Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Saya akan cuba menyelesaikan semua permintaan di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda ini secepat mungkin. Maaflah kerana lambat sedikit dalam menunaikan permintaan anda...yang penting saya tetap cuba tunaikan. Bagi yang terlupa...Anda boleh lihatnya semula di SINI
1. Minta Relaks Minda buat Giveaway (GA) - Adhie Sunan, Hijau Zamrud dan Ummiarissa
BM - Insyaallah...jika saya mempunyai banyak masa, saya akan lakukan. Untuk menganjurkan Segmen atau GA memerlukan komitmen dan masa. Tidak mudah sebenarnya kerana ianya akan melibatkan banyak pihak dan perlukan strategi dan persediaan yang rapi agar ianya berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak.
JIN - "Giveaway tu apa...'Bagi Dan Blah!' Tak bagus oooo..."
2. Mahu jadi popular dan trafik seperti Relaks Minda - Ummi Kami, Asyifa, Kakizan dan Fizi
BM - Saya belum cukup layak untuk memberikan tips dan panduan. Saya cuma boleh kongsikan pengalaman sahaja ya.
i) Setkan niche untuk blog anda. Ianya akan menjadikan blog anda unik dan tersendiri. Jika anda tiada niche pun tak apa, cuba dapatkan satu atau dua topik yang anda boleh jadikan ianya satu entri berterusan dan berkait. Ianya membantu membina jenama blog anda. Personaliti anda juga penting. Anda perlulah mesra dan kalau unik lagi bagus. Ikhlas dan jujur serta beretika ketika berbelog.
ii) Pastikan blog anda menepati ciri-ciri SEO (penggunaan h tag). Mempunyai sitemap dan sebagainya. Ilmu ini anda boleh pelajari dari banyak tutorial mengenainya oleh blogger ternama.
iii) Entri yang berkualiti dan juga memenuhi ciri-ciri SEO seperti keyword dan teknik mengarang.
iv) Daftar dengan pengindek enjin carian seperti Google webmaster dan Bing
v) Rajin update entri (sekurang-kurangnya 1 entri sehari) dan mesra dengan pembaca. Rajin blogwalking.
vi) Promosi blog anda sekerap yang boleh di media sosial seperti FB dan Twitter. Gunakan perkhidmatan Ping untuk lebih berjaya. Ianya penting di permulaan...bila sudah stabil anda tidak perlu lagi melakukannya dengan kerap, hanya sesekali sahaja.
vii) Lakukan semua diatas dengan minat tanpa memaksa diri kerana 3 bulan pertama anda bersemangat...tapi lepas itu anda akan rasa bosan! Hanya dengan semangat dan minat sahaja akan membawa anda ke mercu kejayaan. Setkan target anda setiap 3 atau 6 bulan dan fikirkan strategi untuk mencapainya.
Ini yang saya lakukan... Semoga anda berjaya!
JIN - "Buat segmen dan bagi hadiah rumah banglo, kereta bmw, tv led 60", tiket melancong ke Eropah...mesti populer punyalah!"
3. Mengharapkan saling menegur dan Jangan rahsia identiti - PakcikLie PCL
BM - Ya..saya juga mengharapkan yang sama, sesamalah kita saling menegur dalam berblogging kerana kita kadang kala terlupa atau tidak tersedar yang kita telah melampaui batas. Menegur dengan cara yang betul demi untuk kebaikan dan peningkatan bersama. Pasal identiti tu, maafkan saya... biarlah identiti sebenar kurang dikenali kerana saya kurang selesa untuk dikenali di dunia realiti sebagai Bin Muhammad.
JIN - "Ini... pakcik yang menang moto ke?"
4. Mahu Internet laju - Blogger Lelaki
BM - Macammana saya nak tolong ni...saya guna streamix pun OK je... Apa yang penting anda mesti ada duit, segalanya anda boleh dapat! hehe
JIN - "Tikar terbang aku lagi laju...hohoho!"
5. Mahu semua berkongsi kegembiraan, positif dalam hidup dan muhasabah diri - NorSalina
BM - Hidup ini tidak boleh sentiasa gembira, ada masanya kita perlu rasa sedih dan duka kerana tanpanya tiada rencah perisa nikmat kehidupan. Ya...perlu bersikap positif dalam apa jua keadaan dan muhasabah sentiasa agar kita tidak terlalai dan terleka akan matlamat kehidupan ini. Sama-samalah kita saling mengingati.
JIN - "Jadi jin juga senang..."
6. Kongsikan mengurus masa blogging - Yumida
BM - Bagi saya masa blogging hanya di lakukan pada masa terluang. Ianya bukan satu kewajipan dan kemestian. Lakukan sebagai satu hobi dan minat. Lainlah jika anda blogger sepenuh masa dan menjana pendapatan... mungkin punyai banyak masa. Dengan masa yang anda ada, cuba tulis sebanyak mungkin entri dan simpan sebagai draft. Publish hanya bila perlu. Oleh itu bagi saya..anda sendiri yang tahu bila masa yang anda ada dan gunakan ianya sebaik mungkin untuk menulis entri, reply comments dan blogwalking.
JIN - "Mengurus masa lagi mudah dari menguruskan badan...hahaha"
7. Mahu entri mengenai keluarga BM - Bunda a.k.a KN
BM - Bunda...kalau tak dapat nak penuhi tak pa ka? Maafkan saya...ada perkara yang tidak perlu saya dedahkan. Tapi kalau bunda mahukannya juga, saya boleh ceritakan khas buat Bunda. Sila bagi e-mail address.
JIN - "Ini orang tak boleh dedah2 nanti ramai cari...mahu aku lah! dia punya JIN!"
8. Cara pilih tajuk - Amanina
BM - Tajuk entri jangan terlalu panjang. Mesti rigkas dan padat. Ianya mesti berkait dengan entri atau sebagai pembayang entri. Perkataan sebaik-baiknya yang selalu menjadi carian di enjin carian. Selalu anda guna carian di google... perkataan dan ayat bagaimana yang anda tulis? Maka itulah panduan untuk anda menulis tajuk. Elakkan perkataan penyambung ayat seperti dan, yang, ke, dari dan sebagainya. Tajuk merupakan keyword utama dalam enjin carian...ketepatan dan pemilihannya amat penting!
JIN - "Cuba letak tajuk JIN...mesti popular, haha"
9. Ajar buat Giveaway (GA) - Zana Fahmi
BM - Saya tiada pengalaman dan pengetahuan untuk mengajar anda buat GA. Ada beberapa blog yang memberikan tips...cuma anda perlu google. Maaf...sesuatu benar2 yang saya tidak mampu berikan. Dah pandai nanti ajar saya pula ya!
JIN - "Buat GA kasi hadiah RM ribu-ribu ya..."
Cukuplah setakat ini... Tulis panjang-panjang, nanti bosan pula nak baca. Kepada anda diatas...diharapkan berpuashati dan maaf jika ada yang tidak menepati kehendak dan tidak mampu saya tunaikan.
Kepada anda yang masih belum ditunaikan permintaannya, diharap bersabar...Tidakkan lari gunung di kejar. Insyaallah...minggu hadapan, semua permintaan akan selesai di tunaikan.
Admin...
52 comments - "Tertunai Sudah Permintaan Anda - Episod 3"
Keep it up BM... I will always support Relax Minda.. =)
Mama pun support BM jugak tau, apa yang dikisahkan di atas, umpama memberi tips untuk mama maju jaya dalam dunia blogging.. terima kasih..:)
Asaslamualaikum BM, wahhh bestnyaa. bagus ni. seperti segmen anda tanya, saya jawab. hehehe
salam jumaat BM.. jawapan untuk jadi popular tu aiza paling suka.. :D
Salam Jumaat.. :D terima kasih daun keladi
rajinnye jin tunaikan permintaan... baguskan ada jin. :D
bro aku pun nak bela jin jugak la..ha3
hehehehheeh..terbaiklah komen2 jin tu..
saya akan support GA jika BM buat....asalkan saya menang...hahahaha
Wahhh... goooddd... ^_^
tip yg berguna...(suka komen jin tu....)
best bc entry ni...
BM, ..kalau jin tu sy kenal..perutnya boncit kepala botak pakai tonceng haha..tak apalah kalau begitu..yg penting kita manusia as a blogger maya kena tegur menegur juga. jangan keteguran suda..
Senyum kakak dibuatnya BM. Ada juga yg kakak baca khusyuk contohnya bila bab yg nak naikkan rating tapi yg banyak buat kakak senyum sendiri. Bila org dok tanya pendedahan diri itu yg kita mesti nak masukkan kepala dlm sarung macam kura-kura hihi...
Wah.. hajat tertunai hari Jumaat ni.. pasti banyak hikmatnya.. Salam Jumaat saudara BM :)
wah pertanyaan yumida dah terjwb
thanks BM..lepas ni kena aturkan masa yg terbaik dlm blogging even masa tu seciput je..hikhik
yumida pun jenis yg x dedahkan identiti..lebih selesa begini
yg GA tu..beznye klo ade org hadiahkan keta sebijik..hohoho
ini jin..mesti jenis jin kelakar punya kan =)
bm ni seorang yg kuat berahsia , tak suka menonjolkan diri dan low profile ... klu berselisih kat Bagan Datok pun tak kenal nih ... heheheeee
Mahu tanya tuan BM, camne nak jadi macam BM eh. BM punya daya tarikan aura yg sangat kuat.
Thanks Zaza...U are best!!
Terima kasih Mama...kehadiranmu dinanti selalu
Lebih nkurang begitulah...tak boleh buat selalu, xterjawab di buatnya...hehe
Waalaikumsalam... Jawapan BM ke jawapan JIN? hehe
Semoga Kakizan berpuas hati :)
Itulah untungnya ada jin...hehe
Boleh aje...tapi jangan cilok jin teman dah le...
Suka dekat jin je...huhu
Hahaha...Boleh! tapi Ummi jadi sponsor ye...
Thanks CF ...:)
Terima kasih KakCam
Terima kasih izan...
Memang PCL kenal...selalu main guli kat rumah sebelah...hahaha
Jangan tegur ye.
Hanya yang memahami faham akan situasinya...Kita serupa Kakzakie
Salam Jumaat juga Khir...
Tak dapat bayangkan apakah permintaan cik akak...terlebih sudah, hihihi
Setiap orang ada cara masing2...itulah yg membezakan setiap blogger dan menjadi identiti tersendiri. Semoga puas hati ya...
salam jumaat, harap terjawab segala persoalan :)
Jin kelakar tapi suka menyakat..huhu
Jangankan berselisih...berlanggar pun memang xkenal...hehe
Kalau nak jadi macam saya...saya nanti nak jadi ape ye... Jadi jin kot, hehe
Daya tarikan? Aura? Saya tidak punya apa2, saya hanya menjadi diri saya sendiri...dan sedikit berfantasi... Blogging lah dengan ikhlas utk berkawan dan berkongsi...
As salam Encik BM, wah, semakin cantik menawan blog ni.Saya cemburu melihat border berwrna hijau dengan corak daun tu, cantik sangat!.
tahniah kepada semua yang sudah ditunaikan permintaannya. Semoga persahabatan dalam dunia blog ini memberi banyak kebaikan kpd kita semua..:)
Kalau BM buat GA, I will join. Pasti nya sbb slalunya tidak pernah menghampakan. Hehe..
Kalau BM buat GA, I will join. Pasti nya sbb slalunya tidak pernah menghampakan. Hehe..
huhu..kdang2 jin pn lmbt menunaikn hajat..
Baru setahun dah capai pencapaian sebegini memang terbaekk...
he3..bgusnya jin =) dah banyak yg tertunai..entri yg kreatif..selain dpt mmbca..boleh tunaikn permintaan pembaca..serba sedikit dpt menambah ilmu blogging..
BM ni seorang yg merendah diri walaupun trafiik tinggi..tabik..:)..
pstt..suka dgn template baru ni..
ternyata BM bekerja keras untuk memenuhi permintaan para peminatnya..
Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Banyak juga maklumat yang baik di sini yang boleh dijadikan panduan untuk terus maju berblogging. Terima kasih BM.
Kalau tajuk entri ni tukar kpd..... Anda bertanya, saya sedia menjawab....pun sesuai jugak!hehe
assalam, qwh! bunda dah jumpa dah permintaan bunda .. terima kasih JIN.. boleh PM jer kat FB bunda... bunda mungkin terlepas pandang entri ni..masa tu bunda balik kampung..
Macam2 pertanyaan dan permintaan korang ni..sy pulak nak blog jadi glemer mcm blog Fatin Liyana..macam mana tu? haha..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”