Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera...
Mungkin anda pernah lihat gambar-gambar ini. Aksi yang sungguh lucu dan kelakar.
Anda saksikan satu persatu dan pasti anda tersenyum...
Pasti ada yang mengatakan ianya aksi yang merbahaya dan di luar kewarasan.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Lucunyalah muka makcik tu...

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Opp!..Aksi lucu ke lucah...huhu

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Muka tak bersalah je lelaki tu

Anda sudah puas tersenyum dan ketawa? Jika belum...teruskan, hehe

Positifkan Pandangan Anda

Ok...cukup-cukuplah tersengeh tu. Kini, kita lihat pula secara positif. Lihatlah betapa sukarnya kehidupan mereka ini. Realiti kehidupan bagi mereka yang hanya mempunyai motorsikal sebagai pengangkutan, apalah pilihan yang mereka ada. Mungkin ianya merbahaya tetapi bila keadaan memaksa, pastinya faktor keselamatan tidak difikirkan lagi. Hidup mesti diteruskan, bersyukurlah kita yang tidak melalui keperitan hidup sebegini. 

Yang lebih mendalam disini jika anda lihat betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Demi mencari rezeki, mereka sanggup membantu suami. Berkorban keselamatan agar sama-sama merasa hasilnya untk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak. Jika seorang lelaki...belum tentu mereka hendak duduk di belakang tu...saya berani gerenti!!

Seorang isteri yang baik adalah pelengkap kepada suami. Saling membantu dan bertolak ansur akan kekurangan masing-masing. Setia bersama di kala susah dan senang. Sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kesempurnaan dan keseimbangan dalam rumahtangga agar sentiasa bahagia.

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Kelebihan yang digunakan sebaik mungkin

Lihat pula bagaimana jika tiada keseimbangan dan kesefahaman. Apabila kelebihan yang ada di salah gunakan. Jika tiada pertimbangan dan tolak ansur...lebih kepada kepentingan diri sendiri. Pasti berlaku bencana dan rumahtangga pasti tidak aman dan bahagia. 

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Apabila kelebihan disalah gunakan

Aksi Lucu di Luar Kewarasan
Omak kau! Terangkat keldai tu!

Penghargaan Buat Isteri

Maka...dalam mengharungi hidup berumahtangga, suami dan isteri itu saling perlu memerlukan. Kelebihan, sama-sama saling menghormati... Kekurangan, sama-sama saling melengkapi barulah mendapat keseimbangan dan pastinya kebahagiaan akan menjelma.

Terima kasih isteriku dan semua wanita yang sanggup bersama dikala susah dan senang bersama suamimu. Kasih sayang dan pengorbanan mu amat-amat dihargai dan semoga kekal bersama hingga ke syurga...Insyaallah. Apa pula pengorbanan sorang suami kepada isteri? Hanya isteri yang layak membicarakannya...

Janganlah memandang sesuatu itu atas faktor pandangan mata dan luaran... kerana ianya sentiasa membawa kepada pandangan negatif dan hiburan semata-mata tetapi lihatlah dari sudut berbeza dan secara positif...pasti anda akan menghargainya.

Terima kasih bersama Relaks Minda...Bukalah minda, positifkan fikiran.

p/s: Entri khas buat menunaikan permintaan Yumida dalam Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta satu entri kelakar tetapi ada mesej... Tidak pandai sangat membuat entri yang kelakar, agak-agak bertepatan ke entri ini Yumida...

Admin...

49 comments - "Pelbagai Aksi Lucu Yang Mencuit Hati"

wah.....lawak betul. salam blogging

menepati citarasa yumida agaknya nie...merilekskan minda pagi-pagi hari bekerja nie...

Lawak. Pengorbanan isteri kepada suami tercinta.

Lawak lah pagi2 ni saudara BM hehee.. Salam pagi sabtu.. semoga sentiasa ceria :)

Lawak. Pengorbanan isteri kepada suami tercinta.

ini bukti cinta sejati bro...

Walaupun nampak lucu tetapi memang kreatif.

Salam Sabtu BM..Melihat sesuatu dari sudut positif adalah baik untuk hati dan minda...

kahkah... pengorbanan namanya tu... kita beruntung ada kereta bagai... dari mereka , dengan moto cabuk tu lah digunakan .... nak angkut barang, aiishh... bersyukur lah mama dengan apa yang ada..

hahahhahaha pengorbanan seorang isteri itu mulia... tp kalau jadi kes mcm dlm gmbr tu, saya tak sanggup.. hahahahahahaha rela saya jalan kaki je ;P

Mizz Aiza delete icon 10:28 PG

kelakar, kasihan dan memberikan motivasi juga.. 3 in 1 la.. kelakar tengok gambar tu, dalam masa yang sama rasa kasihan kepada nasib mereka yang susah (pakcik naik motosikal dan keldai tu).. motivasi sebab membuatkan kita berasa bersyukur kerana telah dikurniakan isteri/insan yang sentiasa menyokong kita di saat susah dan senang..

Aimacomel delete icon 10:28 PG

SSuka sgt dgn entri ni. Mesej yg sgt berguna utk saya sbg wanita. Isteri, errm belum lagi.. kelakar betul gambar atas2 tu

Unknown delete icon 11:42 PG

heheh..
macam2 gaya ada..
tp credit ler pada diorg x malu.
kalu kt malaysia?
mmg xdop ler ini macam.
jaga air muka.

Unknown delete icon 12:30 PTG

hehehe...suka part pic yg stabilkan tayar tu
thanks BM sanggup bersusah payah menghasilkan entry ni
pic yg mencuit hati namun diselitkan mesej bermakna
demi mencari rezeki, berapa besar pun muatan tetap gigih dilaksanakan
merasa bertuah baca entry BM ni..sebagai seorg isteri..ye...yg ringan sama di jinjing, yg berat kita pikul bersama2 dengan pasangan kita..sehati sejiwa. isteri pendokong kejayaan suami. suami memerlukan belaian ksh syg dri seorg isteri. so sweet!

Zawiah delete icon 1:44 PTG

alahai ... mcm2 . bagi saya , komunikasi , tolak ansur , persefahaman , respect each other antara aspek utama dlm rumahtangga ...

Tanpa Nama delete icon 1:57 PTG

heheheheh...bermakna sungguh entri ini..walau terselit kelucuan,namun ada makna sebaliknyer...

gelak gelak jugak sambil menginsafi diri

recent post : Semangat Header & Logo Baru

wahhhh entri yang sangat bermakna :) hebatnya ...ada yang lucu dan ada makna entri ini terima kasih sharing :)

Assalamualaikum BM

Selamat bercuti di hujung minggu. lawak betui entri hang. tq

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Salam blogging juga MKL... :)

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Harap2 Yumida menyukainya...spt anda juga :)

BinMuhammad delete icon 9:03 PTG

Ya...sungguh besar pengorbanannya, agak2 Liza sanggup ke...hehe

BinMuhammad delete icon 9:04 PTG

Waalaikumsalam, semoga anda juga ceria menikmati hujung minggu :)

BinMuhammad delete icon 9:05 PTG

Betul tu...cinta sejati, sanggup bersusah senang bersama

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Semoga terhibur di samping mendapat sedikit panduan

BinMuhammad delete icon 9:07 PTG

Waalaikumsalam...
Kita perlu sentiasa positif barulah segalanya indah dan bermakna :)

BinMuhammad delete icon 9:08 PTG

Bersyukur sangat dengan keadaan kita disini... Tak dapat bayangkan kalau mama di belakang motor tu...hehe

BinMuhammad delete icon 9:11 PTG

Betul tu...rasanya baiklah jalan atau naik bas lagi selamat...tapi kita tidak berada disituasi mereka, fikir positif je laa...

BinMuhammad delete icon 9:12 PTG

3 dalam 1...begitu menarik ulasan Aiza, I love it...

BinMuhammad delete icon 9:14 PTG

Nanti ...jadilah isteri yang saling memahami dan bertolak ansur ya. Bersama2 mengharungi turun naik/ susah senang dalam kehidupan berumah tangga.

BinMuhammad delete icon 9:15 PTG

Mungkin ditempat mereka ianya adalah pemandangan yg biasa, kalau di sini...mau juga masuk HMetro...hehe

BinMuhammad delete icon 9:17 PTG

Demi menunaikan permintaan anda...saya cuba yang terbaik, semoga Yumida berpuas hati ya.

BinMuhammad delete icon 9:19 PTG

Betul dan tepat sekali...saya setuju sangat2.

BinMuhammad delete icon 9:21 PTG

Terima kasih Kathy krn menyukainya...

BinMuhammad delete icon 9:22 PTG

Ya...itulah matlamatnya

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Idea yg datang hasil dari permintaan Yumida... Thx Acik

BinMuhammad delete icon 9:24 PTG

Waalaikumsalam...Selamat berhujung minggu juga, semoga ceria sentiasa

BinMuhammad delete icon 9:27 PTG

Waalaikumsalam cik akak...suka bila muka cik akak muncul :))
Apa yang hebatnye, cik akak lagi hebat...mampu meruntun perasaan pembaca!

Unknown delete icon 10:12 PTG

Assalamualaikum. Done follow. Klu sudi follow back. Tq...

ZaridaIshak delete icon 10:40 PTG

Demi sesuap nasi... biarpun lucu tetapi memberi pengertian yang mendalam di mana wanita itu semangatnya kuat.... jangan disalah gunakan kekuatan semangatnya =)

Unknown delete icon 2:27 PTG

haha....lawak gmbar² kat atas....
sy dah follow... :)

Fais-SKA delete icon 9:10 PTG

Alahai gmbar yg atas 2 kecian plak tgok =) bahaya pn ada..isteri bg suami adalh peneman setia..inshaa'Allah nk juga merasai hidup berteman ni

Unknown delete icon 10:17 PTG

kesihan ada..lucu pun ada..
tapi best lah entry BM ni..suka..mesti terharu isteri..:)

kakiblog delete icon 1:13 PG

susah juga nak ketawa kerana sedih melihat mereka bertaruh nyawa demi kelangsungan hidup..

Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Sangat menggeletik perut. Macam-macam aksi yang dapat ditonton.

Memang menggeletik perut melihat aksi-aksi ini.

OKje delete icon 8:25 PTG

Hehe... lawak le jugak walaupun belum sampai guling guling.....
Syahdulah pulak bila insan yg bernama isteri dihargai.... Sure permaisuri hati beta tgh duk tersenyum bangga tu!...

Unknown delete icon 3:25 PTG

Buka mata bukalah minda..jauh dihati kaukan mengerti..hehe.. Seperti mana pengorbanan isteri, suami juga byk berjasa.

mselim3 delete icon 9:42 PG

Assalammualaikum... BM,

ketawa mselim3 tgk gambar2 yang lucu2 nie,,

mselim3

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap