"Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru."
“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya! Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,”
"Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyakkan Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla."
"Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan."
Brunei Melaksanakan Undang-Undang Allah
Begitulah petikan kata-kata Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan pada 22 Okt. lalu yang menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syariah dilaksanakan di negara Brunei dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.
Begitulah petikan kata-kata Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan pada 22 Okt. lalu yang menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syariah dilaksanakan di negara Brunei dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.
Yang Berhormat Pehin juga menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Allah yang penuh berkat dan hikmah ini sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka... Insya Allah terjamin selamat.
Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syariah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.
Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.
“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan."
“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ.”
Begitulah hujah beliau sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.
Undang-undang Allah SWT adalah yang terbaik dan paling adil. Tahniah Brunei kerana melaksanakannya... kerana itulah sewajarnya bagi sebuah Negara Islam.
Admin...
25 comments - "Undang-Undang Allah Penuh Berkat Dan Hikmah"
Konsep keadilan di dalam Islam itu sebenarnya indah. Cuma masyarakat kita masih belum mampu menghayatinya lantaran sikap tamak membolot kekayaan atas tujuan peribadi dan sebolehnya cuba menjauhkan hukum Allah dari dilaksanakan di atas muka bumi ini.
Apa yg sudah termaktub dlm AlQuran tu kan mmg panduan hidup kita sebagai orng islam...dah kalau nmanya pemimpin yg x nak melaksanaknnya...kita rakyat marhaein ni kena la terima...dan...mereka la yg menangungnya di sana besok....
Insyallah..Harap Malaysia juga akan mengikut cara brunei disebabkan boleh dikatakan malaysia sekarang ni tidaklah aman seperti yang digembar gemburkan..kalau tidak taklah hari-hari dengar tentang kes pembunuhan..
Salam Jumaat BM..
sekuat mana undang2 negara, hebat lg undang2 islam.. islam itu indah..
hopefully undang2 dunia biarlah selari dgn undang & syariat islam..
klau tengok berita lately ni takut je..sokmo cerita pasaal bunuh tembak mati.. nauzubillah..
Undang2 Islam terbaik....salam jumaat ...
Undang2 Allah adalah yg terbaik =) mmg dah ada dlam al-quran, tp pihak atasan je xnk ikut..xke undang2 Allah ni ada hikmahnya..tgok jelh kt negara yg guna undang-undang ni, duit dr bank berguni2 pn xde orang brani nk curi..harap lepas ni negara Malaysia la pula yang amalkn undang-undang ni..lebih baik sedar di dunia sebelum sedar di akhirat..
undang undang dr Allah... mmg terbaik...tahniah brunei...harap malaysia pun akan turut laksanakan
Kalau hidup berpandukan Alquran In Shaa Allah.. done sedekah nuffnag yer
melaksanakan hukum Allah dan undang-undang berlandaskan islam tentu ada keberkatannya.. diharap malaysia pun akan mengikuti langkah baik brunei..
mengharapkan negara kita Malaysia juga cepat2 ikut langkah Brunei..apa lg perlu difikirkan. Najtijahnya sudah terbukti mahu atau tidak saja melaksanakan.
Bila yg menggubal sama undang-undang masih takut utk melaksanakannya kakak merasakan mereka masih belum percaya kebenaran Al-Quran. Atau mungkin bimbang terkena batang hidung sendiri. Percayalah perundangan Allah adalah yg terbaik, selagi Al-Quran tidak dijadilan landasan perundangan sampai bila pun statistik jenayah tak akan turun.
Sungguh, undang-undang paling sempurna hanya datang daripada Allah swt.
Undang-undang Allah/Islam adalah yang terbaik...Salam Jumaat BM..
Salam Jumaat BM. Yang datang dari Allah itu semetinya yang Terbaik. Itu Pasti!!!!
Assalammualaikum.. BM,
wahh.. bagus nie..setuju sangat2 x dapat dinafikan undang2 Allah adalah yg Terbaik berbanding undang2 buatan manusia...
mselim3
ye..tertarik dengan ayat2 di perenggan ke3..sungguh indah..setuju sangat2 jika Malaysia menurut jejak langkah Brunei..itulah yang terbaik...
undang-undang dari Allah adalh undang-undang yang terbaik, betul tu
Undang2 Allah kita ikut pasti kita selamat. Even Semua agama pun suruh berbuat kebaikan. Jadi kenapa mesti takut kan andai kita ikut semua yg disuruh dan cegah apa yg dilarang.. terima kasih BM
Undang2 islam yang telah di tetapkan tentu sekali sangat baik sekali, islam merangkumi setiap aspek .Kita kena percaya pada Allah ..
kalau nak ikut undang-undang Allah , ikut dulu perintah Allah...apa yang DIA suruh , buat..apa yang DIA larang , jauhi...inshaallah , dengan tersendiri kita mendididk hati kita ni ikut hukum Allah :)
takut kerana salah
Kenapa Malaysia tak mahu laksanakan sdgkan kita negara Islam..sbb berbilang bangga? Nak tggu jenayah bunuh sudah tak dpt dibendung..
Mmg salute dengan Sultan Brunei.....rasanya Malaysia pun tak lama lagi ni.....PM tengah buat research tu...
semoga Malaysia dpt mencontohi Brunei.
undang2 Allah bukan saja-saja...kalau kita laksanakn, in sha Allah bahagia.
Kita sekadar menanti...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”