Di dunia ini, setiap yang di ciptakan Allah amat sempurna, unik dan cantik. Mungkin sesetengahnya di cipta dengan sedikit kekurangan namun di beri pula kelebihan yang lain. Kita harus bersyukur dan redha dengan setiap kurnian dari Allah kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi. 

Hobi ku membelek bunga rumput ini telah mengajarku banyak perkara yang sebelum ini aku kurang ambil perhatian. Aku menjadi seorang yang lebih peka dan teliti dalam melihat sesuatu perkara. Jika kita sentiasa melihat sesuatu perkara dan benda dengan positif dan menarik, pasti hidup anda sentiasa indah dan ceria disamping penuh dengan pengalaman baru yang pasti mengejutkan, menyeronokkan dan memberikan ilmu yang amat berharga.

Koleksi Bunga Rumput

Panjang pulak celoteh... Anda belum puas?...kini tatapilah pula koleksi bunga rumput seterusnya... 

bunga rumput relaks minda
Rumput ini semakin jarang di temui. Bunganya cantik sekelompok bagaikan di hujung tanduk. Jika tidak di zoom gambarnya, pasti tidak terlihat bahawa ianya mempunyai banyak kuntuman bunga.

bunga rumput relaks minda
Sukar di nyatakan yang mana satu bunganya...rasanya yang ada bintik2 putih itu.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Kalau dulu...paling tidak suka denga rumput ini kerana buahnya akan melekat di seluar. Tidak pernah perasan pun yang ia juga berbunga. Lihatlah betapa cantik bunganya seperti bunga raya...Jika tidak kerana saiznya yang kecil, lebih kecil dari syiling 5sen pasti ada yang mahu menanamnya di pasu.

bunga rumput relaks minda
Rumput ini mungkin biasa anda lihat kerana ianya mempunyai daun yang berwarna kemerahan dan sering di tanam sebagai rumput hiasan. Ianya juga berbunga...lihatlah betapa unik bunga rumput ini... 

bunga rumput relaks minda
Ini juga salah satu rumput hiasan yang mengeluarkan bunga2 halus yang banyak. Ianya sungguh cantik.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Ini pula salah satu jenis rumputyang merayap...bunga cukup halus, tapi bila di zoomkan...sungguh cantik, seperti bunga orkid.

bunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini pun seperti bunga orkid...kerana ianya kecil, maka kecantikan nya tersembunyi dari pandangan mata kasar.

bunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini bak bunga matahari...tapi berwarna putih...

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Ini mungkin biasa anda lihat...lagi pun bunganya sedikit besar dan mudah di lihat. Bunga rumput semalu ini sungguh cantik sekali bentuk dan warnanya. 

bunga rumput relaks minda
Tidak semua bunga itu mempunyai kelopak, lihatlah bunga rumput ini yang berbentuk unik sekali. Berhati2 dengan daunnya yang sedikit tajam bak mata pisau...bisa menghiris tanpa di sedari.

bunga rumput relaks minda
Lihatlah betapa halusnya bunga rumput ini...lebih kurang sama saiz dengan semut hitam itu.

bunga rumput relaks mindabunga rumput relaks minda
Bunga rumput ini cukup banyak dan subur sekali di tepi parit di hadapan rumah. Bunga berkembang pabila mentari mula bersinar hinggalah tegak di kepala...selepas itu ia pun kuncup. Umpama titik2 kuning di celah kehijauan daun bila di lihat dengan mata kasar. Rupa dan bentuk bunga rumput ini sungguh cantik seperti orkid desa.

bunga rumput relaks minda
Sukar sekali untuk mendapatkan focus yang tepat bunga rumput ini kerana ianya sungguh halus. Jika di perhatikan...bunganya mempunyai bentuk yang sangat menarik, sungguh unik sekali.

bunga rumput relaks minda
Spesis rumput yang biasa kita lihat di padang2. Bunganya cukup mudah melekat di pakaian.


Jika anda ada kemahiran atau hobi yang unik dan pelik...jangan merasa malu, teruskan ia selagi ianya adalah hobi yang tidak mendatangkan kesalahan dan kemudaratan dari segi kesihatan, undang-undang mahupun agama. 

Ingatlah... kelainan yang anda buat akan membawa anda lebih jauh kehadapan kerana....anda unik! Satu dalam sejuta. Jadikan ianya satu aktiviti yang anda lakukan dengan penuh minat dan tanpa paksaan.... dan akhirnya ia akan memberikan kenikmatan, keseronokan dan impak positif dalam diri anda...

Jika ada lagi koleksi terbaru bunga-bunga rumput...nanti akan aku kongsikan lagi bersama anda....

Hobi Belek Bunga Rumput...Koleksi 1
Bermulanya Hobi Belek Bunga Rumput

p/s: Entri edited...published on 10/12/2012 14:24
Admin...

6 comments - "Hobi Belek Bunga Rumput... Koleksi 2"

BM.knah suka bau rumput yang baru lepas dimesin..wangi..pelik tak? Rasa macam bau kg knah nun ditepi bendang..hehe

Ada rumput yg boleh melegakan demam.. tapi dah lupa rupa dan namanya..

hainom OKje delete icon 12:46 PTG

Ohhhh kira bukan perempuan je minat bunga ni....abewe pun suka jugak yeh....mesti dalam hati banyak taman ni....

Memang hebat koleksi ni. Pasti ada kesitimewaan setiap ciptaan-Nya.

syok jugak sebenarnya bila kita diasyikkan dengan keindahan alam ni

Kathy Rbain delete icon 10:53 PTG

cantiknyer...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap