semulajadi dan menghasilkan bahan tercemar yang sudah semestinya mencemar alam sekitar.

Dunia semakin sesak dengan manusia, permintaan semakin bertambah, pembangunan pula tiada hentinya. Apakah sumbangan kita untuk melambatkan bumi ini dari musnah oleh kerakusan dan keperluan kehidupan manusia? 

Sumbangan Anda Kepada Generasi Hadapan

Bukanlah memaksa anda untuk melakukan kreativiti ini tapi ianya hanyalah gambaran bahawa setiap sesuatu yang terbuang itu ada gunanya. 

Jika anda tidak berminat atau sukar melakukannya, cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengumpul bahan terbuang ini. Kumpulkan ia mengikut kategori seperti kertas, plastik, kaca, pakaian, besi, perkakas elektrik dan kayu.

Setelah anda rasa ianya menyemakkan ruang di rumah anda, juallah ia ditempat kitar semula atau tempat pengumpulan barangan terbuang. Kadang kala mereka sendiri selalu meronda untuk mencari bahan-bahan ini. 

Nah! bukankah ianya membawa keuntungan kepada anda...pulangan walaupun sedikit, namun ingatlah sumbangan anda kepada alam dan generasi akan datang amat besar sekali!

Idea Kreatif Kitar Semula

Jika anda berminat untuk melakukan kreativiti kitar semula ini, anda boleh cuba beberapa idea menarik ini. Mungkin juga ianya memberi ilham dan membuka minda anda untuk menggunakan bahan terbuang... Jom kiita kitar semula!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Antara bahan yang banyak dibuang, gelung tisu ini boleh di jadikan bekas untuk peralatan 'stationary' anda. Cantik dan tidaklah peralatan ini bersepah merata-rata.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Selain berfungsi baik sebagai bahan penyerap bunyi terbaik, bekas telur ini juga anda boleh jadikan bunga hiasan yang sangat menarik dan mempersonakan. Pasti setiap tetamu anda terpikat dengan hasil kreatif anda dalam kreativiti kitar semula.

 Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam 
Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Jikalau Ikea menjual kerusi ini pasti ramai yang berebut membelinya, tapi anda pun sebenarnya boleh buat sendiri, Hanya kitar semula sebiji tayar terbuang!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Tablet anda tidak memerlukan pembalut yang mahal, hanya dengan kotak dan sehelai kain lebihan, anda boleh menghasilkan pembalut unik dan cantik untuk tablet anda. Idea kreatif kitar semula yang menarik sekali!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Istimewa untuk anak anda, tidak perlu berbelanja besar untuk sesuatu permainan untuk mereka tapi hasilnya pasti menggembirakan mereka.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Mahukan sesuatu yang unik dan menarik perhatian...Pallet terbuang boleh di jadikan perabot di ruang tamu anda. Bahan terbuang yang bernilai tinggi ini amat menarik dan menjadikan ruang tamu anda cukup eksklusif!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Mahukan lebih kreatif lagi...jadikan pallet terbuang ini sebagai rak almari pakaian anda. Kreativiti kitar semula tiada hadnya. Hanya memerlukan sedikit kemahiran dan kemahuan. Hasilnya pasti 
menggoda sesiapa sahaja yang memandang.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Lihatlah hasil kreatif dari balang kaca ini. Sedikit kemahiran dalam pendawaian elektrik dapat menghasilkan lampu hiasan yang sungguh menawan ini. Berguna dan bernilai sekali hasilnya.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bagaimana pula dengan hiasan dari sudu plastik ini, tidakkah ianya menarik?  Sekarang ini pasti banyak sudu ini digunakan di rumah terbuka, pakai dan buang...sungguh ianya satu pembaziran! Jika hasilnya ini berguna buat anda...cubalah.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Jangan ingat bahan buangan itu dari bekas dan peralatan sahaja. Kulit dari sumber makanan juga adalah bahan terbuang. Jika anda penggemar kacang pistachio, kitar semula kulitnya untuk dijadikan bunga hiasan yang eksklusif ini yang pasti menawan setiap mata yang memandang!

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Pelbagai idea untuk anda gunakan gelung kabel sebagai perabut yang menarik dan menawan. Kreativiti kitar semula yang sungguh tinggi nilainya.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bekas menarik dan istimewa ini hasil dari kreativiti bahan terbuang bekas plastik yang di kitar semula. Pelbagai kegunaannya apabila telah dijadikan bekas menarik ini.

Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam
Bagi yang rajin dan suka pada keunikan dan kelainan, bekas menarik dari tutup botol ini pasti menarik perhatian untuk anda cuba.

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Jom kitar semula bersama :
Admin...

39 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Melambatkan Kemusnahan Alam"

Salam BM..cantiknya..kreatif betui depa..

sitirohaida delete icon 11:36 PG

kalaulah saya sekreatif itu..mesti rumah saya cantik...

Blog Santai delete icon 12:28 PTG

Suka dengan gelung tisu tu..kalau BM tak bagitau, memang tak akan terfikir ia dibuat dari recycle stuff. untungnya jadi kreatif ni..apa yang disentuh semua jadi..hmmm

Tanpa Nama delete icon 12:43 PTG

kreatifnyer..tangan sape yang begitu unik sekali menghasilkan barang2 daripada bahan terbuang...terbaik..

Unknown delete icon 12:50 PTG

terima kasih..saya tertarik dgn blok ini, yang kebetulan saya adalah penaihat kelab PALS sekolah, entri anda menjadi sumber untuk saya buat projek sekolah..

