Assalamualaikum... Selamat datang ke Relaks Minda. 
Nikmati hasil nukilan puisi yang pertama kali ku ciptakan. Bukan hendak menandingi kehebatan Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa)...kerana aku bukanlah bijak dan berkebolehan bersastera tetapi sekadar menunaikan impian yang perlu di laksanakan...  Bacalah dengan gaya berpuisi ya... :)

menanti satu penantian

Menanti


Menanti satu kesampaian
 perlu kesabaran
suatu penyiksaan
penuh persoalan
dengan harapan
Menanti sambil menyaksi...

menanti satu penantian

Menyaksi keindahan alam 
warna-warni semulajadi
pertukaran suasana
perubahan keadaan
Menyaksi sambil menghayati...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Menghayati alunan mengasyikkan
bayu menyegarkan
kehangatan bahang
keanehan kehidupan
Menghayati aku mengagumi...

menanti satu penantianmenanti satu penantianmenanti satu penantian

Mengagumi kebesaran Ilahi 
keagungan Maha Pencipta
kekuasaan Maha Esa
Allah SWT yang satu
Mengagumi lalu mensyukuri...

menanti satu penantianmenanti satu penantian

Mensyukuri merasai kedamaian
menikmati kehidupan
kurniaan keamanan
anugerah kesejahteraan
Menyukuri akan penantian

menanti satu penantian

Penantian yang menanti
Menanti ketibaan yang di nanti
Menanti dan terus menanti
Penantian terhenti setelah dihisab nanti.

menanti satu penantian

Semoga Cik Matahari berpuas hati kerana permintaan beliau dalam Segmen Khas telah saya tunaikan.


JIN - "Puisi dan sajak warisan bangsa, kesusasteraan cabang nukilan rasa...Fuyooo!!..Aku pun dah pandai wooo, hahaha...Puisi BM tak bagus..."
BM - Semoga anda dapat menghayatinya, hasil nukilan dari saya yang tidak berbakat dan berilmu dalam sastera bersajak dan berpuisi ini. Apa komen anda? 

Admin...

57 comments - "Puisi Tunai Impian..."

sitirohaida delete icon 10:41 PG

seronok masuk blog nie...puisi yang penuh dengan makna yang dilengkapi dengan gambaran yang menenangkan...good job..

kakiblog delete icon 10:54 PG

cantik puisi walaupun saya tak faham sangat maksudnya..

Entri Terbaru Saya : Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink(siri 2)

Sy x pandai komen bab puisi....tp kata2 yg tesusun...indah bnyinya...:-)
Welll seperti biasa...picture x penah mengecewakan....i like...! :-)

Mama Amirul delete icon 11:12 PG

Menanti, Menyaksi, Menghayati, Mengagumi, Mensyukuri... itu bagi hati2 yang penuh keimanan...
Tapi bagi hati2 yang hitam, menanti tetap satu penyiksaan tanpa menyaksi, menghayati, mengagumi apatah lagi mensyukuri nikmat dari Ilahi...

Morning BM.. puitis sangat harini ;)

Zawiah delete icon 11:20 PG

Kita , saksi kehidupan ...

kalau nak rasa tenang dh tak payah pergi tasik..masuk je ke blog relak minda je dah cukup..hu3

puisi yang indah, farah tak berapa reti nak berpuisi ni...

yeay!CM berbesar hati krn permintaan kpd BM sdh dipenuhi:) Terima kasih ye Encik BM,Alhamdulillah syukur dapat melihat gambar2 menarik di sini,cemburu pun ada dekat BM sebab selalu pandai pilih gambar2 yang sesuai dengan tulisan dlam blog.Tahniah!

Tentang puisi tu, mungkin kita bleh mintak cikgu "Tetamu Istimewa" kita buat kelas atau bengkel puisi di blognya kan.Apapun tahniah kerana berusaha menulis puisi di atas.Saya sangat menghargainya..:)

OKje delete icon 1:20 PTG

Tak tau nak baca puisi.... macamana yeh?

Blog Santai delete icon 1:25 PTG

Kita pun tak puitis..so ok ajelah...

OKje delete icon 1:35 PTG

Tak tau nak baca puisi.... macamana yeh?

Puas menanti
untuk menyaksi
juga menghayati
tidak kurang menikmati
begitu juga mengagumi
lalu mensyukuri
semua ini dariNya..
robbul-jalil yg kholiq...

cewah puiti yang bermakna :) cukup indah

cantik gambar-gambar tu..... puisi yang puitis..

BinMuhammad delete icon 2:51 PTG

Terima kasih ya

BinMuhammad delete icon 2:51 PTG

Orang tak pandai puisi berpuisi...inilah jadinya

BinMuhammad delete icon 2:52 PTG

Thanks Asyifa...saya pun tak pasti, inikah puisi hehe

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Semoga hati kita tidak hitam...terima kasih ibu amirul :)

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Demi menunaikan permintaan...kita berpuisi pula :)

BinMuhammad delete icon 2:54 PTG

Kita menyaksi kehidupan dan kitalah juga kehidupan itu...

BinMuhammad delete icon 2:55 PTG

Ya, datanglah utk mencari ketenangan walaupun seketika...thxs!

BinMuhammad delete icon 2:56 PTG

Maklumlah saya pun xreti berpuisi juga...hentam ajelah :)

BinMuhammad delete icon 2:58 PTG

Cuba juga buat yg termampu, entah jadi entah tidak... Inilah hasil nukilan dari seorang yang tidak pernah berpuisi.
Ya...cikgu TM paling sesuai menilainya.

BinMuhammad delete icon 3:00 PTG

Saya pun xtau nak baca puisi, cuba2 buat demi menunaikan permintaan. Yg tak pasti...adakah ini puisi? Siapa boleh jawab tuuuu...

BinMuhammad delete icon 3:01 PTG

Hehe...yang mengarangnya pun xpandai juga

BinMuhammad delete icon 3:02 PTG

Tu dia...orang lama memberi huraian. Cukup padat! Terima kasih Kakzakie :)

BinMuhammad delete icon 3:03 PTG

Ye ke...atau sekadar amik hati je ni, hehe

BinMuhammad delete icon 3:04 PTG

Terima kasih...tak faham sangat makna puitis tu...

Mizz Aiza delete icon 3:59 PTG

ada bakat terpendam la BM ini.. aiza pun kalau bab menulis puisi ni tak reti sangat.. indah sunggu kata-kata BM tu.. :D

Khir Khalid delete icon 4:10 PTG

Bakat kadangkala x perlu dinilai dari kelulusan atau latar belakang.. bakat dinilai dari hasil yg dilahirkan di hadapan mata. Puisi yg sungguh indah.. bersulam gambar, memberi nyawa dalam jasad. Saudara BM mmg berbakat.. :)

Unknown delete icon 4:14 PTG

senafas baca ...saya tak pandai puisi. memang relaks kat sini..1st time singgah sekali harung semua blog..bukannya selalu mamaD ada masa.

Unknown delete icon 4:35 PTG

kasi kaw2 BM ...hihi....pandai pun buat puisi..hihi :)

Unknown delete icon 4:37 PTG

singgah lagi klik nuffnang :)

Erkkkk. Serak suara berpuisi sampai habis. Ada bakat teremdam rupanya BM ni. Opss.. terpendam. Hehe.. saja ja melawak. Jgn marah naa

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown delete icon 5:08 PTG

wah beznye
pemandangan nampak indah..subhanallah
pandai BM karang puisi

BinMuhammad delete icon 8:49 PTG

Ye ke...hentam keromo ajer. Kalau OK next time bole buat lagi haha

BinMuhammad delete icon 8:50 PTG

Jangan puji lebih2...kembang nanti haha
Sekadar mencuba..

BinMuhammad delete icon 8:51 PTG

Terima kasih cik akak... :)

BinMuhammad delete icon 8:52 PTG

Memang bakat terendam...hehe
Cikgu mesti pandai berpuisi kan...jgn disimpan bakat terpendam itu :D

BinMuhammad delete icon 8:53 PTG

Tiada yang menariknya, main belasah ajer...hehe

BinMuhammad delete icon 8:54 PTG

Dapat singgah sesekali pun amat2 saya hargai. Thx Mama D

Saya bukanlah individu paling layak untuk mengkritik hasil karya seseorang. Sekadar pandangan mungkin.

BM, satu percubaan yang baik. Pada pendapat saya, lebih elok sekiranya penggunaan kata yang lebih ekonomis. Tidak perlu perulangan di hadapannya akan lebih cantik. Contoh:

Menanti
Satu kesampaian
perlu kesabaran
suatu penyiksaan
penuh persoalan
dengan harapan
sambil menyaksi... (seterusnya)

Rangkap ini akan mendorong pembaca lebih berfikir.

BinMuhammad delete icon 10:19 PTG

Memang cikgu lebih arif...terima kasih diatas panduan yg diberi...

Tanpa Nama delete icon 10:43 PTG

terbaiklah...serius,ada bakat...

Fais-SKA delete icon 5:16 PG

Assalam =) ok..cantik puisi ni, kreatif je, walaupun simple dan mencuba..tp terbaik la..xpndai nk komen lebih2 sebab sastera bukan bidang ambe..Alhamdulillah mensyukuri nikmat Allah bg..cantik gmbar2 tu semua..

Aimacomel delete icon 5:53 PG

Wah, speechless baca puisi ni. mantap, penuh dgn pengisian. hebat ler bm

Unknown delete icon 10:24 PG

Salam syahdu...

Bumi kelam tempua merintih,
Dalam kolah tiada berpili;
Ummi demam semua sedih,
Alhamdulilah ada famili.

Unknown delete icon 10:26 PG

Petai tumbuh bauan sisi,
Setimbun petola di pangkin terbelah;
Pandai sungguh tuan berpuisi,
Pantun pula semakin meyerlah.

BinMuhammad delete icon 8:51 PTG

Bumi kelam tempua cerita,
Telaga bulat ditepinya peria,
Ummi demam tiada berita,
Semoga sihat kembali ceria.

BinMuhammad delete icon 8:57 PTG

Rempah halba buat teruna,
Agar alahan segar seharian,
Puisi hamba tidak sempurna,
Sekadar olahan tunai impian,

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Olahan yang tidak sempurna...mana pandai berpuisi sebenarnya...

BinMuhammad delete icon 9:00 PTG

Komen ikhlas ke atau saje ambil hati ni...hehe Takda lah Fais...mana pandai berpuisi, belum tahap terbaik...amatur

BinMuhammad delete icon 9:00 PTG

Eh belum cukup berbakat...cuba2 aje

lynmunir delete icon 12:29 PG

Indah puisi seindah gambar yang terhias di blog ini.
Salam kenal BM.

Tanpa Nama delete icon 4:20 PTG

well done, puisi indah & pic menarik !

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap