Assalamualaikum... Salam Sejahtera.
Bersyukur kita tinggal di negara ini yang rezekinya melimpah ruah. Pelbagai makanan boleh kita nikmati dengan mudah. Sama ada ianya hasil dari dalam negara mahu pun di import dari luar negara.
Setiap dari makanan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Makanan yang bersesuaian perlu untuk kesihatan jasmani dan rohani agar dapat menjalani kehidupan ini dengan sihat dan ceria. Anda boleh dapati panduan dan maklumat ini dengan mudah. Ada pula yang berbesar hati menyediakan info ringkas untuk sebaran agar dapat memberi manfaat buat semua orang.
Anda lihat sahajalah info-info di bawah ini. Pelbagai sumber makanan diberikan untuk kesihatan anda. Ianya menambahkan ilmu dan memberi kemudahan untuk kita memilih agar bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kesihatan tubuh badan.
Pilihan makanan yang mempunyai sumber magnisium yang tinggi
untuk tulang dan gigi
Makanan yang mengandungi nutrasi yang tinggi
Pilihan makanan yang dapat mengurangkan tekanan darah
Sesuai untuk kesihatan kulit
Makanan yang dapat mengurangkan tekanan
Makanan yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh badan
Makanan untuk kesihatan otak
Ini hanya sebahagian kecil dari pelbagai info yang terdapat di mana-mana sahaja di dunia maya ini. Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah menyediakan panduan yang bermanfaat untuk semua orang. Semoga amal jariah anda mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Selain dari kesihatan badan dan otak...Sebagai seorang manusia, kesihatan jasmani sahaja tidak lengkap jika tidak menjaga kesihatan rohani. Satu anggota badan yang paling perlu di jaga agar mendapat makanan yang sewajarnya untuk membentuk keperibadian yang mulia. Ya...ianya adalah hati. Hati perlu di beri makanan agar sentiasa sihat dan terjaga.
Makanan Untuk Hati
Apa pula makanan yang paling bagus untuk hati?
- Ayat-ayat A-Quran - bacalah dan fahami maksudnya
- Solat - Solat wajib tepat waktunya disamping solat sunat di malam hari
- Bergaul dengan orang-orang beriman dan beramal soleh
- Berpuasa - mengawal hawa nafsu dan bersabar
- Berzikir - Lakukannya sepanjang masa
Semoga kesihatan jasmani dan rohani kita terjamin dan lengkap.
Jagalah kesihatan anda agar kita sentiasa sihat untuk menjalani kehidupan ini. Dapat bergembira melakukan sebarang tugasan disamping insan-insan tersayang. Dapat melakukan amal ibadah dengan mudah tanpa sebarang gangguan. Pilihlah makanan yang sesuai dan bertepatan untuk kesihatan jasmani dan rohani. Semoga kehidupan kita terjamin di dunia dan akhirat.
23 comments - "Makanan Untuk Kesihatan Jasmani Dan Rohani"
Salam raya aji..nice entri.
masyarakat sekarang nie dah banyak terdedah dengan makanan segera...
Terima kasih informasi. Selamat berhari raya
Salam 'Aidil Adha buat BM... ^^
Nyenyak tidur berlipat badan,
Bertindan bantal mencucuh cimni;
Banyak berdengkur akibat makan,
Makanan yang halal membasuh rohani.
hari raya nnti ramai rasanyer akan tinggalkan makann kt atas tu.
hehe..
dh lepas raya baru amalakn balik :)
Salam Aidil Adha BM. Maaf zahir dan batin.
good info
slmt hari raya aidiladha
nice sharing.. hati yang sihat akan terpancar dimuka yang suci.. so jaga lah hati semoga dapat menceriakan hidup & sentiasa hidup sihat..
Selamat Hari Raya Qurban BM =)
Subhanallah.. perkongsian info yg baik. Makanan yg baik dpt memberi kesihatan jasmani utk beribadah & rohani yg bersih agar senantiasa dpt mengingati Allah swt, in shaa Allah.. Salam Aidil Adha semoga bersama2 beroleh keberkatan.. amin :)
Salam Idul Adha BM. Minum air putih tu pun kdg2 dah susah nak amalkan, selalu lupa. Apatah lagi pelbagai makanan yg tersenarai di atas. Bagaimana pun semakin meningkat usia ni memang kena jaga sangat pemakanan kita.
betul tu, selalu orang pentingkan makanan untuk jasmani saja.. sebenarnya makanan untuk rohani pun penting juga.. baru sihat luaran dan dalaman..
pilihlah makanan yang bagus serta sihat ye tak? makanan sebenarnya memainkan peranan yang besar sama ada dalaman ataupun luaran seseorang manusia itu...
makanan rohani yg melambangkan keperibadian seseorang. nice info
salam aidil adha ... insha Allah , aaamin . suka bila tgk lada tu leh turunkan darah ...
alhamdulillah, good informasi. nanie suka makan coklat, buah, kekacang. alahamdulilah pilihan tepat utk kesihatan. yeayyy!!
terima kasih atas perkongsian ni,
ika kurang makan makanan mengikut gambar di atas,
kadang2 tu makan je apa yang ada, apa yang nampak depan mata,
selamat apa yang ika makan tu ada juga yang menyumbang untuk kesihatan badan :)
penuh berinformasi. Selamat Hari Raya tuan. Maaf zahir batin :)
Salam Aidil Adha. Saya suka makanan kekacang yang menguatkan otak.
makanan yang terjaga dari soal halal dan haram akan memastikan doa kita mudah dimakbulkan oleh Allah SWT..
Jangan mementingkan makanan utk kesihatan sahaja..tp makanan hati lagi penting..paling bagus carilah sumber mKanan yg halal lagi suci..
seperti biasa,perkongsian bermanfaat..
Kita lebih memikirkan makanan untuk fizikal, sebaliknya untuk rohani mahu tak mahu saja.
jasmani dan rohani perlu seiring diisi
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”