Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWSetelah wafatnya Rasulullah SAW pada waktu dhuha di hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 H, langit Madinah dikala itu mendung. Bukan mendung biasa, tetapi mendung yang penuh dengan kesuraman dan kesedihan.

Seluruh umat manusia bersedih, burung-burung enggan berkicau, dedaun kurma enggan melambai, angin enggan berhembus, bahkan matahari seakan tidak mahu muncul. Seluruh alam bagaikan menangis kesedihan, meratapi kehilangan seorang insan paling mulia yang diutus sebagai pemimpin dan rahmat sekalian alam.

Bilal Bin Rabah

Di salah satu sudut di Masjid Nabawi, kelihatan seorang lelaki yang hitam legam kulitnya menangis hiba tanpa hentinya. Dan kini waktu solat telah tiba, maka lelaki yang hitam legam itu pun bergerak menunaikan tugasnya yang biasa iaitu mengumandangkan azan. Beliaulah Bilal bin Rabah.

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”
Suara yang merdu nan lantang terdengar di seluruh Madinah. Penduduk Madinah pun bergerak menuju masjid. Masih dalam kesedihan, tersedarlah beliau bahawa insan yang selama ini selalu mengimami mereka tidak akan muncul lagi dari biliknya di sisi masjid.

“Asyhadu anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha ilallah….”
Suara merdu itu kini bergetar. Penduduk Madinah bertanya-tanya akan apa yang berlaku padanya. Para jemaah yang sudah berkumpul di masjid melihat tangan Bilal kini bergetar tidak ketentuan.

“Asy…hadu.. an..na.. M..Mu..mu..hammmad…”
Suara merdu itu tak lagi terdengar jelas. Kini tidak hanya tangan Bilal yang bergetar hebat, seluruh tubuhnya menggeletar, seakan-akan dia tidak mampu untuk berdiri lagi. Wajahnya sembab. Air matanya mengalir deras, tidak terkawal lagi. Air matanya membasahi seluruh kelopak, pipi, dagu hingga mengalir menuruni janggutnya. Tanah tempat dia berdiri kini basah disirami oleh air matanya yang jatuh ke bumi. Seperti tanah yang disirami air hujan.

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

Dia mencuba untuk mengulangi kalimah azannya yang terputus. Salah satu kalimah dari dua kalimah syahadah. Kalimah persaksian bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

“Asy…ha..du. .annna…”
Kali ini dia tidak mampu meneruskannya lagi. Tubuhnya mulai hilang imbangan. Sahabat yang paling hampir padanya memeluk beliau lalu meneruskan azan yang terputus.

Azan Terakhir Bilal

Disaat itu, bukan hanya Bilal yang menangis, tapi seluruh jemaah yang berkumpul di Masjid Nabawi, bahkan yang tidak berada di masjid juga turut menangis. Mereka semua merasakan kepedihan ditinggal Kekasih Allah untuk selama-lamanya. Semua menangis tetapi tidak seperti Bilal yang begitu kuat kesedihannya. Tidak ada siapa yang tahu kenapa Bilal seperti itu kecuali Abu Bakar as-Siddiq.

Itulah azan terakhir Bilal, beliau berhenti dari tugasnya mengumandangkan azan. Ini kerana disaat Bilal mahu mengumandangkan azan, tiba-tiba kenangannya bersama Rasulullah SAW pasti terbayang di fikirannya. Dia tidak mampu mengawal perasaan. Dia teringat bagaimana Rasulullah SAW memuliakannya di saat dia selalu dihina, hanya kerana dia seorang budak dari Afrika yang hitam legam. Dia teringat bagaimana Rasulullah SAW menjodohkannya. Ketika itu Rasulullah SAW meyakinkan keluarga wanita tersebut dengan berkata, “Bilal adalah pasangan dari syurga, nikahkanlah anak perempuanmu dengannya”.


Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

Bilal amat tersentuh mendengar sanjungan Rasulullah SAW terhadap dirinya, seorang budak lelaki berkulit hitam legam dan tidak tampan. Kenangan akan sikap Rasulullah SAW yang begitu lembut pada dirinya sentiasa menerjah mindanya disaat dia mengumandangkan azan. Teringat pula akan sabda Rasulullah SAW padanya, “Bilal, istirahatkanlah kami dengan solat.” lalu dia pun azan.

Kini tak ada lagi suara lembut yang meminta istirahat dengan solat. Bilal juga teringat bahawa biasanya beliau akan pergi menuju bilik Nabi yang sebelahan dengan Masjid Nabawi setiap kali hampir waktu solat. Tiba di depan pintu bilik Rasulullah SAW, Bilal berkata, “Saatnya untuk solat, saatnya untuk meraih kemenangan. Wahai Rasulullah, saatnya untuk solat.”

Bilal Membawa Diri

Kini tak ada lagi insan mulia itu di bilik tersebut yang akan keluar dengan wajah yang ramah dan penuh rasa terima kasih kerana sudah diingatkan akan waktu solat. Hati Bilal makin perit menanggung kesedihan. Seluruh kenangan itu sentiasa bermain difikirannya. Rasa rindu dan cinta yang tersangat mendalam pada diri Bilal terhadap Rasulullah SAW. Bilal sudah tidak tertahan lagi, dia tidak sanggup lagi untuk mengumandangkan azan.

Abu Bakar tahu akan perasaan Bilal. Saat Bilal meminta izin untuk tidak lagi mengumandangkan azan, beliau mengizinkannya. Saat Bilal meminta izin untuk meninggalkan Madinah, Abu Bakar kembali mengizinkan. Bagi Bilal, setiap sudut kota Madinah akan selalu membangkitkan kenangan dan rindu terhadap Rasulullah SAW. Dia memutuskan untuk meninggalkan kota itu untuk pergi ke Damascus lalu bergabung dengan mujahidin di sana. Maka... Kota Madinah semakin berduka.

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

Pada awalnya, as-Siddiq merasa ragu untuk mengabulkan permohonan Bilal sekaligus mengizinkannya keluar dari kota Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya berkata, “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya.” Abu Bakar menjawab, “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah, dan aku memerdekakanmu juga kerana Allah.” Bilal berkata lagi, “Kalau begitu, aku tidak akan pernah mengumandangkan azan untuk siapa pun setelah Rasulullah SAW wafat.”

Abu Bakar menjawab, “Baiklah, aku mengabulkannya.” Bilal pun pergi meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Dia tinggal di daerah Darayya yang terletak tidak jauh dari kota Damaskus di Syria. Bilal kini benar-benar tidak mau mengumandangkan azan sehinggalah kedatangan Umar ibnul Khaththab ke wilayah Syam untuk kembali bertemu dengan Bilal setelah terpisah kian lama.

Umar Penyatu Umat

Dunia Arab kembali berduka. Kini sahabat terdekat Muhammad SAW, Abu Bakar as-Siddiq iaitu khalifah pertama pula menyusulnya ke pangkuan Ilahi. Lelaki yang bergelar Al-Furqan menjadi penggantinya. Umat Muslim menaruh harapan yang besar kepadanya. Umar bin Khattab berangkat ke Damascus, Syria. Tujuannya hanya satu, menemui Bilal dan memujuknya untuk mengumandangkan azan kembali.

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

Setelah dua tahun, berperang melawan pembangkang zakat, berperang dengan mereka yang mengaku Nabi dan berupaya menjaga keutuhan perpaduan umat. Umar berupaya menyatukan umat dan menaikkan semangat mereka yang mulai lelah akan pertikaian. Umar berupaya mengumpulkan semua muslim ke masjid untuk bersama-sama memperkukuh kekuatan kerana Allah SWT. Beliau Sekaligus kembali menguatkan cinta mereka kepada Rasul-Nya.

Umar memujuk Bilal untuk kembali mengumandangkan azan. Bilal menolak, tetapi bukan Umar namanya jika khalifah kedua tersebut mudah menyerah. Umar kembali memujuk dan terus memujuk. “Hanya sekali”, pujuk Umar. “Ini semua untuk umat. Umat yang dicintai Muhammad, umat yang dipanggil Muhammad saat sakaratul mautnya. Begitu besar cintamu kepada Muhammad, maka tidakkah engkau cinta pada umat yang dicintai Muhammad?” Bilal tersentuh, akhirnya bersetuju untuk kembali mengumandangkan azan. Hanya sekali iaitu di waktu Subuh..

Laungan Azan Bilal Kembali Berkumandang 

Hari dan saat Bilal akan mengumandangkan azan pun tiba. Berita tersebut sudah tersebar ke pelusuk negeri. Ratusan hingga ribuan kaum muslimin memenuhi masjid untuk mendengar kembali suara merdu  azan yang dilaungkan oleh Bilal.

