Assalamualaikum, semoga anda semua sihat dan bahagia hendaknya. Hari ini kunjungan anda disini saya sajikan dengan entri yang santai dengan pengisian rohani. Kisah seorang guru bersama anak muridnya bermain teka-teki. Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan teka-teki :
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua."
Murid 2 : "Guru."
Murid 3 : "Teman."
Murid 4 : "Kaum kerabat."
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."
Teka-Teki #2
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Negeri China."
Murid 2 : "Bulan."
Murid 3 : "Matahari."
Murid 4 : "Bintang-bintang."
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."
Teka-Teki #3
Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung."
Murid 2 : "Matahari."
Murid 3 : "Bumi."
Murid 4 : "Lautan"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka."
Teka-Teki #4
Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Kapal."
Murid 2 : "Besi."
Murid 3 : "Gajah."
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (Surah Al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah."
Teka-Teki #5
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas."
Murid 2 : "Angin."
Murid 3 : "Debu."
Murid 4 : "Daun-daun."
Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
Teka-Teki #6
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : "Pedang."
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."
Walau perkara yang sama yang di ulang berulang kali, sudah menjadi lumrah manusia...mudah lupa dan terleka. Semoga kita saling mengingati dan berpesan dalam kesabaran kerana kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi.
Terima kasih bersama Relaks Minda... "Jangan sesekali meneka dalam kesamaran"
Admin...
37 comments - "Teka Teki Imam Ghazali"
Assalammualaikum... BM,
Bagus2 entry nie... ingat kan apa yang telah hampir kita lupa ..
mselim3
Kita semua tahu.. tapi kita selalu lupa.. huhuhu
teka-teki no 6 je saya boleh jawab dengan betol..yang lain semua salah. hehe
teka teki yang sgt mendalam maksud.. selalu kalau teka teki, mst benda2 yang lawak.. great info ;)
Assalamualaikum. thanks sharing. mendalam sekali jawapan teka teki ni. terima kasih mengingatkan sahabat semua. sheila nak mohon sharing dekat fanpage sheila boleh tak?
Waalaikumsalam Sheila...tiada halangan, semua post disini, jika ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan, silalah share dan sampai2kan :)
Terima kasih ya...
begitu besar jawapan teka teki nie..
mmg tak terlintas di fikiran..
mmg boleh amik teka teki ni untuk praktik.
bles basuh otak budak2 zaman skarang.
oh... teka-teki ini memang baik dan selalu kakak ulang-ulang pada anak bongsu kakak terutama bab tinggalkan solat. Tanggungjawab kita mengingatkan selalu..
Entry yg sgt bermanfaat BM. Saling mengingati antr kita semua. Thanks BM.
Jwpn teka-teki yg terbaik...apa yg diberitahu Imam Ghazali x terlintas jwpn dlm fikiran sy..
aiza pernah mendengarnya.. bos di tempat aiza bekerja dulu ada menceritakannya..
teka teki bermakna ni , penuh maksud yang tersirat
done clik yang satu ini lagi hehehe
dunia akan aman jika seluruh manusia berpegang pada pesanan ini..
acik pon pernah entri pasal ini :) semoga dapat pedoman dan muhasabah diri
betul sesangat...kathy setuju..
Thanks BM..Berpesan-pesan untuk kebaikan
bener banget mbak
sangat bermanfaat boleh saya copas
izin copas mbak
alhamdulilah dapet pengetahuan
alhamdullah bisa saya share
boleh sya share ???
alhamdulillah
perkongsian yg sgt bermakna
moga kita saling mengingati
yg earning sy tu
dlm 3 minggu dpt rm540.00, bulan julai tahun ni (kempen blogbuster)
selebihnya...dlm rm40 lebih tu..sana sikit..sini sikit (kempen CPC DAN CPUV)
alhamdulillah
Teka teki yang sangat bermanfaat. Moga sama-samalah kita perbaiki yang kurang dan pertingkatkan yang ada sekarang ini ke arah kebaikan.
perkongsian yang menarik...
tq bm..tersentuh lak bila baca..
suka dgn entry ni :) terima kasih kongsi.
Terima kasih kalian semua, anda bisa share dan kongsikan asalkan ianya untuk manfaat dan kebaikan bersama.
memang ramai manusia nak jadi khalifah . tapi x ramai yg nak menyampaikan tentang kebenaran . mrk cuma nakkan kemasyhuran ! nak share juga kat fanpage ...
Assalamualaikum...pengisian menarik disamping gambar yg indah
Cer nyanyi lagu Ibnor Reza sikit....
Imam Ghazali berteka teki pun penuh berisikan BM.....
Ini tidak... banyak banyak binatang, binatang apa yg pakai topi!
suka entri ni..smuanya benar2 belaka..persoalan dr Imam Ghazali ni sememangnya terkenal..Alhamdulillah perkongsian yg bermanfaat..muhasabah diri..
Apa pula kena mengena dgn Ibnor Reza ni, hehe Mcm2lah OKje...
Binatang bertopi la pulak...
teka teki yang peuh makna BM..:)
saya pernah baca teka teki ni, yang paling mengesankan ialah soalan benda apa yang paling jauh, iaitu masa. masa yang tidak akan kemabli walau seminit tadi kita tinggalkan ia.semoga masa2 yang kita tinggalkan adalah masa yang memanfaatkan diri kita dan agama..amin.
Assalamualaikum . Allahu Rabbi . :'(
terima kasih atas peringatan ini kembali . dulu pernah baca tapi lupa . Alhamdulillah dengan izin Allah . Allah bagi peluang lagi untuk baca dan muhasabah diri . SubhnanAllah . terima kasih .
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”