Hari Wafatnya Rasulullah SAW

Saat Rasullullah SAW WafatPada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal 11H masuklah Fatimah RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW ke dalam kamar Rasulullah SAW sambil menangis.

Dia menangis kerana biasanya setiap kali dia masuk menemui Rasulullah SAW, baginda akan berdiri dan menciumnya di antara kedua matanya, akan tetapi sekarang baginda tidak mampu berdiri lagi untuknya.

Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Dekatlah kemari wahai Fatimah.” Baginda pun membisikkan sesuatu di telinganya, maka dia pun menangis. Kemudian baginda bersabda lagi untuk kali kedua: ”Dekatlah kemari wahai Fatimah.” Baginda pun membisikkan sesuatu sekali lagi, maka Fatimah pun tertawa.

Maka setelah kewafatan Rasulullah SAW, mereka bertanya kepada Fatimah : “Apa yg telah dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu sehingga membuatkan engkau menangis dan apa pula yang baginda bisikkan sehingga engkau tertawa?” Fathimah berkata: ”Pertama kalinya baginda berkata kepadaku: ”Wahai Fathimah, aku akan meninggal malam ini.” Maka aku pun menangis. Maka saat baginda mendengar tangisanku baginda kembali berkata kepadaku: ”Engkau wahai Fatimah, adalah keluargaku yang pertama sekali akan bertemu denganku.” Maka aku pun tertawa.

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Rasulullah SAW memanggil Hasan dan Husain, baginda mencium keduanya dan berwasiat kebaikan kepada keduanya. Lalu Rasulullah SAW memanggil semua isterinya, menasihati dan mengingatkan mereka. Baginda berwasiat kepada seluruh yang hadir agar menjaga solat. Baginda berulangkali mengulangi wasiat ini.

Lalu rasa sakit baginda pun terasa semakin berat, maka baginda pun bersabda: ”Keluarlah siapa saja dari rumahku.” Baginda bersabda: "Dekatlah kepadaku wahai Aisyah!” Baginda pun bersandar di dada Aisyah RA. lalu mengangkat tangan seraya bersabda: ”Bahkan Ar-Rafiqul A’la bahkan Ar-Rafiqul A’la” Maka diketahuilah bahawa disetiap selang kata-kata baginda, baginda disuruh memilih diantara kehidupan dunia atau Ar-Rafiqul A’la.

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Masuklah malaikat Jibril menemui Rasulullah SAW seraya berkata: ”Malaikat maut ada di pintu, meminta izin untuk menemuimu dan dia tidak pernah meminta izin kepada sesiapa pun sebelummu.” Maka beliau berkata kepadanya: ”Izinkan untuknya wahai Jibril.” Masuklah malaikat Maut seraya berkata: ”Assalamu’alaika wahai Rasulullah. Allah telah mengutusku untuk memberikan pilihan kepadamu antara tetap tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah di Akhirat.”

Maka Rasulullah SAW bersabda: ”Bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la (Teman yang tertinggi), bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la, bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para shaddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah rafiq (teman) yang sebaik-baiknya.”


Saat-Saat Wafatnya Rasulullah SAW

Aisyah berkata bahawa sebelum Rasulullah SAW wafat, ketika baginda bersandar pada dadanya dan dia mendengarkan baginda secara berterusan berdoa: “Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku dan susulkan aku pada ar-rafiq al-a’la. Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la, Ya Allah (aku minta) ar-rafiq al-a’la.” Berdirilah malaikat Maut disisi kepala Rasulullah SAW sebagaimana dia berdiri di sisi kepala salah seorang diantara kita dan berkata: ”Wahai roh yang baik, roh Muhammad ibn Abdullah, keluarlah menuju keredhaan Allah dan menuju Rabb yang ridha dan tidak murka.”


Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Aisyah berkata lagi: ”Maka jatuhlah tangan Rasulullah SAW dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.” Dia berkata: ”Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan, lalu aku keluar dari kamarku menuju ke masjid dimana disana ada para sahabat." Dan kukatakan: ”Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.” Maka mengalirlah air mata tangisan di dalam masjid.

Berita Kewafatan Rasulullah SAW

Ali bin Abi Thalib RA terduduk kerana terlalu beratnya khabar tersebut, Usman bin Affan RA seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kanan dan kekiri. Adapun Umar bin al-Khaththab RA berkata: ”Jika ada seseorang yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah meninggal, akan kupotong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa AS pergi untuk menemui Rabb-Nya.” 

Ada pun orang yang paling tegar adalah Abu Bakar RA. Beliau segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan masuk kebilik baginda lalu memeluk dan berkata: ”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapaku.” Kemudian beliau mencium Rasulullah SAW dan berkata : ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”

Saat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW WafatSaat Rasullullah SAW Wafat

Keluarlah Abu Bakar menemui orang ramai lalu berkata: ”Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah SWT, maka sesungguhnya Allah SWT itu kekal, hidup dan tidak akan mati.” Maka Abu Bakar pun keluar dan menangis, beliau mencari tempat untuk menyendiri dan menangis sendiri.

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmatullah orang yang paling mulia, orang yang paling kita cintai pada waktu dhuha di hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. Semoga selawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi yang  tercinta, Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.

Admin...

16 comments - "Saat Rasulullah SAW Wafat..."

sitirohaida delete icon 10:48 PG

sesekali baca kisah tentang Nabi s.a.w memang best....taklah kita terlupa sejarah lama
thanks BM sharing

ZaridaIshak delete icon 12:47 PTG

teruja ada juga ... seandainya nasib kita seperti Fatimah RA... Wallahhu a'lam

Tanpa Nama delete icon 12:57 PTG

sayu membacanya...itulah saat2 terakhir kehidupan Rasul kita,yang hingga akhir hayatnya pun masih memohon ampun daripadaNya..muhasabah diri..

Sedih sebenarnya setiap kali baca kisah kewafatan Nabi Muhammad saw. Walaupun dibaca banyak kali, tetapi tak pernah bosan untuk terus dibaca dan dibaca.

Unknown delete icon 2:24 PTG

sayu membaca saat2 kewafatan pemimpin kita yang paling disegani..

Tanpa Nama delete icon 3:49 PTG

terasa sayu sgt bila baca n3 sebegini.. TQ berkongsi yer !

Tanpa Nama delete icon 3:49 PTG

Done clik2 nuffnagx3 juga

sangat sayu baca entri ini..ya ALLAH

Tanpa Nama delete icon 4:13 PTG

Assalamualaikum...perbanyakan salawat dan terharu membacanya......terima kasih krn berkongsi yer

Vee Zawiah delete icon 5:04 PTG

Baginda tetap di hati umat Islam ...

Sedih dan tersentuh hati.. Rasulullah... selawatlah ke atas baginda..

Khir Khalid delete icon 10:28 PTG

Bersama kita perbanyakkan selawat keatas Rasulullah saw...

Mizz Aiza delete icon 2:08 PTG

sayu membacanya.. perbanyakkan selawat ke atas baginda rasulullah saw..

OKje delete icon 12:13 PG

Tak dapat nak bayangkan macamana perasaan ditinggalkan oleh kekasih Allah waktu tu....sedihnya

Aimacomel delete icon 6:41 PG

Junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Alhamdulillah..Sharing benda-benda yang baik..walaupun mungkin semua orang tahu, tapi kadang-kadang terlupa

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap