Assalamualaikum...Salam sejahtera. Setiap dari kita punya kisah dan cara tersendiri dalam memulakan sesuatu. Bagaimana anda mula berjalan, bagaimana anda mula bercakap dan sebagainya.
Bagaimana permulaan anda di dunia blog? Apakah catatan yang menjadi entri pertama anda?
Pastinya ianya adalah coretan bersejarah dan memberi kenangan manis yang tidak dapat anda lupakan kerana entri pertama di blog bagaikan pengesahan secara rasmi mengiktiraf anda adalah seorang blogger. Maka bermulalah satu kelahiran sebuah blog di dunia siber.
Pastinya ianya adalah coretan bersejarah dan memberi kenangan manis yang tidak dapat anda lupakan kerana entri pertama di blog bagaikan pengesahan secara rasmi mengiktiraf anda adalah seorang blogger. Maka bermulalah satu kelahiran sebuah blog di dunia siber.
Entri Pertama Satu Kenangan
Semuanya kini dalam lipatan sejarah yang tidak dapat di ulang kembali. Lihatlah bagaimana seorang Blogger terkenal ini memulakan coretan pertamanya di blog. Terlalu ringkas entri pertamanya...sekadar dua baris ayat yang menyatakan tentang hari. Kini ianya menjadi kenangan manis dan menjadi "sentimental value" yang tidak ternilai buat kujie2.com
Ada yang memulakan coretan pertama dengan entri intro mahupun pengenalan sama ada mengenai blog atau pun tuan empunya blog. Itu adalah perkara biasa. Setiap blogger ada kisah dan caranya yang tersendiri yang menjadikan coretan pertama ini sangat nostalgia dan menarik. Namun ada juga yang kelu tidak tahu untuk untuk menulis apa-apa. Anda pula bagaimana?
Menarik apabila melihat entri pertama sesebuah blog. Ianya bagaikan melihat kembali sejarah hidup seseorang dalam memulakan langkah perrmulaan. Berikut adalah beberapa entri pertama yang saya cilok tanpa kebenaran. Harap mereka memaafkan saya dan beri keizinan ye. Saya amat tertarik dengan entri pertama mereka yang sedikit berbeza dari kebiasaan yang mengundang saya untuk meluahkan pandangan sebagai perkongsian bersama.
Entri Pertama Sebuah Coretan Gambaran
Anda pasti dapat meneka entri ini adalah hasil coretan siapa. Tanpa perlu memperkenalkan diri, entri pertama di blog beliau sudah cukup menggambarkan apa yang akan di sajikan kepada anda di entri-entri seterusnya.
Coretan dengan kata-kata indah, luahan hati dan madah cinta dengan mudah menarik hati dan membuai perasaan pembaca. Entri pertama yang mengundang persoalan membuatkan anda tertanya-tanya lalu mahu mengenali dan mengikuti entri seterusnya.
Tidak hairanlah blog ini terus mendapat tempat di hati peminat setianya yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ingin lihat sepenuhnya entri ini...Sila klik SINI
Tidak hairanlah blog ini terus mendapat tempat di hati peminat setianya yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ingin lihat sepenuhnya entri ini...Sila klik SINI
Entri Pertama Sebuah Puisi
Entri ini pula dari seorang wanita dan kakak yang sangat terkenal dengan kemesraan dan keramahan dalam menjalinkan ikatan ukhwah sesama blogger. Ramai yang mengenali nama dan blog beliau tetapi masih tetap dengan pendirian untuk tidak memperlihatkan wajahnya.
Sejak mengenali serta mengikuti setiap coretan beliau, saya tidak pernah terjangka yang beliau memulakan entri pertama di blog dengan sebuah puisi.
Ingin juga mengetahui atas sebab apa dan bagaimana timbulnya idea puisi ini kerana ianya tampak di karang secara spontan dan tulus sekali.
Permulaan catatan perjalanan sebuah blog yang sungguh indah walaupun tajuknya menggambarkan sebuah pengakhiran tetapi ianya menjadi sebuah permulaan yang sempurna.
Kenangan coretan yang masih kekal sejak 20 July 2010 ini, kini menjadi sejarah yang terukir umpama sebuah catatan perasmian yang menanti setiap pengunjung datang ke blog beliau. Ingin melihat siapakah beliau...sila ke SINI
Entri Pertama Sebuah Percubaan
Buat kali pertama mengenali blog dan menjadi blogger, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Ada yang masih tidak pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri.
Oleh itu entri pertama kadang kalanya merupakan sebuah entri percubaan.
Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu kenangan indah dan manis kerana ianya bagaikan mengimbas kembali saat-saat pertama kita mula blogging.
Anda lihat entri pertama blogger yang manis, ramah dan ceria ini. Ya...jelas sekali yang beliau sedang berekperimen untuk menerbitkan sebuah entri di blog. Masih takut-takut dan tidak pasti untuk publish entri dan berkongsi kisah.
Namun kini beliau amat berbeza, cukup petah dan bijak berkomunikasi tanpa ada lagi rasa takut dan segan. Anda dapat lihat perkembangan beliau serta kematangannya dalam penulisan. Coretan pertama yang menjadi sejarah dan akan kekal dalam ingatan penulis akan langkah pertama beliau sebagai seorang blogger. Ingin kenal blogger ini...Sila ke SINI
Entri Pertama Umpama Sebuah Kelahiran
Jangan rasa malu dengan entri pertama anda di blog kerana ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian diri anda dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang blogger.
Umpama kelahiran seorang bayi di muka bumi ini... Kelahiran sesebuah blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama menjadi sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat anda lupakan. Kekalkan ia sebagai khazanah berharga di blog anda.
Entri pertama saya hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan blog. Nak tau?...anda carilah sendiri ye. Bagaimana pula dengan anda? Pasti anda juga mempunyai kisah dan pengalaman tersendiri yang menarik dalam menerbitkan entri pertama... cer cite! cer cite! :)
"Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula saat pertama blogging... :)"
Admin...
76 comments - "Apakah Entri Pertama Anda Di Blog?"
sangat nostalgia :) entri pertama memberi kenangan berharga untuk kita sedar bagaimana usaha kita mencuba hingga ke tahap yang kita berada sekarang :)
sangat nostalgia dan boleh tersenyum sendiri bila teringatkan dan tengok balik entri pertama...
yuppp... betul tu...
Entry pertama.. masih lagi tak pandai mengolah ayat yang berkesan di hati pembaca.. tulisan berbelit-belit dan agak membosankan.
Assalam, entry pertama kebiasaannya berkenaan 'salam perkenalan' begitu juga bunda...
penulisan yg akan menjadi nostalgia kan...hu3
akak telam memadam beribu entri dulu2...hehe bkn apa malu sendiri membacanya....yg pertama entah ada entah tiada hehe..
Assalammualaikum...BM,
tempat jatuh lagi dikenang.. ini kan pula kenangan nostalgia... hehehe
mselim3
pls: pengalaman sebenarnya mematangkan kita dalam penulisan blom tgk mselim3 punyer entry lama..huhu lagi kelakar entah apa aje..
Nak gelak pun ada baca entry pertama sy BM...mula dlu rasa nak delete je...tp..biar je lah...x smpi hati plk....
Semakin lama, semakin tinggi nilai nostalgianya :)
Betul tu Farah...tersenyum dan dalam hati berkata, "macam ni aku dulu"....hehe
Kena check Mia punya entri pertama ni...hehe
Ish... ni yang nak buat saya belek entri pertama saya ni.
Itulah entri yang dapat memperlihatkan akan kematangan dan peningkatan diri kita sekarang...Entri pertama yg berharga umpama surat beranak kelahiran sesebuah blog.
Waalaikumsalam bunda... :)
samalah kita, bermula dgn 'salam perkenalan'....
Nostalgia dan bersejarah... Umpama surat beranak sesebuah blog, hehe
Sayangnya....terutama entri pertama tu. Dah tiada kenangan...
Tapi itu hak masing2 kan...dan ada sebab2 tersendiri, saya menghormatinya :)
Waalaikumsalam mselim3,
Kalau tanpa entri pertama dan yg lama2 masakan dapat kita menilai peningkatan diri... Saya kena tengok entri pertama anda ni :)
Jangan delete...Biarkan saja ia, itulah entri kenangan dan entri bersejarah yg menjadikan anda seorang blogger secara rasminya....Surat beranak blog tuuu
Hehehe...belek2lah semula cikgu dan anda pasti tersenyum sendiri :)
Begitu istimewanya malam pertama itu.....kenangan indah sepanjang zaman.
historical sesebuah blog dgn entry pertama tu mmg tak dapat dilupakan. tp saya dah lupa... sebab sebelum wujudnya zazaabdullatif.blogspot.com saya ada buka satu blog personal jg.. tp disebabkan confident level sy kureng masa tu (terasa poyo takut org tak suka) saya delete acc tu pada tahun 2009 then buka semula pada tahun 2010 iaitu blog sy skrg ;)
entry pertama saya adalah pengenalan diri saya kepada readers...entry yang membawa saya ke dunia blog..Selamat Pagi BM
Kisah kakak sebenarnya bermula bila kerinduan menggebu utk kembali menjejak kaki ke Mekah. Setiap hari kakak masuk blog kisah di Mekah kepunyaan En Manzlie dan Hj Arshad yg memaparkan kisah-kisah di sana. Bila setiap pagi memberi komen mereka tak boleh masuk balik blog kakak sebab kakak tak ada blog... terdetik dari situlah akhirnya tercetusnya Titisan Nurani.
hihihihi... malu lah nak citerrr...
1st N3 KA.... hancussss ... hehehe tapi ttp simpan sebagai kenangan terindah kan ! done sedekah nuffnang
Nostalgia.. :D kena lak yang dah blogging bertahun2 tu.. mesti seronok bila tengok balik kan.. :D
Dik non.... malu opah tau, tapi opah gembira ...... 10x opah ulang baca sambil menggigil hehe.... Opah kan dah tua, baca pun menggigil bukan tangan je menggigil hehe....
Sekarang mana pergi tafsiran tu pun tak tau? huhu.....
Mana pergi lama menghilang?
malu sendiri ....
Entri pertama saya tentang inspirasi saya. Tapi ini blog kedua. Blog pertama dahulu dah lupa. Lagipun, dah padam.
entri pertama kathy berkisah tentang diri kathy sekeluarga..hehehehe...
orang lain semua perkenalkan diri dan blog dalam entri pertama mereka.. tapi aiza pula terus membebel tentang ketidakpusan hati terhadap TM dalam entri pertama.. hehe..
Ini macam dah lari tajuk...hehe
Ruginya...akaun blog, semakin lama semakin bernilai. Dah terlambat pun...
Akaun yg sekarang ni, jgn pula di delete apa2...edit2 tak pa.
Selamat pagi :)
Biasanya begitulah... samalah kite
Akhirnya terjawab...pandai juga akak ber puisi, byk entri2 awal adalah puisi.
Jgn marah ye, cilok entri pertama akak :))
Kenapa perlu malu... biasalah, budak baru belajar hehe
Bukan hancus tapi belum pandai...hehe
Jadikan ia kenangan...batu bersurat tu!
Bila dah bertahun2...entri pertama dan yg lama2 tu akan menjadi kenangan terindah. Mengimbas nostalgia....sama spt melihat album zaman kecil2 dulu.
Kenapa pula sampai menggigil ni...Jgn terkucil sudah le, hehe
Menarik jika mengimbau kenangan dulu...Jgn marah saya cilok ye.. :))
p/s: xhilang kemana pun, biasalah ada masanya sedikit sibuk.. thx OKje
Kenapa perlu malu?...lihat blogger terkenal spt Kak Jie tu...relaks jer :D
Ya...setiap orang ada cara tersendiri. Itulah yg menonjolkan keistimewaaan dan mengimbau nostalgia bila dikenang kembali.
Menarik...Kathy amat terbuka dlm memperkenalkan ahli keluarga di dalam blog. Sebab tu kalau ke blog Kathy umpama datang bertandang ke rumah Khaty... :)
Saya dah baca...memang tak jangka yang ianya adalah entri pertama! Entri pertama menjadi blogger terselit pula kisah disebaliknya... Sungguh menarik dijadikan kenangan :)
hani ingat lagi, entri pertama dulu, byk kali tukar ayat..kejap-kejap padam..kejap-kejap tkar ayat lain..hehehe.. tiap kali menaip, hani rase ayat tu macam tak kene je...mmg mnjadi kenangan manis la..:)
entri pertama saya untuk dua blog terus meleju pada maklumat kemudia ada amsa barulah tacap sikit bahagian contack, siapa saya...
n3 pertama knah..heheh..malu bila baca balik..daif sangat..
betul tu bro..bila kita bukak balik entri awal2 masa berblog sangat memalukan dengan apa yang kita sampai kan sekarang..tak bermotif..sehinggalah kita jumpa apa yang kita ingin sampaikan dalam blog kita..fizi sendiri pun masih belajar mencari identiti blog..:) terima kasih buat entri yang membuka minda kita untuk mencogak kembali sejarah lalu..heheh
Ohoho entri ini pulak menarik dan lain daripada lain.
Entri pertama life as mama liza bermula apabila akaun facebook ditutup. ;) blog jadi pengganti.
I agree with you because that was how I felt :) nice!
sy dlm menyusuri kembali entri lama untuk menjejak rakan lama-lama , kalau entri pertama sy sudah kongsi +1 utk public di google plus..versi salam perkenalan juga ..sama lah dgn kebanyakan bolgger lain.
entry pertama..hmmm? 2 in one...
entri pertama saya juga berupa pengenalan . rasanya dah delete ...
entry pertama yumida bukan mengenai yumida, tp merupakan proses penghantaran bahan kerja
pada awalnya mmg agak kekok, x tahu nak garapkan apa dlm entry
then, copy paste bahan berita
kemudian barulah disertai dgn entry personal
benda yg mengujakan yumida utk terus berblogging ialah menyertai segmen/ga...rasa mcm syok pulak..bukan pasal tawaran hadiah. tapi saat diterjah rakan blogger yg lain yg turut sm menyertai segmen/ga
Saya, sampai sekarang macam tu...mencari ayat2 yg terbaik, hehe
Entri anak siapa lah tu, meluahkan rasa sesuka hati dia jer... hehe
Gelaklah lagi,,,haha
Masing2 ada cara yg tersendiri...kelainan itulah yg memberi keistimewaan :)
Tak perlu malu kak nah...semua orang akan terlentang, meniarap dan merangkak dulu baru boleh berjalan... :)
Jangan malu dgn entri2 awal...ianya satu pengalaman. Dari situ dapat dilihat perkembangan dan peningkatan. Tak ada manusia yg lahirnya terus boleh berjalan...Tapi tidak akan berjalan tanpa ada usaha dan belajar utk berjalan...
Terima kasih adik ensem...kunjungn anda amat2 dihargai
Saya pula berlawanan...blog ini adalah kesinambungan dari Page FB hehe
Thanks Aida :)
Anda menggunakan entri pertama sebaik mungkin...semoga berjaya menjejak rakan2 lama
2 in one... menarik, nanti saya terjah,,,hehe
Sayangnya...tiada lagi kenangan entri yg menjadi titik permulaan anda menjadi blogger... Tak pe, pasti ianya masih tersemat di ingatan kan...
Begitulah buat kali pertamanya mengarang, publish entri dan menjadi seorang blogger yg sah...kenangan yg masih tersemat diingatan dan entri pertama menjadi buktinya.
nostalgia sering ada.
tulisan yang menarik
Stiap orang ada cra mereka sndri kan =) mcm2 yg diluahkn pd entri pertama..biasanya entri yg pndek2 je..mmg 1nostalgia yg pntg utk blog tersebut..kdg2 yg lama mmg melucukn..
ent3 pertama akak..ala2 testing gitu..ahaks...ala2 bodoh pun ye jugak
Baru semalam menjejak entri pertama blog sendiri dan bila mula membaca, baru sedar yang ketika itu tak tahu kecenderungan penulisan ke arah apa sebenarnya. Walaupun masih baru, tak sampaipun setengah tahun menulis di blog, saya kini lebih tahu apa yang mahu saya kongsikan...
akak rasa entry pertama ni selalunya lebih kurang sama, iaitu jenis welcome..selalu ayat pendek je..
agak segan juga dengan entri pertama ini..
p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]
Hehe..surat beranak ye BM..
Entri pertama mmg nostalgia.. bukan sekadar kenangan, tetapi pencetus semangat juga utk terus berblogging..
Ni entri pertama saya sebagai blogger baru
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”