Dunia blogging semakin diminati ramai. Begitu banyak blog baru muncul setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tak kurang juga blog lama tapi menyepi yang akhirnya terus berkubur tanpa nisan. Persaingan menjadi semakin sukar. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri dan mahu meraih trafik yang tinggi.

Bagi mereka yang baru mengenali dunia blog, tugas menghantar link ke enjin pencari adalah satu kewajiban. Sebab yang jelas adalah untuk memastikan blog anda tersenarai di enjin carian seperti Yahoo, Google, Bing, Ask dan banyak lagi. Jika tidak, agak sukar untuk berada dalam carian di enjin carian dan menjana trafik organik yang tinggi. Anda akan kecewa akhirnya nanti.

Cara Sempoi Menghantar Link Blog


Saya pernah mengalami kesukaran menghantar link ke enjin carian sekitar tahun 2009 dahulu. Pada ketika itu memang ada teknik manual iaitu kita buat langkah demi langkah. Saya perlu menghantar link mini page atau landing page sewaktu berkecimpung dalam Internet Marketing. Puas juga saya mencuba pelbagai cara. Ambil masa dan memang menduga kesabaran.

Kini kita sudah ada banyak pilihan. Tentunya ada yang lebih rumit. Anda boleh rujuk kepada blog Denaihati. Disana ada penerangan yang panjang lebar dan lebih terperici. Kita juga boleh guna cara yang sempoi. Dalam ertikata yang lain mudah, cepat dan mesra pengguna. Anda tidak perlu mempunyai kemahiran IT yang tinggi. Cukup sekadar faham arahan dan klik itu dan ini. Cuba klik link dibawah dan anda boleh lakukan sekarang juga.

Setelah link blog kita sudah dihantar maka lebih mudah untuk kita bermain dengan SEO. Bila sebut dengan SEO maka penggunaan kata kunci sangat penting. Secara lumrahnya para pelayar internet akan menaip perkataan tertentu untuk mencari maklumat yang diingini. Kemahiran ini menentukan berjaya atau tidak kita menarik trafik. Namun asasnya ialah blog kita mesti dihantar dulu ke enjin carian.

Persaingan di Enjin Carian


Bagi pengguna Blogspot tentu ada kelebihan dalam carian google. Malah mudah mendapat halaman pertama berbanding yang berhosting sendiri. Melainkan pengguna Wordpress yang telah setting plug di sistem sitemap terlebih dahulu.

Sebenarnya nama domain yang unik kurang persaingan dengan blog yang tersohor dan unggul. Jadi penggunaan kata kunci itu juga mempunyai persaingan yang rendah. Lebih rendah maka lebih tinggi peluang untuk kita mendapat capaian para pembaca.

Saya akur agak sukar mencerna info ini. Saya cuma berharap kita dapat mesej utama entri ini. Jika anda belum menghantar link ke enjin carian silakan berbuat demikian. Saya lebih fokuskan kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia blogger. Kepada otai blogger benda ini dah tak mencabar lagi. Pendek kata boleh buat sebelah mata sahaja.

Inline image 1

Sumber : www.google.com

Artikel ini adalah hasil nukilan Mr. Hanafi. Blogger blog "kakiblog" sebagai menunaikan permintaan beliau di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang ingin menjadi penulis jemputan di Relaks Minda. Terima kasih diatas perkongsian artikel yang bermanfaat dan membuka minda untuk blogger menjana trafik dan peluang untuk tersenarai dalam carian di enjin carian. 

Kenalilah beliau, seorang yang cukup berilmu dan sentiasa berfikiran terbuka.. Jom terjah kakiblogSemoga anda maju jaya...

p/s: Jika ada yang berminat menghantar artikel sebagai penulis jemputan, kecil tapak tangan...nyiru saya tadahkan. Sila e-mail kepada saya untuk dipertimbangankan. Selamat menikmati hujung minggu yang ceria :))
Admin...

31 comments - "Cara Sempoi Hantar Link Blog Ke Enjin Pencari"

memang sempoi... ingat tadi tersalah baca tajuk hehehe

Assalamualaikum BM. Terima kasih...banyak ilmu yang bermanfaat diprolehi hari ini.

Bunda_nora delete icon 9:26 PG

info yang sangat menarik dan bermanfaat untuk semua...terima kasih BM..

kena banyak belajar lah tentang SEO ni, ermmm... template pun masih ala mak-mak , bunga-bunga.. hihi, takpe.. cukup ilmu di dada sikit, baru kita ubah... belajar dari A dulu.. hihihi...

Unknown delete icon 11:23 PG

adoi uncle yang budiman...cik akak memang masih belajar lagi bab seo nie...
adoi payah tahap gaban...huhu...
belajar slow-slow je..hihi...yang penting tak mahu mati tanpa bernisan blog cik akak...hahaha.....:) biarlah aku mati meninggalkan nama...chewah :) berangan sampai ke bintang...andai lah jin tu dapat tunaikan permintaan cik akak nie....tolong hantarkan cik akak gi langkawi..hahaha

Aimacomel delete icon 11:55 PG

kita pun tengah belajar pasal SEO ni. pelan-pelan kayuh. payah jugak sebenarnya sbb banyak sgt ilmu yg nak kena dibelajar. Kita sayang blog kita.... enjin kereta kita tau la, tapi enjin carian google errrmm kena belajar jugak!

Khir Khalid delete icon 2:25 PTG

Alhamdulillah.. perkongsian yg menarik & berinformatif. Sgt berguna utk dicerna terutamanya utk blogger baru spt sy. Semoga apa yg kita semua sampaikan beroleh keberkatan.. amin.
Salam hujung minggu saudara BM, semoga sentiasa ceria :)

makin banyak membaca,makin banyak yg tak tau hehe...

banyak pekara yang perlu acik pelajari.. lagi-lagi tentang semua nie...terima kasih perkongsiannya

Mizz Aiza delete icon 5:38 PTG

info baru untuk aiza.. bagus juga penulisan beliau..

sy masih blur ttg SEO... >.<

mselim3 delete icon 8:50 PTG

Assalammualaikum...BM,

atas perkongsian yang menarik..dan blog pun bertambah menarik..

mselim3

Fais-SKA delete icon 9:07 PTG

ok faham =) masih lg belajar..inshaa'Allah akan kutip lg ilmu dr blogger2 otai..blog HH mmg selalu juga selongkar entri beliau..terima kasih atas perkongsian..

Tanpa Nama delete icon 10:01 PTG

menarik sangat2 info yang di kongsi ini...

Unknown delete icon 10:13 PTG

bab SEO ni memang tak pandai BM..tapi ada belajar juga sikit2..belajar slow2 sbb otak lembab hehe

Kekzamanis delete icon 10:17 PTG

Terima kasih atas perkongsian maklumat ni.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

kakiblog delete icon 1:04 PG

terima kasih tuan rumah kerana menyiarkan entri tersebut..semoga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

info yang sangat berguna :) kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami :D http://umpautoinspector.blogspot.com/

susah nak komen dlm entry ni sbb saya masih tak paham apa itu SEO, carian engine & etc.. =(

ada peluang nnt nk juga jadi penulis jemputan dekat sini...

BinMuhammad delete icon 10:27 PG

Blog mama mempunyai potensi yang besar, cubalah mendalami ilmu blogging ya. Penulisan dan keyword mama tampak berkesan.

BinMuhammad delete icon 10:29 PG

Tiada paksaan...slow2 cik akak tapi berterusan, jgn mudah mengalah!
Nak pi langkawi ya...Nanti JIN saya antar tikar terbang ye, hehe

BinMuhammad delete icon 10:30 PG

Perlahan2 kayuh tak pe tapi teruskan mengayuh...lama2 laju le :)
Good luck BC

BinMuhammad delete icon 10:33 PG

Sedikit edit telah di lakukan... Terima kasih ya, entri yg bagus dan bermanfaat sekali

BinMuhammad delete icon 10:34 PG

Peluang sentiasa di buka dan di alu-alukan. Cuma email kpd saya saja... :)

Unknown delete icon 2:28 PTG

SEO,
memang kene study bab nie.
dh lama blogging br tahu apa itu SEO.
thanx for share BM

Hebat! Nampaknya BM sudah melangkah satu tapak ke hadapan. RM telah menjadi satu medium yang eklusif untuk menerbitkan entri. Teruskan!

OKje delete icon 8:21 PTG

Baru baru ni dpt email dpd mana tak ingat tp pertanyaan kenapa okje tak htr artikal lagi sedangkan dah register....tulah pasal masib blur camne nk htr...padaha dia dah attachkan caranya....nmpknya kena study tu!

Tanpa Nama delete icon 1:20 PTG

tq bekongsi yer !

Unknown delete icon 3:17 PTG

Oh begitu..lama dah tak kaut ilmu para ilmuan..busy ajer memanjang..

Terima kasih. Masih banyak nak kena belajar tentang blog

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap