Kini sudah masuk hari kedua..eksplorasi anda bersama saya diteruskan lagi. Ahad 22 Sept 13 Alhamdulillah... Cuaca amat baik sekali bagaikan merestui program yang dirancang pada hari itu. Seawal pagi lagi kanak-kanak sudah ramai berlegar-legar di padang dan perkarangan khemah.


Urusetia dan AJK program masih belum seorang pun lagi tiba. Aku cuba menghiburkan mereka dengan memasang lagu-lagu rancak untuk memecah kesunyian pagi. Mungkin masing-masing keletihan dan terpaksa pula tidur lewat malam tadi. Maklumlah, siap membakar lemang dan mengemas sahaja sudah pukul 12.00 malam.

Sambutan Hari Keluarga

Ketika ini jam sudah melewati pukul 8.00 pagi. Seorang demi seorang AJK bersama penduduk taman mula kelihatan datang memenuhi ruang di khemah dan padang. Kanak-kanak paling ramai dan sudah tidak sabar lagi kerana hari ini merupakan sambutan Hari Keluarga bagi penduduk Taman Rasa Indah di mana acara sukaneka akan diadakan.

Pelbagai acara sukaneka sudah diatur untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk kanak-kanak kerana setiap acara di bahagikan mengikut peringkat umur agar lebih adil. Beberapa acara terpaksa diadakan peringkat saringan kerana jumlah peserta yang ramai.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Kanak-kanak sudah tidak sabar untuk bersukan. Berbaris mendaftaran dan mendengar taklimat.  

Sukaneka Yang Ceria

Setelah selesai pendaftaran, tepat jam 8.45 pagi, acara pertama sukaneka di jalankan. Ianya adalah acara untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Kalau anda lihat gambar dibawah ini pasti ada yang tertanya-tanya... Acara apakah ini?

Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Buat apa tu dik??

Ini adalah acara mengambil gelang getah dengan menggunakan straw di mulut. Gelang getah pula di taburkan di atas rumput. Memang lucu melihat gelagat dan aksi kanak-kanak ini. Sampai meniarap di atas rumput. Siapa yang berjaya mengutip gelang getah terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan adalah pemenangnya.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
kesungguhan setiap peserta amat mengagumkan!

Acara kedua pula adalah acara untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Acara mudah buat mereka iaitu acara membawa bola pingpong dengan sudu di mulut. Melihat sikecil yang comel beraksi memang mengundang tawa. Memang kocoh jadinya... Sokongan dan arahan dari ibu bapa membuatkan mereka jadi tidak tentu arah. Sungguh menggembirakan!

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Ya!..Imbang dik..jangan sampai jatuh!

Gelak ketawa lebih mengundang lapar dan dahaga berbanding beraksi di acara sukaneka. Berhenti rehat seketika untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak bersama telur dan sambal ikan bilis menjadi santapan pemberi tenaga untuk aksi-aksi seterusnya. Secawan teh panas pula menghilangkan dahaga. Tak cukup...boleh tambah sebanyak mana yang termampu.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Sarapan yang berkhasiat. Masa untuk menambah tenaga... 

Acara seterusnya adalah acara mengisi air didalam botol menggunakan span. Ianya untuk kanak-kanak berusia 7~9 tahun. Disini anda dapat melihat bagaimana kepintaran kanak-kanak tersebut menggunakan akal fikiran dalam mencapai matlamat. 

Ada yang berlari pantas namun tidak fikir cara atau teknik yg betul semasa memerah span. Air lebih banyak terbuang dari masuk kedalam botol. Ada pula yang bergerak perlahan tapi bijak memerah span untuk mendapatkan jumlah air yang banyak masuk kedalam botol. Seperti yang di jangka...perlumbaan antara arnab dan kura-kura, akhirnya kura-kura yang menang.

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
 Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Bersukan dengan penuh semangat! Sampai ada yang basah kuyup kebasahan... 

Acara seterusnya ini memang mengundang tawa besar. Acara untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara berlari dalam guni. Sungguh menghiburkan apatah pula guni yang di sediakan tidak cukup besar, acara sepatutnya berlari menjadi aksi melompat pula! Apa lagi...ada yang jatuh tergolek lah! 

 Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Acara yang paling menghiburkan. Lompat! lompat! siapa cepat dia menang!

Acara diteruskan pula untuk peserta dewasa lelaki. Berjalan di atas batu bata. Setiap peserta dibekalkan dengan 3 biji batu bata dan mesti bergerak kedepan dengan dengan memijak batu bata yang di alih sendiri. Nampak seperti mudah tapi...teramatlah payah. Sampai ada yang sakit pinggang dibuatnya. Maklumlah... peserta lebih mengutamakan bina perut dari bersukan...hehe

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Yang pakai topi tu dapat juga nombor 3! ...hasil bantuan JIN, hahaha

Acara ini pula khas untuk peserta dewasa wanita. Acara boling buah kelapa. Memang mudah tapi anda bayangkanlah bentuk buah kelapa itu sendiri...membuatkan ianya menjadi terlalu sukar. Sebanyak tiga kali percubaan dibenarkan. Jumlah jatuhan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Baling kak! Jangan terlepas ke belakang sudah!...Jangan risau...tak de masuk longkang!

Acara yang sama teruskan tetapi kali ini terbuka kepada peserta dewasa lelaki dan wanita untuk bersaing bersama tetapi hanya satu balingan dibenarkan untuk setiap peserta. Jumlah jatuhan terbanyak adalah pemenangnya. Kalau dilihat pada aksi balingan...memang dasyat dan bergaya tapi hanya 4 orang sahaja yang berjaya menjatuhkan sekurang-kurangnya satu botol dengan satu balingan ini.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Gaya mesti ada! Seperti pemain boling profesional tapi.... hampeh! hehe 

Acara terakhir sukaneka adalah untuk kanak-kanak berusia 10~13 tahun iaitu acara menyepit kacang dengan kayu chopstick. Peserta yang berjaya mengumpul kacang terbanyak dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah pemenangnya. Pasti ramai yang kata, "Budak Cina mesti menang acara ini" 

Tapi hakikatnya, seorang pun budak Cina tidak tersenarai di antara 3 yang teratas! Ada ibu bapa yang geleng kepala apabila melihat anak mereka mampu dan cekap menggunakan chopstick dengan baik walaupun mereka tidak pernah sekali pun melihat mereka memegang chopstick!

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Cepat! Sepit kacang tu.... Masa dah tinggal beberapa saat lagi ni! Cepat!!

Penyampaian Hadiah

Selesai sudah acara sukaneka. Semua berkumpul di bawah khemah. Kini tiba masa untuk penyampaian hadiah. Sebelum itu sedikit ucapan dari Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk dan tetamu jemputan khas iaitu Tuan Haji Idris B. Ahmad, Ahli Majlis Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. 

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Tuan Hj Idris (berkopiah) menjadi jemputan khas pada hari itu

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Kusyuk mendengar atau kusyuk kerana keletihan atau pun kusyuk kerana lapar ni!

Tuan Haji Idris juga di beri penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap acara sukaneka. Setiap acara disediakan hadiah untuk tiga pemenang iaitu pertama, kedua dan ketiga. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya...jangan kecewa, cuba lagi di tahun hadapan ya!

Hari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah
Tahniah kepada pemenang! Menang kalah itu adat pertandingan. Yang penting semangat dan ceria!

Jamuan dan Bersurai

Selesailah sudah acara sambutan Hari Keluarga di Taman Rasa Indah. Sebagai penutup...semua di jemput menjamu selera. Hidangan disediakan oleh kaum ibu yang bergotong royong, bertungkus lumus memasak bersama menyediakan hidangan yang enak ini. Lemang bersama rendang ayam, nasi impit berkuah kacang, laksa, buah oren dan air sejuk manis menjadi makanan istimewa kami di tengahari itu.

Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Hari Keluarga Taman Rasa IndahHari Keluarga Taman Rasa Indah 
Apa lagi... Jemputlah makan! Sungguh sedap sehingga menjilat jari...

Kira-kira pukul 1.00 petang, tamatlah segala program. Syukur Alhamdulilah kerana segalanya telah berjalan seperti yang rancang, tiada masalah besar yang menjadi rintangan. Aktiviti terakhir yang dilakukan bersama-sama adalah aktiviti mengemas dan membersih. Semoga bertemu lagi di program yang sama ditahun hadapan ...Insyaallah

Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Anda semua memang hebat! Terima kasih..

Sebagai kenang-kenangan, sesi bergambar bersama orang-orang kuat di depan dan di belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan program selama 2 hari ini. Sekalung penghargaan dan tahniah buat anda semua yang berjaya menjalankan segala aktiviti dengan lancar, berjaya dan cemerlang! Yang paling penting, matlamat telah tercapai! Syabas di ucapkan!

Saling bersahabat membawa berkat,
Didalam taman bersatu komuniti,
Hidup bermasyarakat perlu muafakat,
Barulah aman penuh harmoni...

Admin...

65 comments - "Hari Keluarga Taman Rasa Indah"

Unknown delete icon 11:03 PG

Kalau saya ada, saya nak join semua acara sukaneka tu.. jadi budak2..hehe bestnya

Unknown delete icon 11:05 PG

Tercari-cari BM kat gambar paling bawah tu..pakai topi..ada ke?

Unknown delete icon 11:06 PG

Salam keterujaan dalam senyuman di hari Rabu yang syahdu :)



Keluarga masyarakat damai harmoni,
Saling merujuk berhubung radio;
Semoga berkat bagai tembuni,
Keliling sejuk bersambung embrio.

Unknown delete icon 11:07 PG

Ramai yang pakai topi tu Mieza... ^^,

Kekzamanis delete icon 11:19 PG

Seronok sesekali ada aktiviti macam ni kan? Barulah meriah hidup bermasyarakat.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Zawiah delete icon 11:20 PG

satu inisiatif yg sihat utk mengeratkan silaturrahim . kat sini pun aktif juga . sambutan hari raya menjadi sambutan tetpa setiap tahun ...

BinMuhammad delete icon 11:25 PG

Mana nak jumpa...yang sedang pegang kamera le...hehe

Aduhai BM... terkekeh-kekeh kakak ketawa sendiri membaca N3 ini sebab kakak membayangkan sukaneka itulah. BM mesti sakit pingganglah ye tapi berbaloi dapat tempat ke 3. Jin juga yg dapat nama hihi...

Tahniah buat seluruh penduduk Taman Rasa Indah.

BinMuhammad delete icon 11:26 PG

Paling best kalau dapat tengok Mieza masuk acara lari/lompat dalam guni tu... Hahaha...mesti kelakor!

Assalamualaikum. bestnya ada hari keluarga dalam taman perumahan! best best! aktiviti ni mengeratkan silaturahim sesama insan. kita sukaaaaa :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PG

Pantun indah sungguh mendalam ertinya...

Mencari rotan berurat tulen,
Pilihan hati paling bermutu,
Semoga ikatan erat terjalin,
Menjadi nadi hidup bersatu...

BinMuhammad delete icon 11:50 PG

Keseronokan yang tidak ternilai harganya...kemeriahan yang tidak dapat di jual beli.

BinMuhammad delete icon 11:53 PG

Tidak kira apa aktivitinya...jika berjaya di jalankan, sungguh seronok dan menjadi pemangkin keharmonian dan kemesraan sesama penduduk.

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Hahaha...Memang ceria dan gembira sepanjang acara sukaneka! Sakit pun berbaloi kak...hehe
Terima kasih ya.

BinMuhammad delete icon 11:56 PG

Waalaikumsalam...Menganjurkannya sungguh meletihkan tapi amat berbaloi apabila berjaya dan matlamat tercapai...

Khir Khalid delete icon 12:45 PTG

Permuafakatan yg beginilah yg patut ada di setiap kelompok komuniti kita kan.. baru hidup membawa berkat. Sungguh meriah lah saudara BM.. biar pun penat, tp sungguh berbaloi utk kebaikan jangka panjang semua tetangga. Tahniah ye :)

kanak2 paling seronok kalau ada acara mcm tu...bersatu membawa berkat..

JunAina delete icon 1:11 PTG

Hidup bermasyarakat part2 seperti inilah paling dinanti, acara2 yang mengeratkan silaturrahim. Ibu-bapa tumpang gembira tengok anak2 sertai sukaneka.

Penat rasanya. Pegang jawatan mesti laksanakan tugas. Kalau boleh gilir gilir pegang penggerak komuniti baru idea terus dikemas kini. Tahniah kepada penggerak. Pesanan jangan lupa bayar yuran agar rasa diri sayang akan komuniti yang amat indah terjalin kini.

Aimacomel delete icon 1:44 PTG

Banyaknya gambar.. wah, bestnya tengok main sukaneka ni

lama dah tak merasa kemeriahan family day ni...

ANIM delete icon 3:55 PTG

dapat bayangkan kehangatan dan riuh rendah waktu acara sukaneka berlangsung..
haha...jin tolong ya, tak aci!!

Tanpa Nama delete icon 4:16 PTG

wah meriahnyer !

Tanpa Nama delete icon 4:17 PTG

Done clik2 nuffnang dah !

Mizz Aiza delete icon 4:46 PTG

meriah betul aktiviti begini BM.. paling paling seronok semestinya kanak-kanak.. :D

Unknown delete icon 4:53 PTG

meriahnya!! lama dah tak join acara camni..:)

sitirohaida delete icon 4:58 PTG

meriah betul kan...masa nie lah boleh merapatkan hubungan dengan jiran2

I think yg jadi juruacara tu la BM. Dh zoom to the max kay! Haish. Lagi org tu nak sembunyi, lg kita duk.gali cari. Haha

I think yg jadi juruacara tu la BM. Dh zoom to the max kay! Haish. Lagi org tu nak sembunyi, lg kita duk.gali cari. Haha

BinMuhammad delete icon 5:11 PTG

Ops! No komen...

BinMuhammad delete icon 5:15 PTG

Memang hangat dan meriah! Topi akaklah yang memberi sumber kekuatan...hehe

BinMuhammad delete icon 5:17 PTG

Hang dah sign jadi Pengerusi seumur hidup! Tak boleh lari pi mana lagi dah...
Peminpin berwibawa tunjang kekuatan!

BinMuhammad delete icon 5:20 PTG

Betul tu...semoga ianya kekal berterusan. Perpaduan bukan mudah di jalinkan tanpa ada aktiviti pemangkin spt ini.

BinMuhammad delete icon 5:21 PTG

Seawal 7.00 pagi mereka sudah tidak sabar...berlegar2 di padang! Semangat sungguh!

BinMuhammad delete icon 5:23 PTG

Dalam gembira dan bersuka ria, matlamat utama adalah mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara penduduk. Semua ceria pada hari itu!

BinMuhammad delete icon 5:25 PTG

Kalau ikutkan nak letak lagi banyak tapi takut loading terlalu lambat...hehe

BinMuhammad delete icon 5:26 PTG

Anda perlu buat ni... Kemeriahan dan keseronokannya tiada ternilai!

BinMuhammad delete icon 5:26 PTG

Memang meriah KA dan terima kasih ya!

BinMuhammad delete icon 5:28 PTG

Ya! Kanak2 sungguh bersemangat sekali! Kemeriahan yang menjadi kenangan terindah...

BinMuhammad delete icon 5:30 PTG

Buatlah program, sesama teman sekerja atau famili...pasti dapat rasai kembali kemeriahan dan keseronokannya.