BinMuhammad delete icon 1:09 PTG

Waalaikumsalam cikgu..kreativiti utk kesejahteraan hidup dimasa hadapan

BinMuhammad delete icon 1:10 PTG

Boleh sahaja kalau mencuba...tidak salahnya, ia kan bahan terbuang! Cubalah...

BinMuhammad delete icon 1:11 PTG

Mereka melakukan untuk kita meniru dan mendapat ilham darinya kerana ianya perkongsian untuk kebaikan bersama.

BinMuhammad delete icon 1:12 PTG

Kathy juga harus mencubanya... Mungkin tangan anda juga terbaik.
Jom kitar semula!

BinMuhammad delete icon 1:15 PTG

Semoga ramai yang mendapat manfaat darinya dan memberi kesedaran akan pentingnya kitar semula. Bagus jika dimulakan kesedaran ini dari sekolah.
Terima kasih dan sungguh berbesar hati jika entri ini dan yg berkaitan memberi manfaat buat anda...dan orang lain, itulah yg saya harapkan.

Unknown delete icon 1:23 PTG

Terbaek...suka tgk. Gud job.

Unknown delete icon 2:32 PTG

Sangat kreatif.. teruja nak mencubanya.. BM nak masuk bloglist anda boleh.. :D

Unknown delete icon 2:38 PTG

Dasyat..semuanya cantik dan kreatif..xpayah beli almari mahal2.. pakai kayu pallet je.. tp sdg mencari ruang utk buat perkara tersebut..gelung tisu pun terpaksa buang..

BinMuhammad delete icon 2:56 PTG

Janganlah tengok aje...cuba-cubalah, mana tahu bakat anda terserlah! Boleh juga memberi sumbangan kepada alam sekitar :) Thx Wan...

BinMuhammad delete icon 2:57 PTG

Terima kasih Kakizan...cubalah, mana tahu...hasilnya lebih menarik! :)

BinMuhammad delete icon 3:12 PTG

Janganlah dibuang...kumpullah dulu, rasa2 tak nak guna, boleh dijual, ada untungnya juga :)

Bekas letak telur tu kakak jual balik BM. Tapi kulit pistachios walau tiap minggu mesti sepeket kakak beli tapi memang buang. Tengok cantik bila dah jadi bunga, tapi rasa kakak tak terbuatlah macam tu.

Tanpa Nama delete icon 4:03 PTG

menariknyer & kreatif sungguh lah !

umiawadah delete icon 5:00 PTG

tang tayar tu tak leh tahan tengok...tak terfikir lah boleh buat cenggitu kan...

OKje delete icon 5:20 PTG

Boleh buat bisness ni kalau kreatif....modal murah!

Usy@M^^ delete icon 5:21 PTG

penggunaan bhn kitar semula yg sngt kreatif. Jimat wang utk membeli perabot.

BinMuhammad delete icon 6:43 PTG

Bekas telur tu jangan di buang, ia boleh jual balik...

BinMuhammad delete icon 6:43 PTG

Terima kasih KA...bila nak cuba? hehe

BinMuhammad delete icon 6:44 PTG

Itulah...kalau di jual di kedai perabot, mahal juge tu

BinMuhammad delete icon 6:45 PTG

Boleh saja bagi mereka yg mempunyai minat, kalau saya buat...agak2 ada tak pembelinya?

BinMuhammad delete icon 6:46 PTG

Sudah tentulah, salah satu matlamatnya adalah untuk berjimat, semoga ianya boleh membuka minda.

Zawiah delete icon 7:09 PTG

klu lah saya punya kerajinan ... dah tentu cantik umah ...

Unknown delete icon 7:21 PTG

wah..kreatifnye
bahan terbuang ni klo kreatif n rajin memang jana income yg tinggi
kita semua harus contohi mereka mcm ni
kan kan

Unknown delete icon 9:24 PTG

sarang telur dan palet kayu sangat kreatif..tak pernah terfikir pon untuk reka bagitu..thanks bro..boleh cuba buat nie..:D

BinMuhammad delete icon 9:31 PTG

Maka kenalah mulakan kerajinan itu...hehe

BinMuhammad delete icon 9:43 PTG

Kalau ada kemahuan dan minat, boleh sahaja. Tapi kalau tidak ada kemahiran...kalau dapat di kumpul dan di jual di tempat kitar semula pun cukup amat besar sumbangannya!

BinMuhammad delete icon 9:44 PTG

Seronok mendengarnya...jika anda berhasil, jgn lupa share :)

Mizz Aiza delete icon 10:22 PTG

kreatif betul.. tak pernah terfikir untuk gunakan tayar kereta tu sebagai kerusi yang empuk dan cantik macam tu.. sungguh menakjubkan..

bumi kita semakin nazak , kita kena jaga.. ini salah satu usaha penjagaan yang baik...cantik dan kreatif :)

Unknown delete icon 11:38 PTG

yg guna botol kaca buat lampu tu paling menarik... :)

gelung tisu tu akka selalunya jual sekali dgn paper lama hehe

Fais-SKA delete icon 8:41 PG

sy suka entri bro BM bab2 kreatif ni =) sgt2lah menarik..nnti boleh try bt

OKje delete icon 11:45 PG

Orang sekarang ni BM....apa yg tak beli ?semuanya beli hehe...

Unknown delete icon 1:42 PTG

kreatif betul dorang ni BM..semuanya menarik..cantik..
benda buruk pun boleh jadi cantik menarik..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap