Cuti Hari Raya Aidiladha tempohari berkesempatan pulang ke kampung mertua di Tg. Karang. Pulang ke kampung adalah saat yang sungguh menenangkan. Awal-awal pagi sesudah subuh, mesti saya akan keluar ke halaman rumah untuk menikmati kesejukan suasana sehingga mentari terbit. Suasananya sungguh nyaman, tenang dan menyegarkan di samping mendengar pelbagai irama kicauan burung. Itulah nikmatnya di kampung halaman, tidak akan dapat dinikmati di tempat lain.
Pabila berada di luar rumah pastinya meronda pusing-pusing sekitar halaman rumah sampailah ke rumah jiran sebelah. Kalau di sekeliling rumah, yang pasti menarik perhatian adalah pepohon bunga MIL. Dah lama tak cerita mengenai pokok bunga kesayangan MIL saya ini. Kali ini saya perlihatkan anda satu kelompok pokok -pokok bunga yang dilonggok bersama.
Kenapa di longgokkan? Senang saje jawapan MIL... "Senang nak siram." Betul juga... Sejak dari dulu lagi sekelompok pokok-pokok bunga ini di biarkan terlonggok di satu tempat. Untuk pengetahuan anda, bukan hanya ada satu kelompok tapi ada beberapa lagi.
Nampak biasa dan tiada apa yang menarik pun. Dalam satu kelompok ini ada pelbagai pokok bunga. Namun ianya tidaklah berbunga serentak. Oleh kerana saya mempunyai koleksi pokok-pokok bunga ini di kala ia berbunga, maka anda lihatlah jenis-jenis bunga yang ada di dalam kelompok ini.
Ini belum lagi di tambah dengan pokok yang tidak berbunga dan pokok ubi... Selalunya kalau ada pokok lain yang tumbuh melainkan rumput...biasanya MIL biarkan sahaja.
Ini baru satu kolompok pokok-pokok bunga. Ingin lihat kelompok yang lain...Hmmm kena minta izin MIL dulu. MIL tidak terlalu mengikut susunan yang tertentu. Biasanya beliau meletakkan pokok-pokok bunga kesayangannya di lokasi yang dirasakan sesuai. Tiada teknik susun dan hias. Tapi ia biasanya mesti sesuai untuk pokok-pokok tersebut terutamanya untuk mendapat sinaran matahari.
Begitulah sekelompok pokok-pokok bunga, menjadi penyeri halaman rumah. Di suasana kampung yang menenangkan jiwa dan minda.
Admin...
40 comments - "Sekelompok Bunga Setenang Kampung Halaman"
Melihat putik & kuntum bunga2 di waktu pagi mmg suatu riadah minda yg cukup menenangkan.. apatah lagi jika suasana di kampung dgn aura matahari terbit & suara alam.. mmg cukup menyegarkan.. nikmat..
Seronoklah saudara BM, tngok bunga2 tu.. T kasih diatas perkongsian ye.. :)
Seronok tengok gambar bunga berwarna-warni. Cantik!
wow... ada lagi yang suka tanam bunga yep... bunga-bunga tu cantik sangt... :)
memang seronok kalau pepagi dapat menghirup udara terutamanya di kampungkan BM..tentunya MIL BM tu rajin menanam pokok bunga,,,Mak saya pun suka dengan pokok bunga,,,
Itulah hidup bermuafakat. Jika semua nak berbunga pada satu-satu masa, tak berserilah kelompok tu. Hebat benar.
MIL BM mesti selalu bercakap dengan bunga. sebab tu bunganya segar dan subur :-))
Seronoknya tgk bunga pagi2..., sy x pandai sngt tnam pokok yg berbunga...hehe...takat tanam puding ke...bunga raya ke..bole la...tanam orkid...mabuk daun je..bunga x kuar2....hahaha....
suasana kt kg mmg menyamankan
suasana kampung sangat menenangkan.. senang nak siram pokok bunga kalau susun pasu macam tu..
Suka balik kampung coz meriah..nway kita suka orkid purple...cantik...
mengamit rindu mama pulak kat kampung mama sendiri, ayah suka tanam pokok-pokok bunga ni.... rinduuuu..
Maca makmertua sy jgk la ni..suka bela bunga.. bunga sy dah kering..alaaa
haha , memang senang nak siram , pastu jimat air...yang tu paling penting...hehehe
rumah dekat kampung banyak la pokok bunga ni..mak suka tanam pokok bunga..tapi kena hati2 lau dgn orang yg suka tanam pokok bunga ni..jgn duk main petik je..nnt kena marah tak pasal2..sampai dgn jiran pun bleh bermasam muka tau..hahaha
Wan suka menanam pokok juga. Tapi bagus juga idea meletakkan serumpun mcm tuh. Senang nak siram....heheh.
Sekarang ni asyik pancut-pancut air guna getah paip jer. Kadang-kadang tempat yang tak patut kena air pun turut basah.
Benar sekali Khir...nikmat ketenangan yg sungguh nikmat
Terima kasih wanariahamiza (panjang dan berbelit nak mengeja dan menyebutnya...hehe unik!)
Orang tua di kampung...bunga2lah penyeri halaman
Tersangatlah rajinnya...menjadi aje pulak tu! kekadang jeles juge...hehe
Betul tu...setiap pokok ada masa berbunganya...tapi bunga butang tu berbunga aje sepanjang masa... :)
Saya pun dengar orang kata macam tu...kalau selalu bercerita dengan pokok bunga, ia akan subur dan mudah berbunga...Hmmm, agaknyelah kak Anim.
Saya pun macam anda. kalau tanam pokok berbunga...sukar jer nak berbunga, huhu
Ya...lokasi terbaik untuk mendapat kesegaran dan ketenangan
Memang betul kata MIL dan Mieza...tapi di kampung, tanah luas bolehlah letak sesuka hati kan...
Setiap kali balik mesti rasa macam nak tinggal terus...
Kalau rindu...pulanglah mama :))
Asyik dgn kek aje, mana ada masa dah dgn pokok bunga... Mieza tanam pokok bunga plastik ajelah ye, hehehe
Betul tu...orang tua manalah lalu nak menyiram, angkut air pulak tu...halaman dah le luas. Cara termudah...longgokkan saje :)
Sesiapa pun mesti marah. Setakat ni xdelah nak main suka2 petik... hehe
Curi2 amik gambar je.
Kalau di bandar xperlulah kot...halaman bukannya luas pun. Dikampung xmain pancut2...kena angkut, tu yg sesuai letak selonggok mcm tu.
Sesekali publish le pokok2 tanaman anda :)
kalau kat kampung,memang berseri dengan bunga2an..kat bandar ni susah sikit nak menanam bunga..
Kampung dihati sentiasa. ..
Saya pun suka ambik gambar bunga kalau balik kg
berkenan lak kat bunga kuning berdaun tebal tuh . mcm x pernah nampak . klu tinggal balik kg lama pun x per . simpan air ...
BM bunga apa ada kerengga tu..=)
ya saya setuju..suasana kampung memang menenangkan fikiran..
Syok betul yeh pagi pagi dah merayap halaman rumah tengok bunga bungaan hehe.... Tak payah bersusah payah kat dapuq!
Gi sembelih ayam gi ..... pas tu masak kari...Opah nak makan! hehe
semua cantik2lah BM & maaf lambat terjah semula, bercuti, busy dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !
suasana kt kg mmg nyaman =) nk2 pekena air perigi pulak diwktu subuh..mmg mnygarkn badan..rindu pulak kt kg..smua tu dh tggl kenangan..cntik smua pkok tu..pdai berbakti pd tumbuhan..suka tgok bunga orkid
Bunga yg cntik
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”