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”
“Asyhadu anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha illallah…”
“Asyhadu anna Muhammadarrasulullah…”

Sampai di sini Bilal berjaya menguatkan dirinya. Berkumandangnya azan kali ini sungguh beremosi dengan kerinduan Bilal terhadap Rasulullah SAW lalu menghasilkan irama yang sungguh indah, Ya! terlalu indah! Alunan azan itu begitu menyentuh hati, merasuk ke dalam jiwa dan menerbitkan kerinduan mendalam terhadap Rasulullah SAW. Seluruh yang hadir tanpa disedari telah menangis kesayuan.

“Asyhadu anna Muhammadarrasulullah…”

Kini getaran iramanya semakin kuat. Menghanyutkan Bilal dan para jemaah di kolam rindu yang tiada berpenghujung. Tangis rindu semakin menjadi-jadi. Bumi Arab di kala itu kembali basah dengan air mata.

“Hayya ‘alash-solah, hayya ‘alash-solah…”
“Hayya `alal-falah, hayya `alal-falah…”

Seruan akan kebangkitan dan harapan berkumandang. Kini azam kaum muslimin meningkat dan semangat semakin membara!

Bilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAWBilal Meratapi Kewafatan Rasulullah SAW

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”

Allah Maha Besar, Maha Perkasa dan Maha Berkehendak. Masihkah engkau takut kepada selain dariNya? Masihkah engkau berani mengingkari segala perintahNya?

“La ilaha illallah…”

Tiada tuhan selain ALLAH. Jika engkau bertuhankan Muhammad, ketahuilah bahwa baginda telah wafat. ALLAH Maha Hidup dan tak akan pernah mati. Subhanallah... Semoga kita termasuk umat yang dirindukan Rasulullah SAW yang selalu tetap istiqamah, mengikuti dan mengamalkan Al-Quran dan sunnah-sunnah Baginda. Aamiin.


Sambungan dari... "Saat Rasulullah SAW Wafat"
Admin...

21 comments - "Rindu & Cinta Bilal Terhadap Rasulullah SAW..."

Terima kasih atas perkongsian kisah yg menyentuh hati. Satu persatu bait ayat dibaca hingga ke akhirnya. Sayu....

Mia Liana delete icon 6:01 PG

tersentuhnya hati ini.... begitu sayu terasa...

rasa cinta kita terhadap Rasulullah sampai ketahap itukah..??

Bunda_nora delete icon 8:23 PG

Subhanallah...Allahuakbar....terharu rasanya...

subhanallah...sayu hati saya BM...salam jumaat semua

Hairi delete icon 9:27 PG

Sungguh mengharukan...mengalir air mata ini. Subhanallah..Andai kita mampu menjadi seperti Bilal, merasai dan menikmati kerinduan terhadap Rasulullah SAW... Selawatku keatas Nabi.

Yana Yani delete icon 11:34 PG

sayu hati baca cerita ni
sungguh tinggi kasih bilal terhadap RASULULLAH
moga ianya menjadi renungan buat kita semua

terharu sungguh...

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

trksih ...terharu sungguh...saya suka baca kisah2 Rasulullah S.A.W....teruskan bercerita utk terapi minda....Subhanallah.....

Mizz Aiza delete icon 1:47 PTG

terharu dan sebak membaca artikel BM ini.. betapa kasihnya bilal terhadap rasulullah saw..

Vee Zawiah delete icon 1:50 PTG

aaamin ... insha Allah .

Montana delete icon 4:55 PTG

baru tadi khutbah ada sebut pasal Bilal..di mana beliau masa jadi hamba selalu kena seksa..tapi dia steady...

Shaiful Zaidi delete icon 10:44 PTG

hebatnya Bilal Bin Rabah..

OKje delete icon 12:05 PG

Hebatnya akhlak Rasulullah ...
Sayulah baca cite ni.... menetes tau air mata mak....huhu..
Dah muncul balik? Dah ok?

Teena Tna delete icon 12:46 PG

Subhanallah. Rindunya kepada Baginda.

Aimacomel delete icon 6:34 PG

pagi-pagi camni bila baca... Subhanallah, tak tahu nak kata apa. Rinda nk bertemu baginda

ANIM delete icon 9:04 PG

hebatnya Bilal bin Rabah:-))

Tanpa Nama delete icon 8:18 PTG

sayu hati mendengarnya..inilah antara insan yang di muliakan..

Kisah BIlal bin Rabah ini memang amat menyayat hati sejak dari mula lagi...

Unknown delete icon 7:39 PG

Laju je air mata turut mengalir baca entri ni..

Hidup Rasulullah saw tuk ummah, hidup kita adakah tuk Rasulullah saw menjunjung sunnah baginda?.... cara makan kita pun x sama dengan cara makan baginda.... semoga baginda di hati kita sptmana para sahabat!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap