Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.
Ilmu tasauf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah.
Sesungguhnya martabat nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu yang pertama benar-benar diredhai Allah SWT yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT. Hakikat ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya: “Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha meredhai oleh Nya dan masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Fajr: 27- 30).
Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.
Kembali kepada sifat Mahmudah dan Mahmudah. Imam Ghazali telah memudahkan kita di mana beliau telah menggariskan sepuluh sifat-sifat ini di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin'
10 Sifat Mahmudah
- Taubat
- Khauf (Takut)
- Zuhud
- Sabar
- Syukur
- Ikhlas
- Tawakkal
- Mahabbah (Kasih Sayang)
- Redha
- Zikrul Maut (Mengingati Mati)
10 Sifat Mazmumah
- Banyak Makan
- Banyak Bercakap
- Marah
- Hasad
- Bakhil
- Cintakan Kemegahan
- Cintakan Dunia
- Bangga Diri
- Ujub (Hairan Diri).
- Riya' (Menunjuk-nunjuk).
Untuk mencapainya kita perlu mempunyai hati yang bersih dan suci. Jika anda inginkannya sila dapatkan rawatan hati anda di SINI.
Semoga Allah SWT menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. Walaupun ianya tidak mudah tapi lakukan dengan perlahan serta istiqamah (berterusan) Insyaallah... tiada yang mustahil.
Terima kasih bersama Relaks Minda... Bersama kita meningkatkan ilmu untuk kebahagiaan didunia dan diakhirat kelak.
Admin...
28 comments - "Sifat Mahmudah dan Mazmumah"
nak ambil sifat-sifat mahmudah...tinggalkan sifat mahmuzah...salam jumaat BM
Assalammualaikum...BM,
Terima kasih sangat2 atas ingatan ini disamping santapan mata dan rohani...
mselim3
assalamualaikum...salam jumaat yg berkat...
tq mengingati
Mak ai...... sifat mazmumah tu no 1 dan no 2 dah kena batang hidung!.... Perli opah nampaknya ni hehe.......
Bukan mudah utk mencapai sifat tasauf yang tinggi, tapi kena ada niat dan azam dalam diri untuk sentiasa memperbaiki ....
Sifat riak/ujub itulah yg paling sukar dibendung dan kadang terjadi tanpa sedar BM. Bila tersedar segera patah balik moga mendapat keampunan. Kadang tujuan untuk memberikan ilmu tapi terdetik sedikit riak habis semuanya... Allah... begitulah bukan mudah mendidik hati kita yg sering dihasut nafsu mazmumah...
Salam Jumaat... :D
p/s: bloglist sahabat tu .. dah update ker? (sajer tanya).. :D
salam jumaat BM.. semoga kita semua mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah..
Salam jumaat BM..
ambil ikhtibar dalam entry ni =)
salam jumaat...:)
satu perkongsian yang baik, bersama lah kita berdoa agar dihindari dengan sifat-sifat keji tersebut...
Teeima kasih atas peringatan ini.
semoga kita diajuakan dari sifat mazmumah itu
good sharing
terima kasih....semoga kita terhindar dari sifat2 mazmummah
Salam jumaat. Ilmu itu indah. :)
Salam jumaat BM..moga dikurniakan sifat mahmudah dan dijauhi sifat-sifat mazmumah...
Semoga peringatan ini membawa manfaat bersama kepada kita semua..
semoga semakin meningkat usia kita,perangai pun semakin berubah...
moga kita mencontohi sifat mahmudah
nak bersihkan hati itu yang paling susah dilakukan. semoga Allah memberikan hidayahNya buat kita semua. amin...
salam blogging selalu,
semoga kita dijauhkan dr sifat mazmumah dan sentiasa dihiasi dengan sifat mahmudah.. :)
Salam Jumaat BM. Amal makruf nahi mungkar.
Subhanallah.. semoga kita semua sentiasa didampingi dgn sifat mahmudah dan dijauhi dari sifat mazmumah.. amin. Salam Jumaat :)
aishh..gua kena kurang makan la jawabnya nih..
terima kasih atas perkongsian ini..
Terima kasih ilmu yang dikongsikan
Masih lagi perlu merawat hati..
perkongsian yg baik ini
Inshaa'Allah =) sma2 kita hindari dari sifat2 mazmumah dan ambil spnuhnya sifat2 mahmudah..Alhamdulillah ilmu yg bermanfaat..sma2 kita rawat hati
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”