BinMuhammad delete icon 5:31 PTG

Aktiviti sebeginilah dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim...kalau tidak, masing2 sibuk dgn hal masing2 aje..

Unknown delete icon 5:42 PTG

bestnyer dok kat situ...majoriti melayu ker..

Unknown delete icon 7:07 PTG

wah beznye
ni part paling yumida suka...sukaneka
aktiviti yg bagus utk eratkan sesama jiran
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Unknown delete icon 7:42 PTG

wah seronok je bila tengok gambar nie...
Rasanya cam nak join juga...

klik nuffnang :)

wah.. meriahnya..

Unknown delete icon 9:25 PTG

wawa meriahnya BM. bersukan n makan2..mesti enjoy kan..tak sangka ya..dengan bantuan JINkah..yang pakai topi tu dapat no. 3 =)

BinMuhammad delete icon 9:27 PTG

Majoriti Melayu...selain cina dan india, ada bangla, indon dan nepal...hehe

Tanpa Nama delete icon 9:55 PTG

meriah sangat..dah lama tak join aktiviti sebegini...

mselim3 delete icon 11:20 PTG

Assalammualaikum,,,BM,

meriah sungguh hari keluarga nie.... bagus moga happy selalu dan disukai ramai... mselim3 pun tumpang suka dan gembira...

kakiblog delete icon 12:14 PG

meriah dan seronok mereka...panjang juga entri ini yang berserta dengan gambar yang menarik..

p/s : jangan lupa untuk singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]

BinMuhammad delete icon 12:33 PG

Aktiviti sebagai pemangkin utk ikatan perpaduan dan silaturrahim.
Terima kasih Yumida :)

BinMuhammad delete icon 12:34 PG

Memang seronok...rugi cik akak tak ade, hehe
Terima kasih ye :)

BinMuhammad delete icon 12:35 PG

Entri panjang sgt ye...tak pe. Memang meriah sekali!

BinMuhammad delete icon 12:37 PG

Hehe...Nak menang Kak Nah...
Kemeriahan di samping mengeratkan perpaduan.

BinMuhammad delete icon 12:38 PG

Itulah...sesekali buat program sebegini, memang seronok dan meriah sekali!

BinMuhammad delete icon 12:40 PG

Waalaikumsalam mselim3
Macam iklan pula mselim berbicara...hehe
Terima ksih, memang meriah dan gembira di hari tersebut, matlamat juga tercapai, alhamdulillah

BinMuhammad delete icon 12:42 PG

Sesekali...inipun dah pecah kepada 2 entri, hehe
Hari yang sungguh meriah dan gembira buat kami serta semua penduduk taman.

Unknown delete icon 8:09 PG

hahah..suka2..

Unknown delete icon 8:11 PG

mungkin org perempuan mmg begini..makin disembunyikan, makin nak tahu..hihi

Unknown delete icon 8:13 PG

Embun kilauan persada terang,
Berpuput titik menanti kering;
Pantun mu tuan tiada terkurang,
Disebut cantik berintisaring... ^^.

Unknown delete icon 8:17 PG

Embun kilauan persada terang,
Berpuput titik menanti kering;
Pantun mu tuan tiada terkurang,
Disebut cantik berintisaring... ^^.

Unknown delete icon 8:21 PG

Dah nampak BM..Pakai baju kelabu seluar hitam!! Haha

OKje delete icon 10:10 PG

Bukan mudah nak menjayakan aktiviti taman sampai 2 hari 2 malam tu...Memang patut pun AJK diberi penghargaan...Penat woo....kalah menerima menantu! hehe

Fais-SKA delete icon 11:00 PG

Aktiviti yg menarik =) meriah je..bkan sng nk jumpa taman @ kmpung bt aktiviti mcm ni..kalau ada pn mgkin aktiviti knduri je..bru la dpat tgok duduk berkumpul =)..tahniah utk orang2 kuat taman tu..

Seronok pula dapat tengok acara begini. Bukan senang nak berkumpul macam ni kan. Moga ikatan silaturahim antara kalian semakin erat.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap